Monday, May 28, 2012

Mintak pandangan sikit..

Assalamualaikum wbh, 

Ramai bercuti ek, sempena cuti sekolah? So sesiapa yang ada ni, aku nak mintak pandangan sikit ye. Oh sebelum tu aku nak citer sikit. Semalam Ed pergi kenduri bertunang cousin dia. Memula dia ajak gak aku pergi, tapi aku cam tak berapa larat sebab badan aku cam berangin jek. So lepas dia sapu minyak angin kat belakang aku, dia gerak ke Klang. Rasa bersalah jugak tak teman dia. Takpelah, sikit hari lagi boleh teman Ed gi mana-mana kot, Insyallah. Aku masa tu tengah baring nak lelap, dok pikir, wahh mesti Ed tengah sedap makan nasi minyak ni. The next time I opened my eyes, dia dah balik bawak nasi minyak! Ya Allah rezeki sangat kan. Alhamdulillah, takdelah aku pesan ke ape kan. Sedap pulak tu.  Merasalah aku dan anak buah aku si kakak dan Olyn makan. Alhamdulillah. Pastu aku dapat buah sukun, mak mertua aku kirim, best! Syukur sangat. 

Wokeys back to the original topic. Macam yang korang baca kat komen kat entry bawah tu, adek aku nak balik Malaysia minggu depan. Dia kat UK sekarang ni. Dia tanya aku nak pesan beli apa-apa tak? Aku blur pulak jadinya. Kenapa aku blur? Sebab aku memang takde intent nak beli apa-apa lagi, sebab macam awal lagi, baru nak masuk 15 weeks kan. Eh dah dekat 4 bulan ek? Hihi, suke..suke..suke.. Ed pon cakap, nak beli apa-apa lepas reach 6 bulan. Apa yang aku beli sekarang ni, semuanya untuk pregnancy lah, like maternity blouse (comel-comel kan baju pregnant sekarang?), seluar maternity, flat shoes, anti stretch mark creams, new undergarment, gitulah. Barang-barang keperluan baby or lepas bersalin memang tak beli lagi, dan aku baru survey-survey harga. 

Aku browse jugak website barangan baby kat UK, memang la ada barang yang murah2 like breast pump, barang2 Philip Avent tu, tapi semuanya warranty kat sanala. Aku baca, barang-barang like breast pump tu kekadang kena servis dan sebagainya, so rasanya cam elok kalau ada warranty local. What do you think? 

Adek aku ada tanya nak maternity wear ke? Aku pikir takmohla, karang kain tebal ikut weather UK karang, berkuap lak kat Malaysia ni kan. Stroller? Muahaha berat tu, berapa sangat baggage allocation adek aku nih? Tengok stroller Mclarren dan Perego cam agak murah kat sana. Hmm lagipun of course aku nak tengok dan test sendiri yang mana best kan. So dah out of the question dah. 

Macam bender-bender Philip Avent tu memang murah kat sana, but aku ada tengok brand Little Bean kat sini yang harga cam berpatutan dan ada parts and service center gitu. Macam lagi berbaloi. Kesimpulannya, aku tatau nak pesan apa. Mintak bagi pandangan ye. 

Oh ya aku banyak dpt info ni, from majalah Pa&Ma tu. Dedulu majalah ni, belek pon aku tak moh kan, sekarang ni tak pernah miss beli, sebab banyak info dan best nak berangan. Owhh aku nampak dalam majalah tu semalam ada promo Madela FreeStyle dengan cooler bag, ice pack dan 4 botol dalam RM1999. Macam ok jek harga dia.

Owh ada jumpa another promo jugak, Madela Freestyle dengan Support pillow for pregnancy and feeding plus ape entah lagi. Support pillow for pregnancy tu mahal jugak kan 250 gitu. Tapi entahla berguna benor ke tak. Tapi yang ada support pillow ni, takde cooler bag, botol dan ice pack gitulah. Should I buy now? Aku dah allocate duit dah untuk bender nih, tapi aku ada sikit hesitation sebab hmmm macam awal sangat. Korang rasa? Thanks ek.

Friday, May 25, 2012

Sememangnya..

Sememangnya, bilik aku kat umah mama ni sudah dipasang aircond. Alkisahnya the aircond yang portable tu banyak problem. Sikit-sikit tendang. One night tu, air cond tu tendang. selalunya Ed boleh figure out whats wrong and fix it. Tapi dia dah tido masa tu. Dia sedar, tapi dah malam sangat malas nak tukar extension semua. Aku dah kepanasan tak hengat masa tu. Masuk bilik air basah-basahkan badan dan tidur kat ruang tamu. 

