Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. hari ni aku dah 30 minggu pregnant. Boleh tengok kat ticker kat kanan tu. Macam tak caya pon ada jugak. So dah reach another milestone. As always rasa lega tu takla kuat sangat, selagi tak pegang baby kat tangan kan. Tau jelah aku ni paranoid sentiasa.
Diet & Glukose test
Semalam aku ada appointment dengan nutritionist. Dipaksa pergi sebab masa buat glukose test tu, reading aku agak tinggi. Bukan tinggi sikit. Memang tinggi. Aku dah agak dah sebenarnya, memang tak surprise pon sebab both parents aku ada diabetes, abang aku pon ada. Aku dan adek aku dok borderline sebelum ni. Once aku pregnant jek, aku tau sangat yang sure bacaan tak cun. Kena pulak dengan aku yang sangat suka minum air manis, lately ni. Semenjak bulan puasa aku rasa. Aku suka teh ais dan air yogurt tu. Kan ke manis gila.
So aku dikaunseling oleh the diabetic nurse, tunjukkan segala risk pada ibu dan baby kalau aku tak control. Dan diberi diary untuk amek reading sebayak 4 kali sehari, selama seminggu. Boleh buat sendiri dekat rumah, tapi kena beli reader tulah. Lepas jumpa nurse tu, jumpa pulak dietition, dia bagi cara nak control diet, dan bagi menu options which aku rasa bagus. Lepas seminggu aku kena jumpa diorang balik. Dan harap-harap tak perlu direfer pada pakar endokrin untuk kontrol sugar level aku nih. Mempunyai condition incompetent cervix jugak is making my sugar reading worse, sebab aku tak leh exercise dan kena banyak bed rest. So sugar dalam badan nak diguna oleh apa?
So instead of buying the test kit there, I decided to buy it at a pharmacy. The pharmacist tu kenal family aku, so dia pon demolah camner nak guna the test kit. Dan banyak jugalah bender2 aku beli dekat situ. Lepas tu dia tanya aku, aku pregnant ni natural ke treatment? Aku ckp treatment. Kemudian tanya lak further IUI ke? Tak, aku jawab IVF. Look, what makes people think that it's alright to ask about people's pregnancy. Patutnya bila aku ckp treatment tu, stop there la kot. Nak gak tanya further. Aku kadang-kadang malas nak jawab, tapi takkan nak tipu cakap pregnant natural lak kan. Hmmmm.
So hari ni dah start diet dan amek darah sikit for glucose reading sebelum breakfast, 2 jam selepas breakfast, 2 jam selepas lunch dan 2 jam selepas dinner. Reading yang lepas lunch tu belum buat lagi. Yang lepas breakfast td, nampak not bad gak. Hampir nak masuk dalam range yang acceptable. Lepas lunch ni tataulah. Cuma reading sebelum makan tu yang susah nak turun. Camana nak buat entah.
Down sikit
Semalam aku ada rasa sikit down. Tahla. Nak gi sepital semalam, pepagi aku kena ikut Ed gi kerja, dia tag in, pastu drop aku gi rumah mama di Puchong. Lepas tu dia rush masuk opis. At 11.30 gitu dia amek aku drop aku kat Sunway Med, dan rush balik opis semula. Kol 1 gitu, adek aku pulak amek aku, kitorang gi pickup kad dia dan lepas tu dia bawakkan aku gi farmasi, belikan barang-barang utk menu diet aku dan kemudian drop aku kat rumah. The day before, aku mintak staff mak aku pergi amekkan barang dekat kedai.
