Monday, September 17, 2012

Diet..

Assalamualaikum wbh, 

Best long weekend? Aku tau cuti korang mesti dipenuhi dengan makan-makan. Aku ada jealous. Dengkiiiii. Asal aku bukak blog orang jek mesti ada makan-makan. Dekat opislah, gi open houselah, gi berayalah. Tension aku tau!

Kenapa aku tension? Sebab aku kena diet. Dah dekat seminggu dah. Sehari kena buat test 4 kali. Stress weih, menu aku roti wholemeal, makan beras herba pony, dan lauk-lauk. The thing is, nak masak lauk tu leceh sebab tak leh pakai tomato sos, oyster sauce, kicap. Pastu walaupun dalam the menu boleh amek karbohidrat like nasi, or mee or roti, everytime aku amek ikut kuantiti yang allowed (1/2 bowl) aku nyer sugar reading tetap tinggi. Bangun pagi, sebelum makan pon agak tinggi. Tatau dah nak buat camana. Fed up aku. Ada masa-masa sampai kebulor sangat sebab tak amek carbo sebab nak turunkan reading. Kesian kan mak buyong kebulor. Hahhaa. 

Anyways ni lah aktiviti aku sepanjang 6 hari dah ni. 

Ni tester kit

Ni reading first day kot

Ni jarum utk prick the fingers. Sendiri prick sendiri testla lepas tu isi reading


Ni second day kot.
Tapi lepas tu bacaan adalah tak berapa bagus. Pastu aku rasa aku mengalami sugar withdrawal syndrom. Ya Allah sakitnya kepala aku. Even sampai hari ni rasa tak best. Pastu, rasa cam nak kena infection lak kat down south sebab semenjak aku diet ni, aku tak minum air yogurt dan yakult. Aku memang kena minum air tu hari-hari. Alhamdulillah, dengan izinNya membantu la mengelakkan  dari kena infection. 

Sekarang aku tak tengokn sangat rancangan masakan kat TV dan baca blog-blog masak-madak dan blog-blog korang yang ada gi makan-makan. Stress giler tau. Dok terasa-rasa nak makan roti jala, kari ayam, sate, lontong adess. Seb baik sempat makan rendang hari tu. Fuhh lega. 

Ed kata, kalau tak tahan, or lapar sangat. Makan jelah. Hmmm. Tahla serba salah aku ni. Lapar memanjang. Nak makan takut naik gula. Kesian kat diri sendiri, sape la kata masa mengandung la nak bedal semua makanan. Orang lain bolehla kot. Kalau ada diabetes ni, memang takde can. Bosan giler dowwhh minum air kosong jek. Ada apa-apa petua untuk kurangkan bacaan gula tu?

Oklah tu jek nak membebel.

21 comments:

  1. As salam


    Nak paksa Che Na jenguk blog kak pB , jugak.
    Ada sumthing kat situ...

    Cuba cari , kalau jumpalah .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pb, hari tu masuk x perasan hehe jumpa dah hahaha.

      Delete
  2. Makan garam tak bley ker ? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak, tp tak mengurangkan sugar levl la kan

      Delete
  3. cekna,

    akak tak ada diabetes, tapi sebab 5 times miscarriage so akak setiap minggu kena test diabetes masa pregnant nufah dan damya, stress! salah satu punca miscarriage adalah diabetes...

    setiap reading akak adalah kurang dari 4, sampai satu tahap tu tinggal 2 reading akak, doc tanya akak nak mati ke sebab kurang gula

    tapi akak kalau tak pregnant pun memang tak minum air gula kecuali teh suam yang low sugar dan akak memang makan beras herba pony setiap hari dan jarang sangat makan kek dan cookies :)

    so take care cekna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang keturunan ada diabetes kak. So all my siblings pon mmg border belaka.

      Delete
    2. Tlah ada possibility kena czer awal kalau x jaga. Sebab tulah jaga walaupun bosan dan kebulor memanjang. Hahahah.

      Delete
    3. akak pun ada genetik cekna, bapa dan mak akak ada diabetes, tu sebab akak pun takut sangat

      tak pe cekna, makan tapi dalam kuantiti yang sikit, kalau rasa air tu manis sangat, tambah air suam...

      sabar ye... kejap je lagi, tunggu sampai baby keluar :)

      Delete
  4. aku tau komen aku ni x membantu, sebab tatau nak bagi nasihat makan ape..yg aku boleh habaq adalah sabar sabar sabar..telanlah air masak tu byk2 dan bayangkan yg ko duk telan air yougurt yg super sedap!!!