Tah pukul berapa mama dan baba turun bawah sebab nak sahur gamaknya, untuk puasa sunat Rejab. Baba tanya ngaper tido luar? Panas, aku jawab sepatah. BUkannya selesa sangat tido atas sofa, sebab susah nak mengiring-ngiring, tapi sebab panas sangt aku tidur gak. 

Kol 4 pagi aku bangun, sebab ngigau buaya. Arghhh. So aku gi kejut Ed, ajak teman tido kat luar. Ed ikut jek mulanya. Pastu bila dia nengok aku cam tak selesa, dia gi angkut kipas lain dan pasang kat bilik. So 2 kipas berpasang dan ajak tidur kat bilik semula. So tidurle di bilik yang berkuap tu. 
Idokler aku angkat kain gini depan portable air cond tu, errr ke ada ?    taken from 500motivators.com

Esoknya, petang sikit ada orang datang pasang aircond. Siap yang ada plasma haper entah lagi. Ada purifier la gitu.  Itulah pengorbanan my mama. Pepagi dah kuar gi carikan aircond, dan paksa orang tu datang pasang hari tu gak. Ko tak terharu ker gitu? So sekarang ni tidur berselimut, yo. Muahhaha. Satu jelah yang still tak leh elak. Bilik tu dekat sebelah dapur kan, so kuatnyalah bau makanan kalau mama masak. Tutup pintu camaner pon still akan masuk bau makanan kat bilik.  Ada one night tu, dah pasang air cond tapi aku susah nak tidur gak  sebab ada bau ikan goreng dalam bilik tidur tu. Hidung aku kan terlebih peka sekarang ni kan. Adehh. Merata aku sembur fabreze tu. Tetapla ada bau ikan goreng. Wargghhhh. Fabreze tu, sebotol 3 hari jek  kot boleh habis. Entah berapa puluh kali aku sembur semalaman, muahahahha. 

Pastu, mama aku ni sakit mata nengok baju aku dan Ed still dalam beg dan ada yang bersangkut dekat hanger sana-sini. So she cleared the closet dekat bawah tu dan letak baju-baju kami dalam closet tu. Cam nak soh dok sini forever jek gayanya mak aku tuh, muahahha. Ed pon kata gitu gaks. 

Oklah, aku takde idea sangat nak tulis. Yelah aku dok umah je kan. Bosan gak kekadang. Especially bila parents aku balik Jengka cam sekarang. Si Bulat pon takde. Ed pulak, malam ler baru nampak batang hidung. Anak buah aku yang besar tu dok berkurung jek dalam bilik. Hmmm teenagers.  Selalu gak sakit kepala, sebab tak buat apa-apa, boleh? 

As for me, Insyallah ok kot. I am feeling fine, except for minor heartburn, sebab tak leh tido memalam kes bau ikan goreng tu kan hahaha. My tummy is showing already. Now 14 weeks, baju-baju non pregnant, adalah ketat. So dah kena start pakai uniform. The thing is bukan ketat kat perot sangt, ketat kat chest tu yang memaksa kena tukar wardrobe tu. Ada la krem sikit-sikit but, I guess it's some growing pains and the uterus is stretching. Spotting sumer takde dah, alhamdulillah syukur sangat. Untuk korang semua yang rajen membaca, bagi words of encouragement dan mendoakan aku. Terima kasih banyak-banyak. You don't know how much you've help. Allah je boleh balas. Ok, till then.

Monday, May 21, 2012

Alhamdulillah. I am surrounded by love

Assalamualaikum kawan-kawan, 

Aku masih di rumah mama. Weekend baru ni ada balik rumah sekejap. Ed nak jenguk-jenguk rumah. Siram pokok yang dah kering-kontang tu. Sian pokok-pokok ku. Memang terabai sungguh. 

The best place in our tiny apartment is our bedroom. That's the only place I missed most at mama's. Oh ya, dapur pon aku missed jugak, hehehe. Aku rasa aku missed gila our bedroom sebab err ada aircond. Muahahhaa. Bilik bawah kat rumah mak aku tu panas berkuap ko. Tengah tido memalam pon leh terjaga pastu gi mandi. Mama dah lama suruh try install the portable aircond kat bawah tangga tu, tapi aku dengan Ed memula malas sebab bulky dan leceh sebab kena tarik the cerobong angin panas tu dan paip air dari aircond tu ke mana-mana. Tapi lepas berkuap beberapa hari, kami tarikler jugak aircond tu. Bilik tu kecik, bila dah install the portable aircond dan segala cerobong dan water tube tu, memang takde tempat nak solat dah. Memang kena solat kat ruang tamulah jawabnya. Per nak buat. So malam dah tido lena dan bolehler meleseh-leseh kat Ed, muahahha. If not, memasing cakap jangan dok dekat, panas! Siap letak bantal kat tengah. Hahaha. Panas tak leh berlaga. Nak-nak aku yang tengah high body heat nih. Tangan aku memang panas, baru lepas mandi pon aku tak sanggup terkena my hand on myself sebab tangan aku panas. 

