Friday, December 21, 2012

Farhan in da house..

Assalamualaikum wbh, 
Kiut betul la jari-jari baby kan.

Sorriler lama tak update korang. Bz giler la wei. Aku ni tak berapa adapt lagi dengan motherhood ni. Setakat ni dah mengalami :

  • Goreng hotdog, pastu hangus sbb Farhan nangis.
  • Dah duduk kat jamban dan get ready nak buang air, tapi postpone sebb Farhan nangis
  • Tak mandi sampai tengahri sbb Farhan tak mo tido dan nak berdukung aka Farhan nangis (tp Farhan pepagi lagi dah mandi dengan ayah dia..)
  • Tak makan sampai tengahari sbb yes, u know what. 
So ni fenomena biasa untuk mak-mak so aku kena adapt dan cekap sikit. The thing is bila Farhan tido, keinginan nak tido sama tu tinggi sangat, hahaha. Tu yang jadiknya tak mandi, tak makan, tak buang air tu. 

So aku kena adjust. Sebab dah nak balik rumah sendiri. Kat rumah mama ada orang tengokkan, kalau aku nak mandi kejap ker, or makan ker. Tu pon kekadang aku dulukan tidor hahaha. sangatler mengantuk sebab dok berjaga malam, Farhan suka sangat berjaga from 2.30 sampai kol 5 pagi tu. Aku kasi Ed tidur dulu sebab dia kerja. Pagi esok start subuh jek, Ed jaga dan mandikan sampaila pergi kerja. Masa tu aku tido.

Kat rumah mama, kekadang awal malam Farhan naik tido dengan aki dan neni dulu. Kan main lena dan good boy sangat. Pandai betul amek ati diorang ye Farhan. Dengan mama kan main merengek. Ke memang bebudak kalau dengan mak dia, gitu perangainya. Pepagi kekadang kalau aku nak gi toilet sangat aku pass pada cousin Farhan ni, Kakak Shasha or Abang Qiryn untuk tengokkan. Kakak Shasha boleh dukung dan dodoi sampai tidor gak.

So aku adalah a bit nervous untuk balik ke rumah sendiri dan duduk berdua jek dengan Farhan masa Ed gi kerja. 2 hari sebelum balik rumah, kami dah start hantar barang balik rumah. Mama aku yg masih on wheelchair pon ikut sama. Mama ni terer and arrange barang. Bukan dia la yang ngemas, dia instruct aku and sorang staff dia, kemas and rearrange barang. Kemas gilerrrrr rumah. 

So the time finally came. Tengahari semalam aku balik la ke rumah aku dengan Farhan. Mama dan staff dia drop aku kat rumah sebelum mama balik Jengka. Lepas letak sumer barang, aku amek Farhan dari riba mama dan jalan masuk ke rumah. Masa dekat lobby nak ke lift tu rasa surreal sangat. Ya Allah, aku balik ke rumah aku dengan my baby. My Farhan. I have a child in my arms. Susahla aku nak cerita perasaan aku. After so many years, jalan berdua dengan Ed kat lobby ni untuk masuk lif ke apartment kami. And after so many months, carrying this baby with complicated pregnancy, macam-macam drama, kali ni aku jalan dukung my own son. Ya Allah.. Ya Allah. terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Having him in the living room sleeping soundly is a sight to behold. Senyum jek mak pak, ko Farhan. Happiness yang tak terungkap. Kekadang rasa overwhleming jugak semua ni. Tapi happy lah yang lebih. 

Oh ya, kan kat bawah tu ada tulis pasal swing tu. Aku dah return dah semalam. Aku gi beli bouncer instead dekat FabMom. Hihihi. Risau jugak kalau dia tak suka. Jenuh aku kena sound dengan Ed kalau dia tak suka, tapi aku gediiikkk gak nak beli. Alhamdulillah. Setakat ni dia suka. Semalam dan sepanjang hari ni dia tido kat situ. Pagi tadi dia tido kat bilik. Bila aku dah nak start jemur kain dan makan breakfast, aku angkat letak kat bouncer dan dia terus tido. Bangun kejap tadi menyusu dan terus sambung tido lagi. Alhamdulillah, lega aku. Terlepas dari kena sound dengan Ed hehehe. Dan lebih penting lega sangat Farhan suka. So aku bolehla buat kerja rumah sikit. Basuh dan jemur baju, unpack baju dari rumah mama, dan repack baju nak ke kenduri di Jengka esok.

Aku ada banyak gambar tapi lom transfer dari phone, note, dan digicam ke laptop. Nantilah bila-bila senang aku transfer. Buat sementara layanler gambar-gambar lama Farhan. 

Farhan dalam napper.

Ni playpen yang mama Farhan paksa aki Farhan belanja hahaha. Farhan kat tepi sana

Stokin yang Papa Long beli dr UK. Dah sendat OK Papa Long
 
Gambar dari kamera kawan

Suka gambar ni.

Adala sekeping yang bukak mata

Mama and Farhan. Rambut Farhan dah cacak sekarang ni. Sobss.

My sayang

Lentok-lentok dah my sayang.
Farhan, mama and ayah love u !

Wednesday, December 12, 2012

Gayat - Sewa peralatan dan permainan baby

Aku banyak nak cerita tapi masa tak ada. Sibuk dengan Farhan. Bila dia tidur siang-siang, sama ada aku buat kerja rumah sikit-sikit atau aku tidur jugak sebab dia tak tidur sangat memalam. Memang zombie y'all. Harap-harap tak lama sangatlah fasa tak tidur malam si Farhan ni. 

