As-salamualaikum wbh,
Lama pulak tak update, eh aku update la, korang yang tak update sampai aku takde bahan bacaan. Gi update blog korang nun, hehehe.
Masa flight balik dr Kuantan baru ni, I had to lift my bag sendiri masa nak boarding flight tu. Takler berat mana beg tu. Nak check in, tak leh sebab aku bawak balik puding raja masa tu, hehehe. Lepas tu flight delay lak 20 minit gitu. Dalam flight dari Kuantan ke KL tu aku menyampah kat this 1 stewart Mlayu yang lorat. Tauler dia buat kerja dia, tapi cara dia ckp tu cam bagus jek. Aku dengar kat announcement ckp boleh pakai handphone tapi Flight Mode. So aku change la the Galaxy Note tu ke flight mode. Tetiba dia cakap, off kan handphone ye, aku cakap la kalau flight mode pon tak boleh ke (very nicely I asked) Dengan muka kerek dia kata, The term is semua yang pakai bateri kena off. Tak best langsung penjelasan tu. Lepas depart dan later dengar announcement baru ler paham, takleh pakai electronics during take off and landing. Masa dah on air tu boleh la pakai phone with flight mode tu. Kalau tak wat per sumer smartphone ada flight mode sekarang ni. Bukan masalah bateri. Kalau jam aku ada bateri? Kena off? Kalau pakai walkman? Kena off? Kalau pakai kipas ada bateri nak kipas ketiak, kena off? Lepas tu dia ada tegur orang lain masa nak landing, masa tu tone dia lagi la timingnya, kan main. Meluat aku. Kalau aku jadik mamat yang kena tegur tu, aku sound balik dah. Cam bagus. Baru jek aku puji hari tu I like MH. Tak dpt catch his name, kalau dapat memang aku publish jek, peduli haper.
Anyways, lepas landing aku ckp kat Ed aku nak solat siap2 sebelum keluar. Punyalah jauh aku rasa dari Gate A tu nak keluar. Sempat aku benti gi Toilet 2x ko, hahaha. Penat gila aku rasa. Hari tu bila kami dah check out dari Hotel memang tak dapat baring langsung. Dekat rumah makcik aku pon asyik sembang jek, dan ramai orang cam tak seswai nak baring-baring.
Sabtu tu, kami pergi breakfast dekat Roti Puri, lepas tu Ed gi buat banking sikit. Lepas tu aku buat muka kesian ajak gi MomsDream nak beli set pengurusan uri dan barut sikit. Yes, aku dah beli barang sikit-sikit. Masuk kedai gini tak berhabis at least 200 tak sah. Barang baby dan keperluan mama ni memang tak murah kan. So beli jugak barut, bedung, and bengkung.
Balik tu petangnya, aku cam spotting sikit. Ah sudah, dah lama takde brownish spotting ni. Semenjak pasang cerclage at 21 weeks dulu, hanya ada discharge jek. Spotting memang tak pernah. Dah panik sikit-sikit. So aku decided, that kami tak pergi dulu Parentcraft Class, sbb nak bed rest. After midnight kot, dah soak the panty dah the brownish spots. Ya Allah. Nangis-nangis aku kejut Ed bagitau dia. Tapi deep down aku rasa takla alarming gila sebab bukannya red blood. terus aku buat solat hajat masa tu. Berjurai-jurai air mata. Risau gakla kan.
Lepas tu ada sikit-sikit jek spot, sampai ke Ahad. Call in ke hospital, dan the nurse said kalau tak berkurang dan if it becomes red blood, terus ke Emergency Ward. Sampai ke petang spot sikit-sikit brownish color jek, so tak pegilah. Baby pon aktif as always. Alhamdulillah. Doc ckp kalau brownish spot tu normally is old blood. Aku rasa maybe its old blood from the polyp, pastu aku dok gerak banyak sehari dua lepas, tu yang spotting tu kot. Anyways aku monitor jek, hopefully it doesn't get worse.Ya Allah, bantulah hambaMu. Permudahkalah perjalanan pregnancy ni sampai ke delivery. Amin.
So aku pon kembalila bed rest. Mama pon tak kasik dah aku gerak-gerak sangt. Tapi, next week, ada beberapa kali kena keluar jugak. Selasa untuk preparekan rumah mama untuk mama dan baba balik, Rabu ada checkup, Khamis akad nikah adek aku, dan Sabtu lak ada Majlis bersanding belah perempuan. Ya Allah permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. So sehari dua ni baring jelah ye cekna.