Oh, aku nak cerita mender lain sebenarnya. Last week, tunang adek aku datang dengan her parents bearing gifts heheh. Diorang ni baru balik umrah. So dapatler aku kurma nabi, buah tin, air zamzam, dan jubah. Best! They also bought gifts for Ed, mama and baba. Aku ni tanya gak kat my future sis in law, kat mana nak beli buah cherry, sebab diorang pernah belikan untuk baba masa baba kat hospital dulu. Terasa nak makan. Dipendekkan cerita, 2 days later, I got the following. Thank you Sya, Aunty and Uncle for the cherries. And thanks my Ed for picking those up. 

Sekotak besar, ko. 3 kilo rasanya. All the way from California

Ni ler   rupa cherries

Ni close up cherries. Sedapppp!!!
Masa aku balik rumah tu, aku cakap dekat Ed, boleh tak nak beli buah laici fresh kejap. Dia tanya kat mana? Aku cakap dekat tepi jalan kat tol kajang. Dia senyap jek, sebab masa tu dia  tengah rushing nak gi somewhere. Tetiba jek dia drive menghala ke tol kajang tu, seb baik ada orang jual laici tu. Thanks, baby!So aku beli ler sekilo. Masa aku nampak laici tu memang aku teringat kat Irfa. Teringat yang dia mengidam laici tapi nak ada daun sekali, muahahha. Takde daun ok sis. 

Sedap gila, lagi-lagi lepas letak dalam fridge

Punyalah best makan cerry dan laici ni
Anak-anak buah aku siap pelik tengok laici ni. First time tengok yang bukan dalam tin punya. Tapi laici ni sejuk ek. Memang aku rasa nak semput sikit lepas makan 5-6 bijik. Mak aku cakap memang sejuk dan tajam. Maaaakk terus aku berenti makan. Syukur alhamdulillah, merasa gak makan. 

Baba dan mama balik Jengka kejap masa Jumaat dan Sabtu tu. Baba kata dia akan balik Puchong lepas pegi pekan sehari kat Temerloh. Aku cakap kalau jumpa umbut kelapa belikanla. Kalau ada. Don't worry tak ngidam pon. Sekali tu, dia gi suruh orang tebang pokok kelapa untuk amek umbutnya. Warrghh dah terkorban sepohon pokok kelapa. Adehh.. Guilty pulak rasa. Bila balik sini mama masak, masak lemak umbut kelapa, sedap gilerrrzzz..

Masak lemak umbut kelapa makan dengan sambal gesek dengan ikan sungai. Perghhh..
Alhamdulillah, I am surrounded by love. I am trully blessed. Syukur Ya Allah.






Friday, May 18, 2012

Cara kira due date untuk IVF babies

Assalamualaikum wbh, 

Aku kat rumah mama lagi. Maybe stay until next checkup in 2 weeks time. Kalau doc cakap dah ok, baru ler balik rumah. But still I will take it easy. Tulah, maybe aku rasa cam larat sebab aku tak mabuk-mabuk kan, tu yang aku berjalan jugak sebelum bleeding tu. 

Ok enough about that. Aku nak share macamana nak kira due date untuk IVFers out there. This web site, bukan sahaja kira due date but give details on how far along you are dan info2 lain.

Pergi ke website nih http://www.ivf.ca/duedate.php
Instead of masukkan ovulation date sebab susah sikit nak tau or last first day of period, IVFers sila  masukkan egg retrieval/OPU date kat atas nih.pastu klikla calculate

Tadaaa. Nanti dapatla skrin macam kat atas nih. Haaa aku dah 13 weeks 1 day hari ni.
Ada due date, hehehe. Kat bawah tu ada details bila akan complete first trimester dan macam-macam ler. 

Scroll belah bawah to read more details. Suke-suke
So kalau nak tau camana nak kira due date kalau pregnant through IVF boleh la ke website nih. Due datenya memang consistent dengan due date yang aku dapat through ultrasound. Ok people, later.

Thursday, May 17, 2012

Went to the hospital again.