Aku buat short update jelah, hehe. Aku masa belum deliver si  Farhan, aku dok mikir-mikir nak beli bouncer, rocker atau swing untuk si Farhan. Risau gak beli karang dia tak suka pulak. Dah membazir duit. Baby ni macam-macam perangai kan. Tengah-tengah aku browse tu aku jumpa site www.rentatoys.com kat sini boleh sewa mainan dan peralatan baby macam swing, rocker, bouncer, walker dll. Aku bookmark je dulu. Macam-macam mender ada, gelongsur, mini pool memang ralit kalau tengok.

Lepas farhan lahir, dalam second week, aku place order untuk sewa swing. 2 days later sampaila barangnya. Dia dah pasang siap-siap. Kan main besar lagi karung yang isi swing tu. Cam karung santa clause jek rupanya. So ni yang aku sewa. 


Fischer Price Swing
Boleh swing sendiri ada 5 level swing, tak silap. Tapi yang paling slow pon kan main laju. Ada lagu. Ada vibrate jugak. 

Ni test letak Farhan dalam tu
Farhan suka tak? Tak!!! Duduk 2-3 minit jek lepas tu dah nangis nak keluar dari situ. Dalam napper pon tak pernah nangis gitu. Kalau pakai automatik swing tu lagilah dia nangis. Gayat gamaknya, anak mama ni. 

So kesimpulannya, he hates it. Maybe he's to young  to appreciate it. Tapi, buai besar kat laman rumah mama ni, dia suka jek. Siap tertidur-tidur lagi atas apaknya, walaupun panas berpeluh-peluh. So aku ingat dia suka la yang berayun-ayun kan. Harammm. Tengok jelah muka gayat dia ni masa aku letak dalam swing tu. 


Ma, gayat ma. Toloong

Seramnya swing ni, Yah.
Seb baik aku tak beli wei. Tak berusik dah swing tu. Jenuh kami try letak dia dalam tu. January ni, aku pulangkanla swing ni. Agak-agak bouncer dia suka tak aaa?

Note : Ye, Farhan dah tak sebijik cam muka aku sangat dah sekarang. Now combination muka kitorang. 

Wednesday, December 5, 2012

Yang tak mahu dilupakan.


Assalamualaikum wbh. 


Memang busy jadi mak-mak ni. I am still learning. Babies ni pulak berubah ubah kan. What works for yesterday tak semestinya works today kan. Gambar Farhan aku belum transfer ke laptop lagi plus aku rasa ed tak kasi sgt aku menayang nayang gambo anak dia tuh, hehehe. Tapi nanti aku letak gakla dont worry.

Sebelum aku start bercerita pasal berpantang dan breastfeeding, aku nak recap few things yang jadi prior to dan semasa deliver Farhan. Banyak yg aku dah cerita kan. Bagus gak aku log on the spot sebelum ni bila baca balik terasa debaran nak beranak tu (tak kisahla czer ker normal). Tak daya nak cerita secara kronologi. Aku tulis on point form jek and in no particular order.

- 2 hari sebelum bersalin Ed demam dan kena diarrhea. Aku rasa that was the worst diarrhea ever dia kena sepanjang kami kawen ni. Selalunya dia perut kebal. Tah apa silapnya masa tu. Hari yg nak bawak aku ke hospital, kami singgah ke klinik kejap utk dia amek ubat. Dpt mc sekali. Masa di hosp, dia masih dok keluar masuk toilet. Tapi demam dah kebah sikit masa tu. Aku ingat aku beria bagi dia makan panadol dan soh minum byk2 sbb aku risau dia tak sihat masa aku deliver. I think he still felt weak masa aku nak czer esoknya tu, tp he toughen it up sbb nak sambut Harith Farhan ni.

- Aku pernah mention yang aku dan ed bercita cita nak khatam quran sebelum aku bersalin. Kami mula mengaji masa bulan puasa lepas. Tiap2 hari mengaji. Lepas raya jek slow balik. Lepas tu bila memikirkan dengan pace kami masa tu takde gaya sempat khatam, we fasten the pace. Aku akan mengaji pagi dan tengahari, while ed akan mengaji lepas maghrib. Masa hari aku masuk wad nak bersalin, aku ckp kat ed, tak sempat gak kita khatam, bang. Ed tanya dah juzuk berapa sekarang? Hujung juzuk 28. Ed terus bawak keluar ipad dan start baca quran kat tepi aku. Bila nurse dtg nak prep kan aku utk czer tu, ed sambung baca dekat ruang menunggu kat luar. Dalam pukul 2 ptg gitu ed masuk balik wad lepas solat zohor, and told me dia dah habis mengaji dan jom baca doa khatam quran sesama. Ya Allah syukur ya Allah di beri kesempatan ini untuk habis membaca qalamullah ini di hari kami bakal bertemu anak kami yang sangat kami nanti-nantikan. Later at 5.02 Muhammad Harith Farhan was born.

- Ed teman aku masa dekat OT room. Mula-mula tak sure dia boleh masuk ke tak sbb nurse ckp semua bergantung pd doctor. Dia ckp seram gak nak tgk.  Aku dah sedih dah kalau dia x leh masuk. sampai di OT pakar bius ckp boleh masuk dan suruh ed bersiap siap. Once aku dah masuk dlm and kain skrin dipasang, ed pon masuk. Yang kelakar aku lak yang konon2 tenangkan dia sambil gosok2 lengan dia. Tengok na jek jgn tgk depan chewah aku ckp. Dalam 5 ke 10 minute gitu doc ckp, ok baby dah nak kuar dah. Ed terus bangun dan tengok doc kuarkan Farhan. Hilang seram dia. Kata Ed masa nak kekuarkan Farhan dr perut aku, doc mcm masukkan lengan dan put his arms around Farhan's body before he yanked the baby out of  me. Keluar tu senyap 3 saat dan ed cakap dah kuar dah com! Lepas tu nah ko, bergema suara Harith Farhan kat OT tu.  Berjurai-jurai air mata aku masa tu Ya Allah aku bersyukur atas nikmat dan rezeki Mu ini. Tak tergambar perasaan dengan kata-kata. Thank u Allah. Lepas Farhan dicuci lebih kurang, disebabkan aku czer, nurse hulur baby tu dr arah kepala aku. Aku just turned my head and kissed him with tears flowing. Ya Allah mmg tak terluah perasaan aku masa tu. Subhanallah. Alhamdulilah. Allahuakbar.