Aku dah jugak mula beli barang-barang berpantang dan baby online. Aku beli through LittleWhiz, OnebabyWorld, MyAventStore, Tanamera, dan few FB shops. Hancus. hahaha. Ada few barang yang dah sampai. Ada yang sehari jek dah sampai brg, gila efisyen. Nantila aku amek gambar barang aku beli, ke korang nyampah nak nengok, kotler karang ada yang kata aku show off lak, muahahaha. Nyampah jangan tengok, kan, bukan susah sangat hahaha. Kasi canla aku excited ok. Aku tak dpt lagi nak ke kedai physically except for mumSdream hari tu, voucher Parkson hari tu pon entah bila nak pakai. Adess.
Oh ya, is there such thing as 3rd trimester nausea? Semenjak aku 27 weeks hari tu aku dah start meloya gila. Exactly like masa 1st trimester dulu. Ke sebab heartburn since baby dah makin besar.Tak la all the time and every day. But most days la. Adess. Takpe cekna, sabar banyak-banyak ok, its not that bad. Uncomfortable sikit jek.
Doakan yang baik-baik jelah ye kawan-kawan.Thanks.
Doakan yang baik-baik jelah ye kawan-kawan.Thanks.
cenna kalau dah terpaksa ke sana ke mari aku doa baby baik baik ajerlah yer
ReplyDeletecuma jgn paksa diri ok
kalau penat cuba berhenti
relax kejap
baring ke
bersandar ker
so that bb pun blh relax sama
nanti big day lg la busy tu
takecare.
nausea trisem ada
aku pun kena
Itulah, nak wat camana memang kena move gak. Cuma aku seboleh bolehnya limitkan jelah my movement. Aku jek yg ada kat sini, abang aku tak sempat balik lg. Masa menyambut menantu nanti baru dia ada kot insyallah. Tapi my family have a lotof help dah jugak, so alhamdulillah.
DeleteMemang ada ek, loya 3rd tisem nih, adess giler tak selesa. Nasib baik tak constant, on and off jek.
Deletenausea tu bebaik.. kalau kurang darah pun boleh pening... ambik intakes... kalau gula naik pun bleh penningg... makcik
ReplyDeleteMakcik, pening tu takde rasa sangat, loya dantekak masam gitu yg tak faya. Kembali tak leh makan pedas dan berempah macam masa awal2 dulu. Adess.
DeleteHave u thought of using a wheelchair? So tk payah jalan2 sangat.
ReplyDeleteWheelchair? Nope. Sebab duduk banyak sgt pon not good for the cerclage tu. lagipun my mama dah on wheelchair, takkan nak tambah i sorang lagi kot, hehehe.
Deletetrimester 1 mcm nak pengsan mabuk ngan bleeding sume.
ReplyDeletetrimester 2- gile best tak mabuk sgt,banyak makan dan rajin gilos masak.
trimester 3- mabuk kembali hadir, jatuh terhentak montit 2 kali depan bilik air ngan depan pagar umah.jd sangat sangap dan tak larat.
Itulah, aku masa 1st trimester meloya tu kejap jekla, dampai around 8 weeks je kot. Lepas tu ok jek sampai la week 27 baru nih, adess. Cuma like i said, dia tak la meloya all the time, so not too badla. Bertahan jelah cekna.
DeleteDok dendiam jer la... cuma try your best untuk beranak normal... hehehe...
ReplyDeleteItulah kak, tgh waktu yg agak busy dgn adek nak kawen ni kan, so krna gak gerak2 walaupun takdelah saya in charge apa sangat pon. Insyallah, of course nak cuba bersalin normal.
Deletehai ceqna ;)
ReplyDeletekomen 1:crew lorat tu mesti hadek2 kan?mmg ada yg gitu..cam bagus je
komen 2:jaga diri..aku baca pun naik risau
Irfa, iyer hadek2 yang lorat dahla penerangan salah.
DeleteTake care babe
ReplyDeleteThanks babe.
Deletehi there.. was just blog walking and stumbled upon your blog.. hope everything goes well for you and your baby.. =) take care!
ReplyDelete