Aku punyalah malas nak buat update ni. Dok kat rumah mama, rasa cam nak eat, watch TV and sleep jek. Seriusla asyik tido jek. Sembab muka aku rasanya. Mama tak kasi buat mender langsung hahaha. Tapi sebab nak simpan record of every important things during my pregnancy, so rajinkanla menaip nih.

Dekat rumah mama, aku dengan Ed occupy bilik bawah sebab mama tak kasik aku naik turun tangga. Bilik bawah tu punyalah berkuap, memalam memang berpeluh-peluh, ko. Kelmarin sebelum tido aku mandi, lepas tu terjaga pukul 5 pagi panas gak, mandi sekali lagi. Dah alang-alang terjaga pukul 5 pagi, buatler solat sunat sikit. Bila nak solat jek, mulalah mengantuk nak mampos, setan betulla.

Anyways, lepas last week's bleeding episode, aku diberi ubat dan kena amek jab every 3 days. So dah 2 jab diambik. Normally what happens is once a proluton jab is administered, memang takde bleeding dah, not even spotting. But after 2nd jab tu, tengok cam ada spotting sikit with discharge. Risau gila aku. On and off the whole day. Bila Ed balik dan cerita, mulalah aku nangis cerita dekat dia. But I sensed something, that macam bukan spotting sangat. Rasa cam kena infection. You know how it feels bila kena infection kan. Gila uncomfortable. 

So semalam, aku ingat nak gi GP jek take some meds for the infections. Bila aku called Ed, Ed cakap cuba aku called Sunfert dulu. Aku malas sebenarnya. Sebab kalau Sunfert soh datang, jenuh nungguh 3-4 jam karang. But I called anyway. Aku ni kalau Ed suruh or cakap apa-apa aku ikut jek. Nampak jek aku ni kepala batu hahaha. So when I called them, the head nurse checked with the doc, and they ask me to come in. 

Bila aku inform Ed, dia kata dia akan hantar. So at 1.30 we went to Sunway med. At almost 4 gitu masukler bilik doctor. Scan dulu. Nampakle baby tu cam lambai-lambai hihihi sukenye! Ed pon sengih-sengih masa tu. Jari-jari pon dah nampak lima. Baby's heartbeat is 156pm. Dan air ketuban nampak cukup. Masih ada bleeding sikit-sikit dan ada about 5% placenta yang tak attach lagi pada dinding uterus. Kemudian doc masuk dan buat test pasal the infection. Yup, memang betul. So ada insert ubat dan doc bagi ubat makan jugak. 

Menurut doc the baby and pregnancy has almost entering a stable stage. Jangan risau sangat. The spotting tu sebab infections dan sebab ada bleeding sikit-sikit lagi. So continue to take it easy.  It's a good thing that we went to see the doc. Bila tengok scan tadi and see the baby wave (yippie!) puts my mind at ease a bit dan bila doc cakap pregnancy hampir stable dan jangan risau sangat, aku rasa syukur dan lega sangat. Entah,  aku rasa macam at that moment, I just made a decision not too worry and enjoy my pregnancy. I will still be extra careful, but aku dah takmo risau sangat.

Oh on another note, masa aku bleeding last week, bila aku timbang aku turun almost sekilo. Lepas seminggu makan tido jek dekat rumah mama, aku ingat sure dah naik kan, tup-tup baru naik 200g jek. Heran betul. Weight aku sekarang masih lower than I started the treatment, and I am now 13 weeks pregnant. Tapi weight of the baby ok, so oklah kot. Maybe sebab I was not model weight when I started the treatment, so the weight belum naik lagila kot. Aku doa sangat-sangat yang the pregnancy will get easier and the baby continues to grow healthily onwards. Hari ni genap 13 weeks, eh dah masuk 2nd trimester dahla kan? Alhamdulillah..alhamdulillah.

Sunday, May 13, 2012

Resting at mama's

Salam semua, 

Malam ni aku bersiaran dari rumah mama. Dah 3 nights dekat sini. Baring jek kerjanya. Kalau ikutkan mama aku, makan pon dia nak bawak ke katil hahaha. Ngada-ngada sangatla aku kalau eat in bed, meja makan tu 3 langkah jek dari bilik bawah yang aku occupy sekarang ni. Ed mula-mula cakap tak yah dok rumah mama takut nyusahkan dia. Tapi mama dah telefon aku sampai 3-4 kali, hahaha, so we packed our things and head to mama's. Sayang mama.