- mula2 Farhan nak terus dibawa ke nursery, tp ed tanya bila dia boleh nak azankan. Nurse ckp buat kat nursery, but my good doc said, boleh buat sekarang di OT ni. So ed went to him dan start azan. Aku dengar suara dia terketar ketar masa tu. Lagila berjurai air mata aku. My 2 favorite guy. I love u both.

- lepas tu I was wheeled out of the OT. Alhamdulillah doc bg spinal bukan bius penuh sbb aku alah sgt dgn bius penuh. Jenuh muntah2 karang. Waist down memang tak terasa apa.  Bila keluar jek, nurse ckp bila single room dah ready tp yg deluxe je, aku ckp kat ed, amek jek. No way aku nak tido sorang mlm tu without him. Dekat bilik 4 bedded tu, spouse x boleh teman tidur.  Sejam lepas tu, nurse dr nursery dtg bawak farhan. Tembamnya anak mama. Yelah baby br kuar perut kan, bengkak je nampak sampai sepet je nampak mata. Nurse ckp baby hypo sikit, kena feed dia cpt, kalau tak diorg kena bh formula milk. Aku mmg ckp nak full breastfeed. Camana nak feed ni, aku tak leh gerak lagi ni. Tangan dan kepala je boleh gerak. 2 nurses helped, mengiringkan badan aku dan sorang lagi ambik farhan, letak di tepi aku dan ajar aku breastfeed. Alhamdulillah ya Allah, Farhan terus pandai latch dan hisap. Aku tak taulah samada aku dah ada susu ke tak, aku bagi jek. Ed kejap2 tengok baby, kejap2 ensure belakang aku supported supaya aku tak terubah posisi. I am a mother, I am breastfeeding my baby. Subhanallah.

Luuvvv thiss..
- Besoknya my inlaws dtg visit. Masa tu aku dah bgn dan duduk di kerusi. Sakit jugak, but it was not that bad.  Lepas visit, ed turun hantar mereka ke parking lot. Lama pulak si ed ni pergi, i thought. Bila dia naik jek dia bawak a bouquet of flowers. 10 kuntum, 1 for every year we are married and the 10th one for Farhan. Owh sukanya! Setiap brp minute aku pandang bunga tu. Walaupun ed dok ckp membazirla apala. I donch care. I love it.

## bersambung

Posted via Blogaway

Monday, December 3, 2012

Farhan dah sebulan

Assalamualaikum wbh, 

Busy tak hengat la wei ada baby ni kan. Pastu aku ni some days sihat, some days tak berapa. Farhan ok, takdela kuat nangis sangat. Tapi babies ni kan unpredictable sikit. Kita ingat kita dah faham, tetiba dia tukar peel. 

Aku ada buat entry dekat dalam Blogaway kat phone tu. Konon semalam nak publish, tapi si Farhan bangun masa tu so tak sempat ler nak publish. Sekarang ni dia tengah tido. Aku pon tak lama dah nak habis pantang. Ada 2 kenduri lepas habis pantang. Dekat kg Ed and my kg. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami nanti. Aku kalau boleh taknak beria-ia masa kenduri-kenduri ni. Tak nak mender-mender yang cultural ni. Aqiqah dah buat dah. Nak bercukur pon aku tak nak ada adat-adat ni. Nak cukur, cukur jelah. Kalau ikut aku, sayang nak cukur, tapi takpelah sunat kan. Buat jelah.

Bila dah login terus takde idea nak update hahaha. Nantilah. I leave you with Farhan's pics taken the day before yesterday.

Macam boxer baru kuar dari dressing room pakai hooded robe and gloves

What are you looking at? Meh aaa gado
Adeii mama tolomgg..  sakit aaaa..
Okay people, be right back.. Stay tuned...
 

Wednesday, November 21, 2012

Tak kelam kabut sgt dah


Sorryla agak lama tak update. Motherhood consumes me. Hari ni Farhan dah 18 days bermakna aku pun dah berpantang 18 hari. Macamana Farhan? He's doing great. Kuat sangat menyusu dan alhamdulillah, masih fully breastfeed semenjak balik rumah.  Nanti aku cerita pasal breastfed ni at another entry. Dah tido agak lama now, so mama boleh rest a bit. Maybe sebab dah kuat nyusu, dia kenyang so tak kerap bangun nak nyusu. Tapi sekali bangun nyusu. Punyalah lama. Kering mak ko Farhan hahaha.

Myself pulak, recovering. Luka luaran czer tu dah kering. Now for internal healing. Doc kata luka dalaman will take 2 months to fullu recover. Makanya, aku kena pantang dalam 2 bulan lah. Rasa pon dah bertenaga sikit. Ada masa2 aku kupa aku ni czer dan pusing or angkat dan dukung Farhan sesuka hati, haaaa terus sakit. Yelah cekna oi, x sampai 3 weeks kan.

