Friday, December 21, 2012

Farhan in da house..

Assalamualaikum wbh, 
Kiut betul la jari-jari baby kan.

Sorriler lama tak update korang. Bz giler la wei. Aku ni tak berapa adapt lagi dengan motherhood ni. Setakat ni dah mengalami :

  • Goreng hotdog, pastu hangus sbb Farhan nangis.
  • Dah duduk kat jamban dan get ready nak buang air, tapi postpone sebb Farhan nangis
  • Tak mandi sampai tengahri sbb Farhan tak mo tido dan nak berdukung aka Farhan nangis (tp Farhan pepagi lagi dah mandi dengan ayah dia..)
  • Tak makan sampai tengahari sbb yes, u know what. 
So ni fenomena biasa untuk mak-mak so aku kena adapt dan cekap sikit. The thing is bila Farhan tido, keinginan nak tido sama tu tinggi sangat, hahaha. Tu yang jadiknya tak mandi, tak makan, tak buang air tu. 

So aku kena adjust. Sebab dah nak balik rumah sendiri. Kat rumah mama ada orang tengokkan, kalau aku nak mandi kejap ker, or makan ker. Tu pon kekadang aku dulukan tidor hahaha. sangatler mengantuk sebab dok berjaga malam, Farhan suka sangat berjaga from 2.30 sampai kol 5 pagi tu. Aku kasi Ed tidur dulu sebab dia kerja. Pagi esok start subuh jek, Ed jaga dan mandikan sampaila pergi kerja. Masa tu aku tido.

Kat rumah mama, kekadang awal malam Farhan naik tido dengan aki dan neni dulu. Kan main lena dan good boy sangat. Pandai betul amek ati diorang ye Farhan. Dengan mama kan main merengek. Ke memang bebudak kalau dengan mak dia, gitu perangainya. Pepagi kekadang kalau aku nak gi toilet sangat aku pass pada cousin Farhan ni, Kakak Shasha or Abang Qiryn untuk tengokkan. Kakak Shasha boleh dukung dan dodoi sampai tidor gak.

So aku adalah a bit nervous untuk balik ke rumah sendiri dan duduk berdua jek dengan Farhan masa Ed gi kerja. 2 hari sebelum balik rumah, kami dah start hantar barang balik rumah. Mama aku yg masih on wheelchair pon ikut sama. Mama ni terer and arrange barang. Bukan dia la yang ngemas, dia instruct aku and sorang staff dia, kemas and rearrange barang. Kemas gilerrrrr rumah. 

So the time finally came. Tengahari semalam aku balik la ke rumah aku dengan Farhan. Mama dan staff dia drop aku kat rumah sebelum mama balik Jengka. Lepas letak sumer barang, aku amek Farhan dari riba mama dan jalan masuk ke rumah. Masa dekat lobby nak ke lift tu rasa surreal sangat. Ya Allah, aku balik ke rumah aku dengan my baby. My Farhan. I have a child in my arms. Susahla aku nak cerita perasaan aku. After so many years, jalan berdua dengan Ed kat lobby ni untuk masuk lif ke apartment kami. And after so many months, carrying this baby with complicated pregnancy, macam-macam drama, kali ni aku jalan dukung my own son. Ya Allah.. Ya Allah. terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Having him in the living room sleeping soundly is a sight to behold. Senyum jek mak pak, ko Farhan. Happiness yang tak terungkap. Kekadang rasa overwhleming jugak semua ni. Tapi happy lah yang lebih. 