Best-best camner rumah mama, miss jugak rumah sendiri y'all. Tapi untuk kebaikan diri and my baby, tabahla ye cekna. Seb baik rumah mama ada internet, unifi lagi, fuhh speed memang terbang nak download apa-apa kejap jek. Astro pon full package ada movie dan HD sumer. But tau jelah Astro movie tu ulang2 citer sama jek, bosan aku. 

Bleeding dah takde dah. Alhamdulillah syukur sangat. Risau tetap ada. Rasa macam nak beli doppler machine jek nak dengar heart beat baby hari-hari, sabo jelah kan. Semalam pergi klinik amek jab proluton. Sementara menunggu next checkup. Berehat, bertenang dan berdoalah banyak-banyak ye cekna. 

Rumah mama ni cam pusat kesihatan ok. Segala blood pressure, sugar level dan temperature tester sumer ada. So hari-hari ler aku test blood pressure aku. Nampaknya dah kembali normal. Maybe masa aku kat hospital, aku super nervous, and some of the days tu aku memang sakit sikit so maybe sebab tu tinggi kot. Cuma emm sugar level ada sikit worrying. Nanti aku check ngan doctor, should take precaution or not.

Ed pon tido sinilah, bawak semua baju kerja dia, dan dia pergi kerja directly from rumah mama. Kalau ikutkan office Ed lebih dekat dari rumah mama compared to our house. Tapi yelah bukan duduk rumah sendiri nampak gakle dia tak selesa sangat. Tapi aku dan baby punya pasal, dia ikutkan jek. I did tell you that he's the best kan. Syukur sangat. 

Untuk korang yang sangat-sangat supportive, aku ucapkan ribuan terima kasih for your support and du'as. Doakan semuanya ok ye. Take care people, tak leh online lama-lama sangat. Nak gi baring balik. 

Wednesday, May 9, 2012

Bleeding pulak.

Salam korang,

Sorry aku tak balas komen2 korang kat entry kat bawah.Aku bleeding seharian hari ni. Bukan spotting. memang bleeding. Aku  baring jek pg td, kemudian bangun nak gi toilet, bila nak clean tu nampak red blood with blood clots. Aku dah panik dah. Terus aku telefon Ed. Tepon dia cam off pulak. Aku call kat opis seb baik dpt. Menangis sakan aku bila ckp kat dia aku bleeding tu. Dia ckp jgn risau sgt kan br lg scan 2 hr lepas kan main active baby tu. Maybe the blood yg kami nampak kat rahim tu kot. Aku ckp, banyak, tak pernah byk macam tu. 

Lepas tu aku baring dan monitor blood tu kot2 sekejap jek. Tak lama aku check the blood dah penuh 1 panty liner, and later 4 liners semuanya full with blood. (sorry too much info, sila stop baca kalo uncomfortable) tak lama Ed sampai rumah walaupun aku takde soh dia blk. Dia risau la kot. .Aku called hosp and inform aku bleeding fresh blood wth blood clots quite heavily, terus diorang soh aku datang. Aku mmg nangis on off. Masa solat sampai bocor kena kain semayang aku.lepas tu kami ke Sunway Med. 

Bila ckp aku bleeding giler, diorang terus kasi aku masuk untuk amek jab. Ttak lama diorang scan pulak. Nampak baby dok diam jek, sono ckp, baby tido kot. Dan lepas tu cecepat dia carik heartbeat baby. 164 bpm legaaa. Alhamdulillah. kemudian bila dia scan further nampak satu area belah atas yg bleeding. Taklama doc datang ke bilik ultrasound dan tgk the scan pic.

Kata dia, the bleeding tu sebab ada part of the placenta yg tak attach  dengan baik. kalau placenta bleeding mmg akan bleed dgn byk dgn blood clot semua. Dia kata jangan risau sebab sikit jek bhg placenta yg tak attach tu. Bhg yang attach dgn baik adalah banyak. Aku cakap susah tak risau doctor, bila bleeding tak berhenti with blood clot semua. Dia pesan jangan buat kerja berat banyakkan bed rest. Dia startkan aku balik dgn proluton jab dan continue makan ubat dusphaton. Appointment yang patutnya 4 minggu lagi dicepatkan ke 2 minggu sebab doc nak monitor. Kata doc kalau bleeding balik dia akan admit ke ward supaya aku total bed rest. At this point aku tak kisah dah, warded pon takpe, janji baby selamat.