Ed has been great. Betullah korang ckp, would be father ni masa wife mengandung memang ada kali x hirau sgt persiapan baby and what not. But once the baby arrives jek, Ed memang lain. First 2 weeks tu, he did absolutely everything, kecuali breastfeed anak jek hehe. Lap, tukar diapers, dodoi, dan semua kerja-kerja rumah lain. Dalam2 aku x byk support lain, I can always count on him as my big rock to lean on. He even said he loves me more, now hihi sweet.kan. Mmg patutla more kan..kan..kan..

Oklah nanti updatw lagi, nak tukar diapers Farhan. suka nooo berak dalam tido, pastu sambung je tido macam xde apa2 berlaku hahaha.

Posted via Blogaway

Thursday, November 15, 2012

Dah pulang ke rumah oh mencabarnyaaaaa


Ni entry masa 1st day balik rumah. Hehehe.

Aku dah discaj dan berada di Puchong. I should be sleeping now. Tapi tau tak perasaan letih sgt sampai xleh tido, haa cam tuler aku.

Kami discaj tengahari td. 3rd day lepas czer. Harith Farhan nampak cam nak kena jaundice. Mata putih cam nak kekuningan sikit. Doc suruh datang balik besok for obaervation. Kalau aku tau esok kena dtg balik aku stay jek sehari lagi.

So kami pon keluar sepital. Aku pangku Harith,Farhan dalam kereta sbb car seat bwlum pasang lagi. Sakitnya meriba dia sebab dkt luka czer tu kan. And to make matter worse kami ke kena detour ke Kajang dulu amek kunci rumah mama. Sakit giler dlm kereta tu bila terentak rentak, bila kat corner jek terasa cam rahim aku pon bergoyang sama dlm perut. Serius sakit sgt, nangis aku dlm kereta.

harith farhan baik sgt dlm kereta. Tidur jek. Sampai puchong pon tidor jek. Aku kejut nyusu pon sikit sangat dia nyusu. Aku perasan mata dia makin kuning. Alemek nak kena jaundice la nih. Tu yang tido je tuh. Aku dgn ed amek kesempatan tido jgk kejap. Kol 5 tgk dia tidur kg. Kejutkan susukan. Sikit sgt dia nyusu. Aku pam dulu susu.

Kol 7 mmg aku kejut sungguh2 tukar pampers sumer. Bg susu. Lepas tu bermulalah episod Harith Farhan menangis tatau naper dan tak henti henti. Asal nak lelap dia lawan matanya dan nangia lagi. Sampai serak suara.  Mama dgn ayah sampai tatau nak buat apa. Aku pulak hr ni sgt sakit luka czer tu, mmg nak nangis handle dia. Susukan, dokong, dodoi, ngaji, tetatppp nangis bersungguh sungguh. Aku dahler berdua jek dgn ed. Takde saper nak refer or guide. Bila aku penat aku pass dekat ed soh dukung dan bawak jalan2 sambil ngaji. Actually it calms him down sampai dah terlelap tapi tetap la tak moh,nyenyak and continued to cry gak.

Later lepas brp round susukan dan dodoi. Aku pass jek dkt ed and aku tido. Dpt le setengah jam. Tu pon dah lega sgt. Bila terjaga jek carik ed rupanya dia kat riang tamu tgh dukung Farhan sambil tido. Aku gi lap2 bdn, makan roti dgn milo, bancuhkan nescafw utk ed dan maggi cup sekali hahah. Kesian kitorg nak makan pon x sempat. Lepas aku makan, aku pam, dan suruh ed makan dan solat sebelum Farhan bangun. Tak dan habis solat dah bangun dah dia dan menangis dgn loud speaker dia tu.

So beround round lah aku susukan dia direct feeding, pastu ada masa ed suapkan susu yg dah dipam guna sudu. Bagi minum kenyang2 dan tukar diapers dan akhirnya at 1.30 am dia tidur. Dr kol 7 nangis on off syian anak mama.

Mencabar gilerzzz. Lepas dia tidur aku gi pam susu. Sebab dah leaking. Bab ni aku syukur sgt sbb murah sgt rezki Farhan, susu aku agak banyak, walaupun br hari ke-3. Masa ni ed tidur dulu. Sakit gak breast bila pam gitu. Tapi sebab dia belum pandai sgt latch terpaksalah pam.

2.30 dia jaga dan start nangis. Omg between 2.30 dan 7.30 pg ni rasanya dia tido setengah jam.je kot. Selebihnya nangis dan nangis. Aku pon rasa nak nangis sama. Aku tgk ed pon dah helpless gila dah masa tu tatau nak buat apa. Nyesal rasa balik rumah tanpa ada sesapa, for us 1 st time parent nih. Memang harulah.

Esoknya kami bersiap siap nak gi sepital balik. Kali ni letak farhan dalam car seat. Memula dia ok, lepas tu dia start nangis. Aku feed dia pakai ebm dgn pakai spoon. Habis terus bekal dia. Dekat hospital kami bukak stroller dia (hahaha dasyat mak dia sumer dah beli hehe) dan letak dia dalam tu. Merasala dia dok pandang2 keliling dalam setengah jam lepas tu bermulalah episod dia nangis meraung raung. So aku ni jalan le ke breastfeeding room dan bf kat situ. Baru dia nak lelap turn sampai utk timbang. Meraung balik lepas tu, gi bf balik hampir nak tidur , turn sampai utk jumpa paed, doc check for jaundice dia kata tak teruk tak yah amek darah and just cont to breastfeed. Lepas tu meraung balik. Lepas tu aku bf balik. Dahla bf room tu jauh, dgn sakit czer lg. Adess.

