Tuesday, February 21, 2012

Sambal tumis dan food presentation

Aku takde idea nak update semenjak habis update jalan-jalan hari tu. Entahla kenapa. Jiwa masih kat sana kot? Kakakka. Pastu aku kan ke cuti, so takde aktiviti sangat kecuali baca research papers (which is sikit giler baca) dan masak-masak-masak.

Bukanlah masak hebat-hebat sangat. Tapi almost everyday masak from breakfast to dinner. So antara yang aku masak adalah :  

Di satu petang yang bosan aku buat

Ubi rebus dengan sambal tumis udang dan kelapa
Ubi kayu takde jenuh aku carik so kenala pakai ubi purple tu. Sedap jugak.Sambal tumis aku dah improve gile la off late. Ed lepas makan sambal tumis tu cakap, Ya Allah, Alhamdulillah isteri aku pandai masak. Terburai gelak aku masak tu. Gitu sekali sedap ke? Muahahahah. The past year ni jek baru improvenya aku punya sambal tumis. Reason being : Guna minyak banyak untuk menumis dan masak lama giler bawang dan cili tu. Dulu aku tak pakai minyak banyak. Konon nak healty sikitla. Tapi aku tengok rancangan Chef Wan dia kata, masakan melayu memang kena tumis dengan banyak minya, sebab nak kasi pecah minyak dan cili tu garing, and you can skimmed the oil later. So that was what I did, skim the minyak later. Esoknya sambal tu makan dengan nasi lemak.

Yang bawah ni pulak, spaghetti with Grilled Chicken. Aku marinate jek ayam tu dengan Ottoman Spice, pastu letak satu sudu oyster sauce nak kasi ayam tu kilat sikit. Kemudian spaghetti tu masak dengan sos dalam can jek. Tumis bawang outih, bawang besar dan hirisan daging dan mushroom. Kemudian campak jek sos tu. Aku rasa hirisan daging lagi sedap dari letak minced meat. Minced meat selalunya err, hanyir.


Cuba korang compare presentation aku masak spaghetti tu dengan Resepi Rahsia punya last weekend. 

Macam ni jek, diorang hantar kat aku. Takde langsung kaler. Letakla salad dengan tomato sikit. Baruler ada kaler. Food presentation teruk gila. Bukan murah kan belas-belas ringgit tapi, gitu jek rupanya. Bukan mahal pon letak sehiris tomato, dan sehelai lettuce kan. Masak kat rumah takpelah kan. Itupun aku selalu potong daun bawang dan cili utk kasi meriah sikit rupa food tu. Sebelum ni, not bad jugak presentation diorang. Hmmmm.

Pastu tadi ada goreng sotong celup tepung. Tengok kat blog saper entah, cam best jek. Nak makan kat KL ni memanjang goreng macam cekodok tu, tau kan camana. Tepung kan main tebal, kecik jek sotong. Thai style kot ye. Kalau gitu, udang acceptable la, kalau sotong emm tak best. Sotong celup tepung paling best pernah aku makan ialah di Kuala Perlis. Best gila. Order by the kilo pulak tu. Gila menimbun. Makan puas-puas. Followed by Restoran Pak Da, Mergong. Tapi rasanya dah takde kot reataurant tu. Ada satu restaurant kat PJ, order sotong celup tepung dapat errr, maruku. Muahahaha. Dia potong sotong tu punya halus, dip in batter pastu goreng. Jadikler maruku halus-halus tu. terburai aku gelak dengan kawan aku masa tu.

Goreng jelah sendiri. Malu nak tunjuk banyak mana aku goreng muahaha.

OK, ada satu lagi cheat punya cooking aku nak share. Kejap lagi kalau rajin aku buat another entry.

12 comments:

  1. Cekna,
    Tuh dia.. bersusun menu haa. Berjejer air liur koi ni. Hehe!

    Bab sambal tumis tu, patut la kalo Mak koi numis sambal.. bergenang minyak. Nanti koi pon nak buat cam awok kabo tu la.

    Masa kecik dulu koi pernah try goreng sotong gitu, meletup2 dalam kuali weh. Awok buat gonne ek?

    ReplyDelete
  2. sotong goreng tepung yg ko maksudkan bole didapati di restoran muhibbah sg penchala, belakang TTDI sana..

    yg cekodok tu mmg x sedap tp ramai ek org jual camtu. terkena la org yg oder tu.. ke mmg ramai org suka camtu?

    aku pun x reti goreng yg sedap punye.. pastu meletup2 dan kecah dapur i dun like.

    ReplyDelete
  3. salam na...aku ingat kami je yang order sotong goreng tepung dapat cokodok sotong tu...baik kat PD ke, kat Seremban ke, semua hampeh...tapi kalau ko pegi Muar, boleh singgah Sabak Awor...sotong goreng tepung sana sedap...sotong goreng tepung kat rumah aku pun sedap...hehehehe

    ReplyDelete
  4. aku pun sama .dulu aku buh minyak sikit je..so sambal apa pun kurang dapat sambutan.skrg aku dah tahu cara (baca dan perhati mskan org lain)..

    satu hari,,aku buat ayam sambal.pastu aku kuar ngan adik.sbb cik abe tgh tido.masa aku tgh jalan2 cuci mata kat jasko cik abe sms 'sedapnya ayam sambal umie masak ni'masa tu rasa nak mengalir air mata.sanggup dia sms semata2 nak bgtau itu.pdhal boleh je puji bila aku balik umah

    ReplyDelete
  5. Sis Aida,

    Tulah memang kena banyak minyak bila nak numis tu, sama jugak kalau buat ayam masak merah or asam pedas. Lepas tu biar sejuk sikit, and skim the oil. Memang masa letak minyak tu homaigod banyaknya minyak, tapi kalau nak sambal tumis tu sedap memang kena gitu dan lambat basi. Tak letak dalam fridge, 3 hari pon ok lagi.