Oh ya, kan kat bawah tu ada tulis pasal swing tu. Aku dah return dah semalam. Aku gi beli bouncer instead dekat FabMom. Hihihi. Risau jugak kalau dia tak suka. Jenuh aku kena sound dengan Ed kalau dia tak suka, tapi aku gediiikkk gak nak beli. Alhamdulillah. Setakat ni dia suka. Semalam dan sepanjang hari ni dia tido kat situ. Pagi tadi dia tido kat bilik. Bila aku dah nak start jemur kain dan makan breakfast, aku angkat letak kat bouncer dan dia terus tido. Bangun kejap tadi menyusu dan terus sambung tido lagi. Alhamdulillah, lega aku. Terlepas dari kena sound dengan Ed hehehe. Dan lebih penting lega sangat Farhan suka. So aku bolehla buat kerja rumah sikit. Basuh dan jemur baju, unpack baju dari rumah mama, dan repack baju nak ke kenduri di Jengka esok.

Aku ada banyak gambar tapi lom transfer dari phone, note, dan digicam ke laptop. Nantilah bila-bila senang aku transfer. Buat sementara layanler gambar-gambar lama Farhan. 

Farhan dalam napper.

Ni playpen yang mama Farhan paksa aki Farhan belanja hahaha. Farhan kat tepi sana

Stokin yang Papa Long beli dr UK. Dah sendat OK Papa Long
 
Gambar dari kamera kawan

Suka gambar ni.

Adala sekeping yang bukak mata

Mama and Farhan. Rambut Farhan dah cacak sekarang ni. Sobss.

My sayang

Lentok-lentok dah my sayang.
Farhan, mama and ayah love u !

Wednesday, December 12, 2012

Gayat - Sewa peralatan dan permainan baby

Aku banyak nak cerita tapi masa tak ada. Sibuk dengan Farhan. Bila dia tidur siang-siang, sama ada aku buat kerja rumah sikit-sikit atau aku tidur jugak sebab dia tak tidur sangat memalam. Memang zombie y'all. Harap-harap tak lama sangatlah fasa tak tidur malam si Farhan ni. 

Aku buat short update jelah, hehe. Aku masa belum deliver si  Farhan, aku dok mikir-mikir nak beli bouncer, rocker atau swing untuk si Farhan. Risau gak beli karang dia tak suka pulak. Dah membazir duit. Baby ni macam-macam perangai kan. Tengah-tengah aku browse tu aku jumpa site www.rentatoys.com kat sini boleh sewa mainan dan peralatan baby macam swing, rocker, bouncer, walker dll. Aku bookmark je dulu. Macam-macam mender ada, gelongsur, mini pool memang ralit kalau tengok.

Lepas farhan lahir, dalam second week, aku place order untuk sewa swing. 2 days later sampaila barangnya. Dia dah pasang siap-siap. Kan main besar lagi karung yang isi swing tu. Cam karung santa clause jek rupanya. So ni yang aku sewa. 


Fischer Price Swing
Boleh swing sendiri ada 5 level swing, tak silap. Tapi yang paling slow pon kan main laju. Ada lagu. Ada vibrate jugak. 

Ni test letak Farhan dalam tu
Farhan suka tak? Tak!!! Duduk 2-3 minit jek lepas tu dah nangis nak keluar dari situ. Dalam napper pon tak pernah nangis gitu. Kalau pakai automatik swing tu lagilah dia nangis. Gayat gamaknya, anak mama ni. 

So kesimpulannya, he hates it. Maybe he's to young  to appreciate it. Tapi, buai besar kat laman rumah mama ni, dia suka jek. Siap tertidur-tidur lagi atas apaknya, walaupun panas berpeluh-peluh. So aku ingat dia suka la yang berayun-ayun kan. Harammm. Tengok jelah muka gayat dia ni masa aku letak dalam swing tu. 


Ma, gayat ma. Toloong

Seramnya swing ni, Yah.
Seb baik aku tak beli wei. Tak berusik dah swing tu. Jenuh kami try letak dia dalam tu. January ni, aku pulangkanla swing ni. Agak-agak bouncer dia suka tak aaa?

Note : Ye, Farhan dah tak sebijik cam muka aku sangat dah sekarang. Now combination muka kitorang. 

Wednesday, December 5, 2012

Yang tak mahu dilupakan.


Assalamualaikum wbh. 