Lepas tu ed dodoikan dia sbb aku kena gi toilet. Pastu kami balik. Patutnya petang tu mama sampai. Even though aku tau bukan mama boleh jg sgt dgn condition dia tu, tp at least adalah moral support dr mama n baba kan. Bila aku call n mama ckp esok br dia sampai kl, berair mata aku. Seb aku tak meraung cam farhan, haha.

Ptg tu a relative dtg. Memula aku horror gak sbb farhan br tido. Tp org nak ziarah kan takkan nak soh balik lak kan. So dia visit dan kami sembang2. Dia usik2 dan agah2 Farhan,  lo and behold Farhan sikit tak nangis. Ed sampai jenguk2 tiga empat kali dalam bilik. kemudian adala mender2 yg dia ajar dan pesan.

Lepas relative tu balik, aku dan ed bincang2 sikit. Kami cuba bertenang dan relax sikit sbb baby boleh sense kita panik.

Kami bawak farhan dok depan tv dengar dzikir2 dekat astro oasis. And he listened sampai tertidur sendiri. Lega mama n ayah farhan. We made it through the night. Esoknya my confinement lady sampai, followed by mama and baba. Fuhhhhh legaaaaa.

Posted via Blogaway

Sunday, November 11, 2012

Buat pengubat rindu



Aku banyak nak citer. Pasal haru biru masa 1st day balik. Pastu esoknya kena gi sepital dan farhan mengamuk sakan kat sepital. Nantilah. Bila dah sihat sikit dan ada masa aku buat update ok.

Posted via Blogaway

Monday, November 5, 2012

Hello world



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbh,

Please welcome our special and precious baby Muhammad Harith Farhan weighing 3.23 kg delivered thru C-Section yesterday, 3rd November 2012 at 5.02 pm. Mama n ayah is overjoyed to see and hold you finally, baby.

We would like to express our deepest gratitude for all your prayers and support throughout the pregnancy up till the delivery. So happy to see that ramai yg excited dan sayang baby ni.

Nanti2 bila senang, I update lagi. Take care people.

Ps - x leh upload gambi lg. Sabar ye.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Saturday, November 3, 2012

Going for C-Section today


Assalamualaikum wbh,

Pagi tadi buat CTG lagi. Aku belek-belek chart tu. ya Allah drop lg heartbeat few times. And lg rendah dr semalam. Masa tu takde contraction pon. Oh ya aku sendiri pg td sangat rendah bp. 90/55 je kot, sampai nurse tu ulang 2 kali. Maybe aku tido kot.

Few minutes later, doc wong datang dan dia ckp pasal hb baby yg rendah sgt tu. Below 60 kot. Sedih aku. So katanya tak boleh tunggu sampai Monday, he scheduled the C section for today at 3 or 4pm gitula.

Lepas tu kena sign consent form. Aku masa tu x tunggu ed dah. Aku sign jek. Lepas sign br aku inform dia. He was ok with it.

Actually contraction dah agak kuat. Yelah sbb i already lost the mucus plug kot. The body is preparing itself for labor.

Kejap lagi nak kena start puasa dah. Doakan semuanya dimudahkan ye. Insyallah petang nanti selamatlah lahir anak sedara korang tu insyallah.  Mudah-mudahan.

Baby hold on ok sayang. Be strong ye. Sikit lagi kita nak jumpa ni. Ya Allah peliharalah anak dalam kandungan ini. Mudahkanlah urusan kelahirannya nanti. Berilah kesihatan yang baik, akal yang sempurna dan akhlak dan rupa yang baik untuk anak ini. Perkenankanlah harapan dan doa Kami Ya Allah.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Friday, November 2, 2012

Belum bersalin


Nganganga..

Belum bersalin lagi.

Sekarang dok kat ward.

Aku baru lepas menghabiskan sepeket jajan and a bar of chocolate, which i rarely do.

Lepas stress kot hahaha.

Dilation takde progress.

Nurse masukkan ubat senang membuang dan suruh aku bertahan at least 5 minutes.

Usahkan 5 minit, masa dia tgh masukkan pon aku rasa tak leh tahan dah. 5 tapak jek dia keluar dr bilik tu, aku berlari gi toilet. Memang berlari ko tau. Naseb la ed tgh gi solat jumaat masa tu. Kalau tak mau terburai dia gelakkan aku. Dengan boyot2, dgn gaun hosp yg nampak bontot, i was making the dash to the toilet. Aku ingat aku dah tercirit dah, pheww seb baik sempat. Hahaha.

Elok jek masuk labor room aku nyer contraction terus cam stop.

So aku tido jek banyak. Adala sikit2 contraction.

Nurse tengok baby punya heartbeat reading.

Dia senyap jek. Dia suruh aku mengiring pulak.

After that memang diorg takde masuk seluk2 dah. Firat seluk at 1 than the next one was at nearly 6 when the dr came. And both seluk was err x sakit sgt. Dr buat lagiler tak sakit. Alhamdulillah. Dr tengok bacaan hb baby compared to my contraction levels.

He raised his concern. Katanya every time aku ada contraction, heartbeat baby akan drop. Bukan drop sikit sikit. Drop almost half below hundred. Itu pon contraction aku sgt mild masa tu. Baru brp percent jek. Dia concern as my contraction got stronger baby's heartbeat akan drop lebih kerap dan lebih teruk. So he advised to have a c-sect.

I was crushed mula-mula tu. Really can't help it taw. Tapi lepas tu aku pikir I cannot be selfish about this. Kalau sampai jeorpadise keselamatan baby takkan aku nak insist gak nak bersalin normal. This ia our special baby. Our precious. I would do anything for my baby. That include allowing the docs to cut me open to ensure that u r safe, sayang.

