Sunday, May 13, 2012

Resting at mama's

Salam semua, 

Malam ni aku bersiaran dari rumah mama. Dah 3 nights dekat sini. Baring jek kerjanya. Kalau ikutkan mama aku, makan pon dia nak bawak ke katil hahaha. Ngada-ngada sangatla aku kalau eat in bed, meja makan tu 3 langkah jek dari bilik bawah yang aku occupy sekarang ni. Ed mula-mula cakap tak yah dok rumah mama takut nyusahkan dia. Tapi mama dah telefon aku sampai 3-4 kali, hahaha, so we packed our things and head to mama's. Sayang mama.

Best-best camner rumah mama, miss jugak rumah sendiri y'all. Tapi untuk kebaikan diri and my baby, tabahla ye cekna. Seb baik rumah mama ada internet, unifi lagi, fuhh speed memang terbang nak download apa-apa kejap jek. Astro pon full package ada movie dan HD sumer. But tau jelah Astro movie tu ulang2 citer sama jek, bosan aku. 

Bleeding dah takde dah. Alhamdulillah syukur sangat. Risau tetap ada. Rasa macam nak beli doppler machine jek nak dengar heart beat baby hari-hari, sabo jelah kan. Semalam pergi klinik amek jab proluton. Sementara menunggu next checkup. Berehat, bertenang dan berdoalah banyak-banyak ye cekna. 

Rumah mama ni cam pusat kesihatan ok. Segala blood pressure, sugar level dan temperature tester sumer ada. So hari-hari ler aku test blood pressure aku. Nampaknya dah kembali normal. Maybe masa aku kat hospital, aku super nervous, and some of the days tu aku memang sakit sikit so maybe sebab tu tinggi kot. Cuma emm sugar level ada sikit worrying. Nanti aku check ngan doctor, should take precaution or not.

Ed pon tido sinilah, bawak semua baju kerja dia, dan dia pergi kerja directly from rumah mama. Kalau ikutkan office Ed lebih dekat dari rumah mama compared to our house. Tapi yelah bukan duduk rumah sendiri nampak gakle dia tak selesa sangat. Tapi aku dan baby punya pasal, dia ikutkan jek. I did tell you that he's the best kan. Syukur sangat. 

Untuk korang yang sangat-sangat supportive, aku ucapkan ribuan terima kasih for your support and du'as. Doakan semuanya ok ye. Take care people, tak leh online lama-lama sangat. Nak gi baring balik. 

19 comments:

  1. Aku baru terpikir nak sms sbb lama sgt tunggu update. Risau. But i thot of checking ur blog first, yeay ada update. Happy aku baca ko dah ok. Mmgler takmo nyusahkan mak kita tapi kena pikir gak kesihatan diri. Aku ala buang tonsil tu ada 2 nights mama dtg tido rumah aku sbb risau zul kata aku tido meracau. Ngader kan. Ko jaga diri bebaik che na *hugs*

    ReplyDelete
  2. Amy,

    Bleeding memang dah takde but still aku risau tak abis2 kan. Susah nak cuba bertenang. Tapi cuba gakle sedaya upaya. Owh aku nak tulis pasal my blood pressure la. Nanti aku tambah entry nih. Owh mama aku kuar pepagi belikan breakfast, kekadang masak breakfast, hiba tau aku rasa. Kesian dia, aku dah tua bangka ni pon dia kena jaga lagi.

    ReplyDelete
  3. Arena... jangan risau. Rehat banyak... Nanti, keluarkan baby yang gebus dan comel tau... hahaha (cam keluarkan apa la tu !)

    Bila nak update pic baby ? Share la kat sini...

    Rehat sampai baby lahir. Biar ED jer yang kerja.... Dah keluar baby, baru kerja balik. Jangan ngengada nak kerja lepas 3 bulan pun tau... Minta cuti tanpa gaji dengan kampeni tu... selama ni dah kerja macam kuli dah kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak,

      Saya kena masuk kerja bulan 7 nanti. Masa tu emm dah masuk 5 bulan kot. Harap2 dah stabil dan doc benarkan. If not, tengokla camner2. Gambar scan ker? hehhehe nanti ek. bila dah jelas baru letak kot.

      Delete
  4. Cekna,
    Good to know there's no more bleeding and that you're resting good. Take care dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. Harap2 no more bleeding after this dan semuanya baik2 belaka.

      Delete
  5. owwhh..good to hear that..

    continue to take xtra care yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. Harap2 takde bleeding dah dan placenta akan attach balik and baby sihat.

      Delete
  6. Good to hear that, bleeding pon dh stop. Hepi resting fren, syukur everybody sgt2 care abt u n bb alhamdullilahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. LF,

      Alhamdulillah, I got a lot of people who love me around me, syukur sangat.

      Delete
  7. teruskan berehat arena... maintainkan environment yang relax.... jangan risau susahkan mama ko sebab Allah dah atur semua.... maybe Allah nak kita sayang lagi mama kita, bila nanti giliran dia memerlukn kita, kita tak bertangguh kerana apa pun kita buat pada ibu, kasih sayang ibu tu takkan dapat melebihi kasih sayang kita kepadanya... tu ada dalam hadith rasulullah SAW. eloklah ko tak sorang lagi. aku paham la tak selesa tak bebas tu tapi sementara mara jer cekna ok... ktorang ni pun risau pasal ko.. kengkadang rasa macam mimpi ko dah mengandung tau! hehehehehe hebat tak? padahal jumpa ko pun tak pernah, terserempak kat alamanda jer sekali tu pun aku malu nak tegur lol! take care ok.. makcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik,

      Wei kalo ko terserempak dengan aku len kali tegur jelah. Aku memang muka akan blur dan terkezut dan segan cam masa si Fiechik tegur aku. But i dont think i mind. Tulah aku akan stay kat rumah mama ni sampai next checkup lepas tu, if everything goes well, maybe lepas tu baru fikirkan utk balik rumah.

      Delete
    2. Makcik aku ada email ko, dah check?

      Delete
    3. da aku da reply email ko pun....tak dapat ya? insyaAllah akan aku doakan....doakan aku dapat masuk masjidil haram dan solat sunat dan berdoa di multazam...Amin

      Delete
  8. rehat okey..
    jgn buat banyak keje..jgn pk macam2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Puan,

      Saya akan cuba. Memang tak buat apa sangat. Tapi tang tak mikir macam2 tu payah sikit hahaha.

      Delete
  9. Nnt kalau anak kita dah besar pun mesti kita rasa nak tolong anak kita kalau mereka tu susah.so..ko jgn fikir sgt ko susahkan mama ko. Ak rasa mama ko dengan berbesar hati ingin mmbantu serba sesikut. Rumah tu rumah ko jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa aku taip tah.. Serba sedikit lag.. Sesikut tu apa??hehehe

      Delete
    2. Serba sesikut, muahahhaa. nak mampos aku gelak. Yup aku tengah lepak rumah mama nilah at least sampai next checkup. Kalau ikut mama aku soh dok sampai 6 bulan, sabo jelah hahah.

      Delete