    Sotong tu meletup jugak. What I did is, lepas dah buang kulit dan potong2, pat dry dgn kitchen towel, kalau tak rushing biarkan dalam penapis/colander kasi tos airnya. Lepas tu sapu dgn dry rub/tepung biasa to soak up the water. Lepas tu baru celup dalam batter. Batter jangan pekat sangat, nanti jadik cekodok, pastu meletup tiba-tiba. Deng. Kalau batter cair, cepat masak dan garing, pastu sotong tak sempat liat and meletup sikit2 jek or tak langsung.

    Kalau nak kurangkan lagi kemungkinan meletup, instead of potong in rings, potong jek memanjang, dari rings jadik panjang. Camtu lagi tak akan menyimpan air. Ada jugak ckp masukkan dalam microwave seminit, tapi koi tak buat, takut liat. Haaa panjang lebor jawapan. Hahahha

    ReplyDelete
  6. Joe,

    Aku dah tulis kat atas tu kan camana nak kurangkan letop2 tu. Kalau goreng sendiri, 4 ekor yang kecik2 pon dapat banyak gila yo. Jenuh makan. Owh dkt TTDI ada ye.. Ok boleh cuba.

    Unsung,
    Tulah kan, fedap nak order pasal memanjang anto cekodok. Tak best langsung. Banyak tempat cam tu kan. Hampeh gila. Jauhnya kat muar nun nak makan sotong. Kat rumah ko, puan apple gorengkan pon dah sedap tak yah le ngade2 nak gi jauh2 kan.

    ReplyDelete
  7. Irfa,

    Fuhhh best kan dapat sms gitu. Macam dihargai gile ye tak? Wife2 ni senang sangat nak ambil hatinya tu. Kasi sms simple2 pon hati dah berbunga semacam kan.

    Itulah memang kena minyak banyak baru rasa semua jadik mesra dan sedap. pastu cili tak rasa pedas sangat kan.

    ReplyDelete
  8. Senyum2 aku baca post ko. Aku malas dah nak ckp "kita sama" hehe. Satu pasal sambal. Dulu pun aku tak tau, jenis nak masak cepat je kan. Pastu bila makan question diri sendiri naper tak sedap macam sambal mama buat. So mama ckp, kena lamaaa barulah masak dan sedap. So lepas2 tu mmg aku tumis lama la..sambil tumis satgi buatlah keje lain, gosok baju, then tambah air, sambung gosok baju..cenggitu la. Barulah ok sket sambal aku pastu.

    Ada satu hari aku buat daging masak kicap bodoh jek. Selalu aku tuang kicap manis kipas udang tu je tapi rasa tak baper menyengat. So time masak daging tu teringat nak tambah kicap pekat sket. Tinggal bagi zul makan, aku gi keje. Dia sampai sms ckp "Sedapnya masak kicap b". Sedih dak lepas 9 tahun kawin, baru2 ni je nak puji sedap hahha..

    Lagi satu (wah pjg comment tak hengat) pasal sotong goreng tepung tu. Mmg aku fedup dgn sotong ini di area KL..susah nak cari yg goreng cam kuala perlis tuuu. Zul fedup sbb bila aku order, aku akan tanya "Sotong goreng tepung tu awak pakai tepung apa?" sbb kalau macam cucur tu maknanya tepung gandum which I hate. Aku benci nak makan nasi dgn cekodok tu hehe. And selalunya tukang ambik order akan garu kepala sbb dia sendiri tak tahu tepung apa. Aku rasa dlm KL ni kat Muara Klang tu je yg goreng mcm aku nak. Kat Kuantan pun ada certain2 kedai yg we all dah identify so takyah tanya2 tepung apa dah. Kat Perlis ko takyah tanya, sbb semua mmg goreng pesen kita suka. Jadi bila aku rasa nak makan, aku goreng sendiri je la pakai tepung jagung. Celup telur dulu. Tepung kentucky tu a bit masin la for me. Goreng ayam ok ler pakai tepung kentucky..but if sotong aku suka pakai tepung jagung. Nyum nyum... ok pjg dah comment aku :)

    ReplyDelete
  9. Biasala kita masak memang selalu nak cepat jek. To me sambal tumis, kari, asam pedas memang kena masak lama. Baru sedap. Ed memang dari dulu selalu appreciate what I cook, tapi sekarang makin dasyat dia puji hahaha. Makin improve kot masakan aku.

    Owh I so wanna go to Kuala Perlis and makan sotong celup tepung. Kat Kuantan, walaupun ada yang tak goreng macam cekodok, still tak sama la. Sotong celup tepuang Kuala Perlis, is da best. Aku pakai tepung jagung gaks. Tapi aku tak celup telur dulu. Maybe boleh try style nih..

    ReplyDelete
  10. Aku kalau balik Perlis, dinner di sana mmg dlm top agenda la. Gila tamak siap ckp dgn ayah aku, aku nak 1 kg aku sorang je. Pastu nak termuntah makan hahah..

    ReplyDelete
  11. Wei sekilo makan sorang. U'r kidding right. hahahha,.

    ReplyDelete
  12. Nak je tapi ayah aku tau aku suka exaggerate jek..tamak tak hengat padahal baper suap je bleh makan :P

    ReplyDelete