So the plan is they will monitor the baby progress malam ni. Aku dah masuk ward now. Agak bengkek tapi kejap jek sbb bilik single dah penuh kena dok 4 bedded punya room. Bukan apa bilik 4 bedded ed tak leh teman. Sobs.

Esok aku akan decide whether to czer or not. Tp rasanya aku ikut jelah nasihat doc. Kalau baby ok maybe aku insist gak normal. Doc pontaknak induce takut baby bertambah distress.

Doc dah suruh nurse jab dexa shots td. Adehh. Esok pagi ada another 1. Dexa shots ni ialah utk matangkan paru paru baby sebab baru 37 minggu kan. And for dexa shots to work kena at 24 hours after that br czer. Maksudnya paling cepat Sunday tp paling cun Mondayla. Kalau weekend dikira emergency czer errr mahal sikit.  Tp kalau pecah ketuban or baby dah berak. Memang immedietlylah czer.

Doakan yang baik2 ye utk cekna n baby. Aku sekarang redho jek. Whatever bestlah for the baby n me. Yang penting baby n mama selamat. Amin. And thank you for all your kind prayers and words.

Posted via Blogaway

Dah masuk labor room


Salam all,

Aku dah kat lam labor room. Tak expect yo. Cam tak bersedia pon ye gak.  Baru dilate 2 cm. Lama lagi ni. Maybe ptg or mlm br deliver. Ingat nak dtg check jek.

Doakan aku ye kawan2. Moga2 Allah mudahkan. Ed gi solat jumaat jap. Kalau ada salah silap tersinggung perasaan mintak maaf ye. Robbi yassir wala tua'ssir. Takut sebenarnya.

Posted via Blogaway

37 weeks



Assalamualaikum wbh,

It's 3.25 am and I can't sleep. Ed ia sleeping soundly beside me. Dia demam. Ed ni kalau demam mesti sakit badan semua. Orang tua-tua kata, demam urat gitu. Terlanggar sikit pon tak boleh. Bisa sangat katanya. Aku memang cecepat kasi makan panadol, sapu minyak panas dan biar dia tidor. Siap bg makan vitamin lagi. Hahaha. I really need him to be well. Aku dah menunggu hari jek nih kan. Aku dahler depends kat ed for most things. Ya Allah sembuhkanlah Ed supaya dia dpt menjaga aku.  Yelah my parents takde kat sini, pastu belum sihat sgt pulak tu kan. Adek pulak dah balik Uk. If not dia rajen gak melayan kakak dia nih.

Pagi tadi aku saspen sikit sbb aku rasa pain at my lower back every 9 to 10 minites consistently for 1 hour gitu. As i was about to called ed, the pain terus gapped ke almost half an hour. So i guess its false labor painlah kan. Through out the day memang sakit jugak tapi tak regular.

Aku siap download apps Contraction Timer kat Note nih utk track comtraction time aku. Gedik kan. Hahah. Senang aku nak track pasti aku leh print screen dan email or sms ed jek.

Tadi pegi toilet saspen sikit sbb cam ada brownish discharge gitu. Dah lama takde brownish dischargw macam tu. Adakah itu yg dinamakan turun tanda. Adesss. Takpe aku continue jelah monitor. Actually aku tgh time kan the contraction gak nih. Sakit dia lebih sikit dr siang td. Siang td just lower back pain jek. Now lower back pain dan membawa ke depan dah. I guess tak lama dah kot kan sehari dua lagi je kot. But entahlah, tataula kalau aku yg overanxious. Ya Allah berilah kekuatan pada HambaMu ini. La takhof wala tahzan innallah hama ana.

Posted via Blogaway

Wednesday, October 31, 2012

Barang-barang yang dah dibeli Part 2

Salam, 

Kena update laju-laju. 

Takleh duduk lama-lama. Aku dah letak barang-barang yang dah dibeli hari tu kan, So ada la sikit lagi yang dibeli kemudian. Aku ada mentioned kan aku gi redeem voucher Parkson dalam RM300++ gitu. Lepas tu aku gigih redeemkan point Ed gak dapat another RM100 voucher pulak. So aku pon ajakla Ed gi parkson cawangan Subang Parade. Sekali kat SUbang Parade, tak banyak barang baby. Handbags, perfume, accessories banyakla. So aku beli jelah baju newborn sikit. Sebab aku dok beli baju yang 3-6 months jek. Bila tengok2 alemek baju newborn langsung takde. Kesian anak aku pakai diapers dengan bedung jek nanti kang, yikes! So beli ler 4-5 pasang cukupla. Baby cepat besar kan. 


Few weeks later kami ke Parkson cawangan Alamanda. Still tak la banyak sangat barang baby. Tapi adala few barang brand First Years yang aku beli. Mahal gak barang First Years ni. Kalau keluar duit sendiri maybe tak beli kot. Hahahah. So aku grab jek. 

Ni la namanya pembelian gedik. Sebab tataule whether aku akan guna atau tak bender-bender tu. Tapi sebab free, aku beli jelah. Lagipun takde mender yang best yang nak beli kat situ. Sabo jelah kan. Semua dalam RM250.65 aku bayar 65 sen jek hahahaha. Owh sukenya. 4 barang cam tu jek RM250, giler apa kan. Tapi sebab free, belasahhh. Ada lagi voucher dalam seratus lebih lagi rasanya. Dah tak larat beli dan cari Parkson yang ada barang baby. Aku simpan voucher tu untuk beli handbag or new wardrobela untuk masuk opis nanti lepas bersalin, yehaaaa. 