Lepas tu kami pon balik. Kali ni appointment tak lama sangat sebab agaknya emergency so potong queue sikit. Aku punya bleeding ada sikit-sikit lagi. By maghrib dah stop dah. Bila solat maghrib tu berjurai-jurai air mata aku minta Allah lindungi baby ni dan baikilah kedudukan placenta tu. Berilah yang terbaik utk baby ni. Permudahlanlah proses kehamilan ini. Agaknya Allah beri banyak dah kemudahan pada aku, such as aku takde morning sickness teruk-teruk, tak pernah muntah-muntah dan quite sihat sepanjang pregnant ni, kecuali masa asthma sikit hari tu, so Allah uji aku sikit supaya aku tak henti-henti memohon padaNya. Ya aku admit, ada some days aku  tak konsisten sangat berdoa nih. Especially bila letih dan lesu semacam tu. Mungkin itu yang Allah nak tegur. Mintak maaf kalau aku tak jawab komen-komen ya. Nanti bila berkesempatan aku jawab. Esok onwards aku nak gi duduk bawah ketiak mama for few days. Mama kata total bed rest kat rumah dia. Okay ma! Sayang mama.

Note : Dee, ko ke kata yang ko bleeding gak at 14 weeks? eh lupa. Sebab apa ek? Admit tak?

Tuesday, May 8, 2012

Post Spotting Update

Salam semua, 

Sorry lambat reply komen-komen korang. Terima kasih banyak-banyak for your kind words dan doa. Aku hargai sangat2. Hari ni kami ke Sunfert. Sampai di hospital dalam pukul 1 tengahari gitu. Lepas letak appointment card, kami pergi makan dulu. Sepanjang weekend lepas memang kami banyak berdoa moga-moga baby sihat dan selamat. 

Memula amek weight. Weight aku belum naik lagi, melepasi weight aku mula treatment. First 4-6 weeks aku lost about 2kg++, and baru gain balik the lost weight tu. Cam tak caye jek, pasal selera aku dah dasyat jugak sekarang nih hahaha. But I am sure my weight akan naik in the next checkup. Yang aku risau sikit is about my blood pressure. Sebelum pregnant aku tak pernah ada problem blood pressure ni. Stress camner pon, sure ok jek. Tapi tadi pressure is 139/68, last checkup was 137/80 sebelum tu 145/90 pon pernah. Seram. Doctor kata tak perlu risau lagi unless it persist till 6-7 months. Ada petua apa-apa tak nak kasik pressure stabilise, selain bertenang hehehe.

Lama jugak menunggu. Dalam pukul 3 lebih gitu masuk bilik sonographer, memula Ed suruh aku masuk jek. Pastu aku cakap, taknak tengok baby ker? Terus dia bangun, hehehe. So masuk le kami dengan hati yang berdebar-debar. Bila masuk jek, sonographer kata dia akan buat preliminary screening for down syndrom sekali. Eh, ingatkan minggu depan. So aku follow jelah. Ingatkan datang, just nak tengok baby ok or not, but terus buat screening. Currently aku 11 weeks 3 days, gitulah kalau tak silap. 

Bila dia scan jek, nampak baby tengah bergolek-golek dalam tu. Ya Allah, sukanya aku. Sampai tergelak aku tengok aktifnya dia. Ed pon gelak-gelak tengok dia bergolek ke kiri bergolek ke kanan, dengan tangan kecik dia hayun sana-sini. Sonographer nak tengok tulang hidung dia. Bila the sonographer zoom kat muka jek, dia berpaling ke tempat lain. Tutup muka ngan tanganlah. Cam mengelak paparazzi nak amek gambar jek gayanya. Cheeky betul. Ed siap tegur baby masa tu, hehehe. Banyak kali try baru dapat amek gambar. Alhamdulillah ada tulang hidung. Kata dia, kalau takde tulang hidung signs ada down syndrome. Kemudian dia measure jugak, fluid dekat tulang belakang. Must not be more than 3mm. Alhamdulillah, 0.87 mm. Katanya amniotic fluid (air ketuban?) pon nampak cukup. Placenta belum naik lagi. Dan masih ada bleeding sikit-sikit dekat belah tepi. Hence why I still spotting. Katanya baby punya size pon dah besar sikit dari umur dia. Hehehe.

They prepared me to take the blood test for the comprehensive down syndrome test. Aku dah discuss perkara ni dengan mama dan Ed, we have decided not to do it. Korang dulu buat ke test tu? Aku rasa tak payahla, doa jelah banyak-banyak. Doc pon ada kata, normally muslims tak ramai buat sebab if we know pon we won't terminat the pregnancy kan. So baiklah tatau, dan doa jelah banyak2. 