    teringat dulu masa duk babysit arwah kat spital ngandungkan yaya teringin nak makan itu ini tapi tak sampai hati nak tinggal kakak, aku tido sambil bayangkan makanan makanan tu seme tau..kdg2 aku doa sambil ngadap makanan spital tu aku kata, ya Allah, moga moga ayam tak ada rasa ni akan ada rasa cam kenny rogers! hehehe sambil makan otak bayangkan saja kesedapan kenny rogers tu...

    sikit je lagi Cekna, ko cuba la pujuk hati tu, lepas ni pulunla makan byk2 ok. sabar 100 kali utk CekNa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maslahnya kan, bila tak minum yogurt jek, mulalah the infection nak datang sbb kirang bacteria baik kan. Pening aku. Esok checkup aku pasrah jelah doc ckp dan soh buat apa. Tulah sikit je lag. Sabar banyak2 cekna , kalau kena diet dr awal pregnant lagi haru kan. At least ni tak le lama sangat.

      Delete
  5. ko dh try air barli? rebus kosong jek tau..jgn taruk gula..cara nih berkesan utk aku, esp bila nak kena pi klinik amik reading..hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oren,

      Alaa aku lupa laaa nak amalkan air barli tu. kalau ed balik karang dan larat aku nak tryla buat. Thanks babe. Lemme try.

      Delete
  6. Dah try masak nasik halfway then uang air nasik tu ganti air baru beb? Paham mmg seksa berdiet, kite preggie asyik lapo je. Aku je x lalu mkn pastu gastrik..huhu pasrah je le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah for lunch td. Nampak cam ok gak. Turun sampai 4.3 terkezut aku. Tapi aku mmg makan sikit jek half biwl x sampai.

      Delete
  7. bole haha lagi.. adoi aku baca yg stress..
    lapar is not funny ok esp. kalo pregnen.. at least for me la.
    beras herba pony tu still ok rasa dia kalo mkn dgn lauk2..
    oatmeal ko bleh makan?
    kalo buat bubur pakai herba pony tu.. mmg tak berapa jadi bubur la sbb takde kanji.. try top up dgn oatmeal.. rasa dia ok jugak.. at least ko rasa kenyang makan sbb mostly liquid.

    aku plak dilemma asik kelaparan.. x berani nak timbang.
    every 2-3 hour dah lapar tahap tertinggi dah..

    so to me kalo ko kena diet x bole makan.. means ko sentiasa lapar... thats so sad(for me just reading)...

    sabar lah ye cenna.. dugaan berbeza-beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress gak Joe, sebenarnya, malas nak rasa down sangat.
      True lapar is not funny. Memang kinda sad you know. Di kala-kala teringin nak makan macam-macam and selera baru nak ada kena diet dan tak leh makan.

      Aku mau itu wafflesss!

      Delete
  8. aku faham perasaan ko Ceqna
    aku alaminya masa peknen si kenit ni
    kakak dan abam dulu xde..

    setiap 2 mggu kena buat check gula tu
    sehari 4 kali-8pg,10pg,2ptg dan last 8.00 malam
    bila hari kena check gula tu aku mmg jaga makan
    tp hari biasa aku makan cam biasa

    sebenarnya ko kena jaga makan//takpe susah sikit skrg semua utk baby tu
    aku penah di takutkan oleh doktor.katanya 'baby boleh mati dlm kandungan dan juga lahir buta kalau aku tak jaga apa yg aku makan'
    sumpah aku tak tipu..setiap kali solat aku doa sungguh2 moga anak aku lahir sihat

    jaga makan ye..kejap je tak lama dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bacaan gula aku paling tinggi ialah 14-lepas minum air gula
      dan lepas tu bacaan sampai 8 je
      lepas jaga makan dapat turun smpi 6.

      jaga makan okey..take care

      Delete
    2. Irfa,

      Lepas jaga makan memang boleh reach 5 and 6. Tapi letih gak Irfa sebab hari-hari kena jaga makan. lapar memanjang. Aku cuba pujuk ati that tak lama dah. Hazab wei.

      Delete
  9. hmm...aku kena wat test every 2 weeks tu tu seawal preggie 5 bulan tau..maklumla cek up kat gomen.. kejap je lagi tu... just jaga makan jer...n bacaan ko pun tak le sgt tinggi... insyaAllah boleh control... ada one of my fren amalkan makan peria katak...samada rebus wat ulam atau blend ngan epal ijau wat juice....try la kay..mana tahu kan, insyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Maakk kalau dari 5 bulan lagi haru ok. At least sempat la aku mentekedarah masa raya hari tu. Tulah doc aku pon kata tak tinggi sangat the dietition and the diabetic nurse dok nakutkan aku. Hahaha.

    ReplyDelete