Actually ada lagi. Tapi aku tak amek gambo. Nantilah bila-bila kalau aku amek gambar karang aku amek. 

Ok, nanti aku tunjuk lak. Apa Papa Long baby belikan dari UK, masa dia balik bebaru nih. Take care korang.

Tuesday, October 30, 2012

My symptom at 36 weeks ++

Salam, 

Macam MA cakap dalam komen dia in my previous entry if only she had documented everything in her pregnancy kan, so aku rasa selagi aku larat, aku akan tulis la whatever I am feeling in the sprint to the finish line in my special pregnancy nih. Entah bila pulak aku nak merasa pengalaman ni, kan. 

At 36weeks and 5 days, this is how I feel 

  • Perut rasa sangat berat. Like I said before tetiba rasa cam bawak extra sebijik lesung batu dalam perut nih haa.
  • Badan aku sangat panas sekarang. Memanjang dok dalam aircond, ada hari-hari dok dalam aircond pon berpeluh-peluh gak sampai naik ruam. Aku cakap kat Ed, boleh pinjam baby punya Nappy Rash Cream tak, hahaha.
  • Sangat ngilu kat bawah tu. Sebab baby dah engage kan.
  • Sangat susah nak tidur sebab kerap sangat bangun gi toilet. Kekadang sampai terbongkok-bongkok aku bangun nak gi toilet.
  • Kaki aku yang tergeliat tu sangat le sakit, especially first thing in the morning masa nak bangun solat subuh
  • Aku mengalami heartburn balik. Siap meloya bagai
  • Pinggang dah mula sakit-sakit macam nak period pain gitu
  • Rasa penat dan mengantuk sangat siang-siang maybe sebab malam aku tak leh tido
  • Duduk pon tak selesa sangat. Kaki pon dah tak leh nak rapat sangat. Pastu dekat peha kiri cam ngilu dan geli sbb the position of the baby gamaknya. 
Don't get me wrong. I am not complaining. Aku just nak rekod pengalaman ni and what I am feeling right now. 

Mama aku telefon cakap jangan makan sejuk-sejuk dan banyak sangat berdiri. Tak moh paksa baby tu turun sangat. Biar deliver at its own time. 

Oklah tu jek, nanti aku update lagi. Gigih sungguh mama-to-be ni kan.

Sunday, October 28, 2012

Cerclage Removal Procedure

Assalamualaikum wbh, 

Semalam, aku ada appointment untuk cerclage removal procedure. Kelmarin kan raya Haji. Malam tu abang aku balik UK. lepas Ed dropped him and my SIL di airport, Ed terus balik rumah mama. Kami makan sikit kemas-kemas sikit rumah mama, and we head back to our house. 

Malam tu aku sambung kemas beg. Dan buat some preparations. Takut gak. Malam tu gak Ed buat air selusuh or rather air zamzam yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran. Amongst ayat-ayat yang dibacakan ialah

Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 - (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 - (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
Ayat-ayat syifa'

Just in case, after cerclage removal, I go into labour at least Ed dah preparekan air minum aku. 

Esoknya kami bergerak ke Sunway Med dalam pukul 8 suku gitu. Kami dah bawak semua barang dah. Beg baby, beg mama, beg Ed dan anything that I feel necessary. Sampai nak penuh bonet ko, hahahha. Sebab pernah baca, ada orang yang remove cerclage terus rasa heavy contraction dan nak bersalin. Tu yang dah siap-siap bawak semua barang tu.

Masa sampai hospital aku masih puasa lagi. Aku tak sure whether I should or not. But aku just puasa jelah just in case, I need to puasa. Bila tanya dekat nurse dan dia check dengan Dr. Wong, aku tak yah puasa. So aku dengan Ed gi makan. Adoih actually I was nervous. Dalam hati dok dzikir sikit sebanyak. Owh my weight turun 1/2 kg. Ingatkan sure naik sebab aku makan cam nak giler sepanjang raya haji seblom tu. Lepas tu scan, baby dah reached 2.7 kg, heartbeat  152 bpm. Air ketuban ngam-ngam jek reading 8. Baby dah turun sangat-sangat dah. Dok sebok geleng-geleng kepala sampai ngilu dan geli aku rasa kat bawah tu. 

At 11, aku masuk ke exam room at Dr.Wong's office for the dreaded cerclage removal. Dr. Wong asked again kenapa aku taknak czer. Adoila for the last 5 visit he kept asking this. Aku dah jadik serba salah pulak. I know kalau czer, aku tak yah buat procedure removal ni, dia akan remove masa czer jek. Anyways, aku pon cakap my reasons. Doc cakap, dia akan remove kat situ jek, kalau tak berjaya baru move to OT. The procedure memang takde bius takde pain killer. Basically, masuk speculum tu, and masukkan gunting to snip the stitch. Actually bukan stitch, macam a rubber clear selotape gitu rupanya. 