Lama jugak baru dapat jumpa Dr.Wong lepas tu untuk discuss result. Dia suggest we do the test. For the first time kami tak ikut suggestion dia. Selama ni, semua suggestion dia kami ikut 100%. Lepas tu dia cakapla, yang dia tak akan bagi jab dan cyclogest balik, sebab all those hormone shots would not help much at my stage sebab actually all my hormones dah cukup dah by 12 weeks ni. Tak perlu tambahan progestrone. Cuma dia bagi ubat to relax my rahim, untuk kurangkan bleeding. Katanya baby pon ok, so far so good. By the screening tadi, 70% chance baby takde down syndrome. Kalau nak conclusive up to 99% kena buat blood testlah. Ya Allah syukurnya. Doctor juga cakap, that my baby has reached a stabilize level. Unless kalau aku bleeding like a normal period, my baby and I should be ok.

Alhamdulillah, syukur sangat all went well. Nampaknya memang aku tak ready lagi nak masuk opis la. Hari sebelum spotting tu aku masuk opis, pegi kelas tajwid kat bangunan sebelah, pegi jumpa lecturer kat Uni and balik semula opis untuk tumpang kawan balik ke rumah. Malam tu memang flat aku tidur awal. Memang banyak gak berdiri dan berjalan. So Doc, pon dah cakap kena kurangkan berjalan dan put my feet up sebab placenta tak naik lagi. IVFers memang fragile sikit, so jangan terikut style orang yang pregnant normal biasa yang boleh jek beraktiviti cam biasa in their first trimester. Lepas 4 bulan you should be like any other pregnant mother. Bak kata Angah kalau tak silap, jangan nak melasak cekna walaupun rasa larat. 

Untuk kawan-kawan yang mendoakan aku dan baby, thank you so much. Moga Allah lindung korang dan keluarga korang. 

Note : Korang buat blood test for DS screening tak?
Note : Petua untuk stabilise tekanan darah, kalau ada tolong share ek. 

Update at 9.06 am Selasa 
Aku bleeding tadi, kali ni bukan cam brownish spotting. This time, reddish blood with discharge. Agak banyak. Terus aku nangis. Ed cakap, maybe some blood that we saw dekat uterus semalam tu, and ask me not too worry. Howlah not to worry nih. Maybe jugak sebab aku mula makan duphaston semalam. Ya Allah lindungilah hambaMu ini dan bayi dalam kandungan ini.

Sunday, May 6, 2012

Spotting sikit

Tengah malam semalam ada spotting sikit. Risaunya tak terkata. Pagi tadi call Sunfert. Diorang tanya spotting banyak tak? Aku jawab sikit jek dan brownish in kaler. Dia tanya jugak biler last amek jab proluton? AKu jawab Last 4 weeks kot, dan aku baru off the cyclogest tu for 3 days. Kata dia, monitor dulu, kalau bleeding banyak kena pergi emergency sebab Sunfert tak bukak hari ni. Tapi kalau sikit jek, datang on Monday untuk amek jab. Pagi tadi ada sikit, then takde dah. 

Seharian rasa sakit belakang dan cam cramping sikit. Tapi takdelah cramp teruk sangat. Aku baring jek and put my feet up. Risaunya korang. Tatau nak cakap apa dah. Aku doa, dan doa dan doa agar semuanya ok. Risau sangat. Ya Allah peliharalah anak dalam kandunganku ini Ya Allah. 

Wednesday, May 2, 2012

10 weeks checkup

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Sorrylah lambat sikit update pasal checkup tu. Weekend tu banyak keluar jugak. Pastu cuti Labor Day tu keluar jugak beli barang tah haper-haper. Keluar sekejap jek dalam 2 jam. Terbaring sampai petang lepas tu penat. Semenjak banyak kena bedrest ni aku memang kurang stamina sikit. Hmmmm. 

Anyways, berbalik kepada my checkup Last Friday. Its my 10th week checkup. Aku memanjang nervous kalau checkup ni. Bila aku cakap dekat Ed aku takut, dia pon kata, takut jugak. Hehe. Selalunya dia tenang gila kan. But semenjak pregnant ni dia pon ada sesdikit anxiety jugak. 