Seminggu dua ni aku rasa macam helpless sangat bila tak leh drive. Rasa cam menyusahkan orang sangat pon iye jugak. Nak gi mana-mana semua kena orang hantar. Lepas tu aku teringin gak, nak gi nengok barang-barang baby sendiri kan. Kena pulak aku cuti ni, siang-siang bukan buat apa sangat, kan ke best kalau aku leh drive gi nengok barang-barang tu sendiri and take my own sweet time belek-belek dan browse. Pastu my hosp appointment makin close by bila dah masuk 30 weeks ni. Now every two weeks, tu belum campur appointment untuk jumpa my asthma doc lagi. Kalau campur kena jumpa pakar endokrin pulak, entah berapa kali seminggu appointment. Hmm. Memang rasa menyusahkan orang sangat. Memang buat aku rasa down. Yelah selama ni, aku buat semua benda sendiri, independent. Sekarang ni, semua harapkan orang. Harapkan Ed, harapkan adek aku, kekadang kena guna staff mak aku untuk run errands. Memang rasa helpless. Mama aku ckp, takpela kakak, sikit jek lagi. Hmmm sabarla Cekna banyak-banyak. Lepas deliver masa pantang pon kena harap orang gak kan. Tapi at least dah ada baby nak occupy myself kan. Pastu aku tak dapat nak tolong sangat untuk adek aku punya wedding reception nih. Sikit-sikit dari jauh jelah. Kalau tak sure aku yang sibuk tolong-tolong itu-ini.
Of being pregnant
As always, I am not down for long. Lepas aku ngadu dekat Ed pasal perasaan down aku ni. I felt better. Dia kata, dia ok jek, tak pernah komplen pon. Mana-mana com nak pegi, kalau sempat abang hantarla. That was his response. Nanti kita pegila beli barang Com, owh I love this man. Walaupun aku tau dia nyampah shopping-shopping ni, tapi dia layan jugakla kan.
Perut aku dah makin besar. Walaupun aku diabetic, baby weight masih dalam lingkungan berpadanan dgn umurnya. Takla besar. For those yang pernah nengok gambar, taulah, perut aku so-so jek. Aku pon heran dan cam unbelievable bila ramai tegur perut comel dan kata aku tak put on weight sangat bila pregnant. Sebab, aku masa tak pregnant pon tembam. Aku expect actually yang aku akan balooned masa pregnant ni. Mengembang dan melebar.
Sekarang perut aku dah noticeable lah, dan kalau kat rumah bila aku terpandang perut aku kat cermin, memang aku sengih lebar-lebar. Ya Allah, I love being pregnant. Walau aku menceceh camner pasal my condition or what, I love being pregnant. Masuk 2nd trimester lepas, all my pimples cleared, rambut makin shiny and hidung aku yang kembang dan merah sebelum tu, clear. Complexion pon makin ok. Especially now. Takler pucat memanjang. Alhamdulillah. My along tengok gambar aku latest, dia kata that's my best pics by far, hahaha. Nampak noo dulu gemok. Ed pon kata semuanya dah ok sekarang. Selalu cakap cekna comey. Baby pon nanti comey cam mama. Muahahah. Belasah. Aku tau dia pon melayan jekla aku nih. Berani nak kata tak comey??? Hahahaha.
Okla korang. Nanti aku update lagi. Kalau aku rajin aku crop-crop gambar sikit, hehehe. My 3rd trimester nausea ni memang haru. Hari ni meloya sepanjang hari. Tatau nak buat apa dah. Ke rasa cam tak cukup makan sebab diet nih, hahahha. Take care korang. As-Salam.
Happy to read your journey into motherhood. Despite the circumstances, I love being a mother. Alhamdulillah ~ moga tidak lama lagi, you will hold that little baby in your arms. Good luck Arena, you deserve the best!
ReplyDeleteThanks MA, insyallah kalau diizinkan Allah, smoothla sampai bersalin dan seterusnya hendaknya.
Deletetahniah! -nadya_my- :)
ReplyDeleteThanks Nadya, long time no see
DeleteAbout entry di bawah, aku pon byk follow buku tu. sama aaa. Tuhla x sangka kan kite almost ke final stage moga mudahlaa sume nye aminnnn
ReplyDeleteItulah, we are running to the finish line dah ni. Kena tingkatkan doa banyak. Moga2 Allah mudahkan. Amin.
Deletejap jer lagi 38 weeks ! exciteddddd
ReplyDeleteMakcik,
DeleteTulah kan. Once dah masuk 3rd trimester ni, memang sekejap jek masa. Kena pulak ada rayalah, dgn adek aku kawenlah memang cepat sangat masa berjalan. Aku excited gak, tapi errr takut pon ye gak hehehe.
Aiceh... rasa cam best jer...
ReplyDeleteBest kak campur takut hehehe.
Deletelove this entry :)
ReplyDeletebaca sambil bergenang air mata
semoga semuanya selamat
Thanks irfa. Amin
Delete