Memang busy jadi mak-mak ni. I am still learning. Babies ni pulak berubah ubah kan. What works for yesterday tak semestinya works today kan. Gambar Farhan aku belum transfer ke laptop lagi plus aku rasa ed tak kasi sgt aku menayang nayang gambo anak dia tuh, hehehe. Tapi nanti aku letak gakla dont worry.

Sebelum aku start bercerita pasal berpantang dan breastfeeding, aku nak recap few things yang jadi prior to dan semasa deliver Farhan. Banyak yg aku dah cerita kan. Bagus gak aku log on the spot sebelum ni bila baca balik terasa debaran nak beranak tu (tak kisahla czer ker normal). Tak daya nak cerita secara kronologi. Aku tulis on point form jek and in no particular order.

- 2 hari sebelum bersalin Ed demam dan kena diarrhea. Aku rasa that was the worst diarrhea ever dia kena sepanjang kami kawen ni. Selalunya dia perut kebal. Tah apa silapnya masa tu. Hari yg nak bawak aku ke hospital, kami singgah ke klinik kejap utk dia amek ubat. Dpt mc sekali. Masa di hosp, dia masih dok keluar masuk toilet. Tapi demam dah kebah sikit masa tu. Aku ingat aku beria bagi dia makan panadol dan soh minum byk2 sbb aku risau dia tak sihat masa aku deliver. I think he still felt weak masa aku nak czer esoknya tu, tp he toughen it up sbb nak sambut Harith Farhan ni.

- Aku pernah mention yang aku dan ed bercita cita nak khatam quran sebelum aku bersalin. Kami mula mengaji masa bulan puasa lepas. Tiap2 hari mengaji. Lepas raya jek slow balik. Lepas tu bila memikirkan dengan pace kami masa tu takde gaya sempat khatam, we fasten the pace. Aku akan mengaji pagi dan tengahari, while ed akan mengaji lepas maghrib. Masa hari aku masuk wad nak bersalin, aku ckp kat ed, tak sempat gak kita khatam, bang. Ed tanya dah juzuk berapa sekarang? Hujung juzuk 28. Ed terus bawak keluar ipad dan start baca quran kat tepi aku. Bila nurse dtg nak prep kan aku utk czer tu, ed sambung baca dekat ruang menunggu kat luar. Dalam pukul 2 ptg gitu ed masuk balik wad lepas solat zohor, and told me dia dah habis mengaji dan jom baca doa khatam quran sesama. Ya Allah syukur ya Allah di beri kesempatan ini untuk habis membaca qalamullah ini di hari kami bakal bertemu anak kami yang sangat kami nanti-nantikan. Later at 5.02 Muhammad Harith Farhan was born.

- Ed teman aku masa dekat OT room. Mula-mula tak sure dia boleh masuk ke tak sbb nurse ckp semua bergantung pd doctor. Dia ckp seram gak nak tgk.  Aku dah sedih dah kalau dia x leh masuk. sampai di OT pakar bius ckp boleh masuk dan suruh ed bersiap siap. Once aku dah masuk dlm and kain skrin dipasang, ed pon masuk. Yang kelakar aku lak yang konon2 tenangkan dia sambil gosok2 lengan dia. Tengok na jek jgn tgk depan chewah aku ckp. Dalam 5 ke 10 minute gitu doc ckp, ok baby dah nak kuar dah. Ed terus bangun dan tengok doc kuarkan Farhan. Hilang seram dia. Kata Ed masa nak kekuarkan Farhan dr perut aku, doc mcm masukkan lengan dan put his arms around Farhan's body before he yanked the baby out of  me. Keluar tu senyap 3 saat dan ed cakap dah kuar dah com! Lepas tu nah ko, bergema suara Harith Farhan kat OT tu.  Berjurai-jurai air mata aku masa tu Ya Allah aku bersyukur atas nikmat dan rezeki Mu ini. Tak tergambar perasaan dengan kata-kata. Thank u Allah. Lepas Farhan dicuci lebih kurang, disebabkan aku czer, nurse hulur baby tu dr arah kepala aku. Aku just turned my head and kissed him with tears flowing. Ya Allah mmg tak terluah perasaan aku masa tu. Subhanallah. Alhamdulilah. Allahuakbar.

