Friday, July 19, 2013

Short Getaway

Assalamualaikum wbh, Percutian pendek ni berlaku weekend sebelum puasa baru-baru ni. Mama dan baba ada company trip dengan staff dia, dekat Afamosa. So kami ni menumpang ler apa lagi. I know, I know, boring kan kitorang ni. Asyik gi afamosa jek. Tapi aku suka, sebab ada private pool, pastu leh masak-masak. Kami as always tak amek dengan resort. Amek dari agen, harga murah sikit dan boleh masak2. Kalau dengan resort diorang tak kasik masak. Kami sewa 5 buah banglo. Kami sampai hari Sabtu tengahari. Staff mama sampai a bit later dengan bas. 

Getaway ni free and easy jek. So aktiviti pon rileks jelah. Yang pergi adalah, mama, baba, kitorang sefamily dan my 4 anak-anak buah. Best jek sebut kitorang sefamily, hihi. Oh ya adek aku join jugak. Tapi wife dia tak join sekali sebab tak sihat sangat. This time around, walaupun dengan Farhan aku berjaya mandi pool 2 kali sebab ramai yang nak tengokkan dia. Plus dia pon kasik can kat mama dia, tido lama jugak. 

Here's some pics.

Ed tengah swim. Banglo ni pool tepi rumah dan berpagar



Ni dalam banglo

Bebudak as always seronok having the pool all to themselves

Aku cakap kat baba, ada dusun durian kat luar afamosa ni. Best gak tu makan Musang King. Baba aku ni tak paya iye-iye pujuk. Cakap jek pasal durian, berdesup dia pegi. So dia belilah beberapa bijik dan bawak ke pool area. Pastu kopek durian tu kat situ. Baba cakap kalau kopek dalam rumah berbau rumah nanti dahla fully aircond.
Baba tengok kopek durian. Atas kerusi jek u oll
Dan yang paling best ialah, kuar pool jek makan durian. Perghhhhhh..

Fuhh

Masa makan durian tu treringat jugak kat abang aku nun kat UK. Pasal dia hantu durian. Adek aku langsung tak usik durian sebab tak suka, dan anak buah aku, shasha dan abang jek yang makan. Tapi takpe long, awok nok balik doh minggu depan, leh pulun makan durian, hahahaha. 

Malam tu my parents and their staff pergi cruise dkt Bandar Melaka dan kemudiannya ke Jonker Walk. Kitorang, adek dan Qiryn tak ikut. Malasla aku. Farhan tu pukul 8 nak tido. Kang dia cranky jek. Baik tak yah gi.

Esok masak-masak sikit, terjun pool seround lagi, pastu.... balikkkk..

OKla nanti aku upload gambo lagi.

Ok.... dah berjaya upload. Gambar Farhan la apa lagi. Hehe. Farhan tak mandi kat pool sebab masa kami pergi tu, kuat sangat bau klorin. Pedih kulit dan mata. Farhan kan kulit sensitif, lagila aku tak kasi mandi kat pool. Main menan yang aki beli ni jelah.



Farhan dapat menan baru. Ke main lagi dia. Dapat jek mesti rasa dulu menan tu hehe.
Atas tu cheese and mix nuts brownies order dr Angah. Yang lain2 masak sendiri termasuk baked pasta tu. hehe.

4 comments:

  1. family en abe suka cuti2 sewa rumah mcm ni
    boleh msk2 bagai tp family aku?nak bawak gi cuti pun mcm2 alasan.sedih tau ;(

    ReplyDelete
  2. Lain family lain babe. Memang tak leh compare. Family ed pon totally opposite of mine. But in a good way lah.

    ReplyDelete
  3. Cekna, ada no telefon pemilik banglo??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAlam sis,

      You boleh browse the banglo dekat sini. Ada contact numbernya sekali.

      http://holidayvillamalacca.blogspot.com/

      Delete