Appointment aku petang lepas Jumaat. As always Ed la bawakkan. Actually aku ada tulis 2-3 entry lepas aku confirm pregnant at 4 weeks tu. Tapi sebab masa tu tak conclusive lagi, maka aku peram dulu. Lepas tu bila dah confirm, aku rasa sedih pulak bila baca balik. So sebab aku taknak ada reminder sedih-sedih dekat blog ni, aku tak jadikla publish. Instead aku bagi in point form jek what happened. Actuallynya aku:
  • Malas nak cerita that during my first ultrasound, the sonographer showed us two sack with two yolks which means at that point of time I was carrying twins.
  • Malas jugak nak cerita how me and Ed was grinning from ear to ear when we knew we are pregnant with twins
  • Malas nak cerita jugak how during week 6 I was bleeding again.  And this time is with red blood and boleh tahan banyak. Panik, nangis sakan, we rushed to the hospital and was given a jab. Scanned and saw the babies are ok. Twin A already has a heart beat masa tu. Ya Allah, macam tak percaya. Whilst, doc said twin B will have it’s own heartbeat in a day or two
  • Lagi malas nak citer that bila sampai rumah, aku dok tengok jek gambar ultrasound tu. Bila tunjuk dekat Ed dia tengok gitu-gitu jek. But when he thought I wasn’t looking, he was staring at the ultrasound pic with a smile. Hahaha. 
At 7 weeks kami pergi scan sekali lagi dan the sonographer kata Twin B macam stopped growing. Twin A saiznya 7 week ++ whilst Twin B 6 weeks ++. Bila keluar dari scan tu aku dah nak nangis. Kita loose 1 twin ke Com? aku tanya Ed, Ed cakap, kita tatau lagi. Tunggu Dr cakap apa. Bila masuk dalam bilik Dr, he confirmed that we are down to 1 baby. Bila Dr Wong nampak aku dah berair mata masa tu. He said 



Dr.Wong : Look, maybe baby ni tak sihat sangat, sebab tu he stopped growing. The other looks very healthy with good heart beat and good size. That’s why bila buat ET kami selalu masukkan 3 embryos, now you loose 2 but you have 1 good healthy one.

Memang aku nangis bila masuk kereta. Aku sangat excited when I know that I am carrying twins. Tapi aku tak cerita kat ramai orang sebab aku tau risiko having twins, apatah lagi if conceived thru IVF. 


Aku : Baby kita sorang dah takde, com.
Ed : Dia tak sihat kot com. Tak konklusif lagi kot. We can still see the sac.
Aku : Doc kata dah takde.
Ed : Baby, baby hold on ok. Baby jaga adik tu. Sampaila ketentuan dia sampai. (sambil gosok-gosok perut aku.)
Aku : Allah tau apa yang baik untuk kita kan. Maybe badan na pon tak kuat nak carry twins kot.
Ed : Betul, Allah lagi tau apa yang terbaik utk kita.
  
Bila balik rumah, aku delete semua bookmark aku pasal twin pregnancy dan sebagainya. Tapi masa aku baca2 tu ada pulak aku terbaca pasal kadang-kadang one of the twin tu lambat sikit nampak heartbeat. Baru 7 weeks kan. So masa tu aku still menyimpan harapan that Twin B will make it. 

Last Friday which is at 10 weeks checkup, its confirmed. I lost 1 baby. Twin B memang dah shrink masa tu. Boleh baca pasal the Vanishing Twin Syndrom, untuk faham what happened. Aku dah memang prepared. So no more tears this time. Lagipun I don't wanna loose sight. Kami buat IVF sebab nak conceive. Tak pernah terpikir nak dapat twins. Kalau dapat memang bonus sangat kan. Tapi pregnant ni pun dah syukur sangat-sangat ye tak. 

Okay, on to the good news. Baby is doing great. With 177 heartbeat. Lajunya jantung baby! hehehe Ed sengih-sengih jek masa tu. Lepas tu aku tanya, tu tangan dengan kaki dia ke? Yes, the sonographer said. Hihihi, sukanya. Comella tangan baby. Ed terus makin semangat menengok skrin bila nampak kaki dan tangan baby. Yey! Suka-suka. 

Lepas tu gi jumpa Dr.Wong. Tanya soalan-soalan sikit. Dan dia akan stopkan Cyclogest pessaries, hormon progestron tu. Mula-mula happy jugak sebab tak yah pakai ubat tu kan. Tapi lepas tu risau pulak jadinya sebab  progestron tu diguna to support the pregnancy kan. Yelah bukan pregnant natural kan, so takut body tak produce sufficient hormon to support the pregnancy. I just have to trust that the Dr knows what he is doing dan serahkan semuanya pada Allah. Yakinlah cekna, Allah akan lindung the baby. Selama ni pon Allah yang lindung ye tak. Bukannya ubat-ubat tu semua kan. So my checkup is in 3 weeks, eh 2 weeks je kot. Esok aku dah masuk 11 weeks pregnant. Ya Allah lindungilah kami Ya Allah. Doakan semuanya selamat ye kawan-kawan.