Tah kenapa, aku yang selama ni very high threshold of pain, I struggled a bit semalam. Macam tak bersedia minda untuk menghadap sakit sangat tu. Aku keraskan kaki, kejangkan badan and made it harder for Dr.Wong to remove it. 2 kali kot dia terberhenti. Punyalah sakit rasa nak jerit cakap "Stop! Remove masa czer jek!" hahaha. He said he's gonna attempt it one last time if not kena move to OT. Dia kata, jgn keraskan badan, don't fight, and breath and jangan bunyi-bunyi sangat. I did that, take deep breaths,  and bila hembus baca Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. And it's over in less than 3 minutes. Dia biarkan aku baring kejap. And later I wipe and join the doctor in the room. Masa wipe tu ada bleeding. Tapi takdelah banyak sangat. Dua kali wipe clear dah. After dah removal, sebenarnya tak sakit sangat dah pun. Walaupun sakit sangat masa buat tu, after that takdelah perit sangat kat bawah tu, and bleeding takdela banyak sangat. Sikit-sikit spotting on my panty liner, and that's it. Masa buang air kecik pon takdelah perit sangat. By malam memang takde dah bleeding. Cuma sebab sakit sangat dan aku dok kejangkan kaki, kaki aku gigil sikit

Doctor cakap, maybe in a week or two baru aku bersalin. Dia mintak I watch for contraction pattern, and air ketuban. Dia bagi ubat jugak sebab aku kena infection sikit. And he wanted it to be cleared before bersalin. Lepas tu kami pergi settlekan bil dan balik. Tak kena tahan di wad pon even for day observation. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Lepas tu kami pergi ke Baby Giggles di Puchong to pick up baby playpen yang dibelanja oleh Aki. Heheheh. Tak assemble lagi, tapi dpt la yang diidam-idamkan tu. Mamanya yang gedik sangat, baby tu bukan tau apa-apa pon. Pastu ada jugak pembelian gedik yang lain hahahha. Lepas tu pergi lunch dan lepak-lepak di rumah mama. Lepas tu kami nengok kat both my phone, both our mom tak putus-putus telefon, Ed left his phone at home while aku pulak sebab tengah sebok kat dalam bilik doctor kan. 

Overall cerclage removal ni, kalau kena gayanya it's a 5 minute of excruciating pain procedure. Memang sakit, aku tak tipu. Sebab takde bius or pain killer yang diinsert. Tapi kalau ko bertahan, breath, dan cuba bertenang, it's over in less than 5 minutes. Kecuali kalau Dr ko tak jumpa ikatan tu. Itu silap aku, aku gi struggle masa tu. Was not prepared mentally, tak macam masa buat procedure awal-awal dulu sama gak masuk speculum, masuk catheter gitulah. Tapi masa tu, aku leh bertahan lagi. Maybe dah psiko diri sendiri dah. So aku kena bersedia balik. Banyakkan dzikir, practise my breathing techniques dan of course kena banyak berdoa. 

Alhamdulillah, satu procedure yang aku dreaded sangat dah lepas. Dan tak perlu masuk ke OT dan masuk wad if not, beribu jugak kena bayar tu. Yelah once masuk OT jek kena bayar, OT fee, fee pakar bius, nurses, ubat-ubat, procedure dll. Lepas tu sure warded, alhamdulillah, selamat duit mama dan ayah, baby. Boleh pakai untuk bersalin baby nanti. So now, tinggal nak bersalin. Seram dan takut gak. Kena doa lebih-lebih ni. Takutttt. Doakan semoga dimudahkan ye kawan-kawan. 

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Picture Updated. 

Assalamualaikum wbh,

Selamat Hari Raya kawan-kawan. Rasanya first time pagi raya di rumah sendiri. Lepas solat raya nanti baru bergerak ke rumah mama. Semalam dah spent di sana dah. Makan-makan, potong kek yang aku order kat angah, yummm. Aku ordered roti jala, dan kuih kuih sikit. Semuanya sedap2. Nanti aku share pics dan link dengan korang ye.

Aku masak jugak sikit2. Aku bawak dari rumah baked pasta, nasi impit dan kari daging. Actually ada buat kuah kacang sekali, tapi kena buang semua kuah kacang tu sebab kacang tu tengik. Tak dpt nak salvage dah kuah kacang tu. Sedih. Kari daging aku masak pon bukan main lama lagi sebab nak dptkan taste macam mama aku buat. Bila parents aku rasa semalam, diorg ckp ok dah, dah hampir2 macam mama buat dah nak kena pedas sikit je lagi. Yeeehoo. Vast improvement ok. So ada 2 lagi dish yg x dpt macam mama buat sgt which is sambal tumis dan asam pedas. Ni memang entah bilalah nak jadik tatau. Setakat masak biasa mmg boleh buat tp nak dpt rasa cam mama buat tu, payahhh. 

Ni semua food yang aku ordered
Talam ubi kayu dan kemboja berlauk

Roti jala
Bingka ubi

Baba aku lak sebok nakkk jugak buat rendang campor. Lepas dah arrive kat rumah dia semalam dia sebok carik daun kunyit. Merata rata kedai carik takde. Aku ckp x yah buatla kot. Dia sebok nak buat jugak, katanya kesian kat along aku dah lama x makan rendang dia buat. Dek kerana dia dok sebok carik kat kedai daun kunyit x jumpa2, sudahnya aku gak yang buat rendang tu. Belasah. Mak letih, ya'all. But we enjoyed the food. Nanti aku upload gambo. Makan sakan ye cekna, mementang esok nak masuk sepital. Eeiii seram.
Red velvet cupcakes by Angah

Caramel cake. My favorite. Yummm

Banyak giler aku makan, I kid you not

Rendang dan ketupat. Emm ada kuih kole kacang sekali rasanya. Best


Oh ya, tahniah untuk Fiya on the arrival of her baby girl. Gigih sungguh berchat dalam.labor room hahha. Agaknya I was soo nervous for her, seharian aku dok Braxton Hicks jek. Aku dah nak ajak ed gi sepital dah ko tau. Hahaha. Semalam sebab dia dah deliver, rilek jek aku masak masak seharian, hahaha.

Oklah nak buat breakfast seblom ed pergi solat raya. Take care kawan2. Oh ya esok pepagi aku gi hosp bukak cerclage. Doakan semuanya dimudahkan ye kawan-kawan. I is takut. Gulp!

Posted via Blogaway