- mula2 Farhan nak terus dibawa ke nursery, tp ed tanya bila dia boleh nak azankan. Nurse ckp buat kat nursery, but my good doc said, boleh buat sekarang di OT ni. So ed went to him dan start azan. Aku dengar suara dia terketar ketar masa tu. Lagila berjurai air mata aku. My 2 favorite guy. I love u both.

- lepas tu I was wheeled out of the OT. Alhamdulillah doc bg spinal bukan bius penuh sbb aku alah sgt dgn bius penuh. Jenuh muntah2 karang. Waist down memang tak terasa apa.  Bila keluar jek, nurse ckp bila single room dah ready tp yg deluxe je, aku ckp kat ed, amek jek. No way aku nak tido sorang mlm tu without him. Dekat bilik 4 bedded tu, spouse x boleh teman tidur.  Sejam lepas tu, nurse dr nursery dtg bawak farhan. Tembamnya anak mama. Yelah baby br kuar perut kan, bengkak je nampak sampai sepet je nampak mata. Nurse ckp baby hypo sikit, kena feed dia cpt, kalau tak diorg kena bh formula milk. Aku mmg ckp nak full breastfeed. Camana nak feed ni, aku tak leh gerak lagi ni. Tangan dan kepala je boleh gerak. 2 nurses helped, mengiringkan badan aku dan sorang lagi ambik farhan, letak di tepi aku dan ajar aku breastfeed. Alhamdulillah ya Allah, Farhan terus pandai latch dan hisap. Aku tak taulah samada aku dah ada susu ke tak, aku bagi jek. Ed kejap2 tengok baby, kejap2 ensure belakang aku supported supaya aku tak terubah posisi. I am a mother, I am breastfeeding my baby. Subhanallah.

Luuvvv thiss..
- Besoknya my inlaws dtg visit. Masa tu aku dah bgn dan duduk di kerusi. Sakit jugak, but it was not that bad.  Lepas visit, ed turun hantar mereka ke parking lot. Lama pulak si ed ni pergi, i thought. Bila dia naik jek dia bawak a bouquet of flowers. 10 kuntum, 1 for every year we are married and the 10th one for Farhan. Owh sukanya! Setiap brp minute aku pandang bunga tu. Walaupun ed dok ckp membazirla apala. I donch care. I love it.

## bersambung

Posted via Blogaway

Monday, December 3, 2012

Farhan dah sebulan

Assalamualaikum wbh, 

Busy tak hengat la wei ada baby ni kan. Pastu aku ni some days sihat, some days tak berapa. Farhan ok, takdela kuat nangis sangat. Tapi babies ni kan unpredictable sikit. Kita ingat kita dah faham, tetiba dia tukar peel. 

Aku ada buat entry dekat dalam Blogaway kat phone tu. Konon semalam nak publish, tapi si Farhan bangun masa tu so tak sempat ler nak publish. Sekarang ni dia tengah tido. Aku pon tak lama dah nak habis pantang. Ada 2 kenduri lepas habis pantang. Dekat kg Ed and my kg. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami nanti. Aku kalau boleh taknak beria-ia masa kenduri-kenduri ni. Tak nak mender-mender yang cultural ni. Aqiqah dah buat dah. Nak bercukur pon aku tak nak ada adat-adat ni. Nak cukur, cukur jelah. Kalau ikut aku, sayang nak cukur, tapi takpelah sunat kan. Buat jelah.

Bila dah login terus takde idea nak update hahaha. Nantilah. I leave you with Farhan's pics taken the day before yesterday.

Macam boxer baru kuar dari dressing room pakai hooded robe and gloves

What are you looking at? Meh aaa gado
Adeii mama tolomgg..  sakit aaaa..
Okay people, be right back.. Stay tuned...