Sunday, June 17, 2012

Saje nak membebel hahaha.

Assalamualaikum wbh, 

Panas gila kan sekarang ni. Sehari dua ni siap berjerebu tebal kan. Aku ni bersiaran dari rumah aku ni. Balik jenguk rumah kejap. Lama dah tak balik rumah. Gila berdebu rumah aku. Semalam aku mop rumah. Takdelah berie sangat dont worry, tak tahan hitam kaki aku jalan dalam rumah. Ala rumah kecik, kejap jek siap. 

Patutnya pagi tadi, aku dan Ed gi kenduri dekat Klang. Masa bangun subuh jek, Ed suruh jenguk tingkap. Maaakk tebalnya jerebu. Aku cakap dekat Ed, kalau gitu gayanya, memang aku tak leh kuar rumah. Memang leh masuk sepital kena asthma attack kalau keluar jugak. So melepek jela dekat rumah yang terchenta ni. Buat laundry pon, Ed jemur dalam rumah jek. Malas baju tu berbau asap kat luar. Aku siap masuk website Jab Meteorologi tengok ramalan cuaca. Kalau based on that, Isnin nanti akan hujan petang2, sampai ler Jumaat. Jomla kita sesama doakan agar diturunkan hujan kasik clear sikit udara ni kan. Serius semput aku nak bernafas.

Aku ni emm masih lagi selera so-so jek. Entah bila nak berselera pon tataw. Ada one day tu, aku masak untuk mama dan baba berbuka puasa. Asalnya mama yang nak masak, tapi sebab dia sampai rumah lambat, aku pon masakler, muncung pulak baba aku tu kalau tak masak, sebab dia dah beli barang nak masak sumer kan. So at 6++ aku pon start le masak, naikkan nasik, masak lemak ketam, ikan bawal sweet and sour, dan goreng celup tepung udang dan sotong. Penat giler lepas masak tu. Memang Ed kena gosok-gosok pinggang dan tertidur aku lepas maghrib tu. Agaknya sebab penat masak, makan pon sikit jek. Lepas tu sebab lenguh sangat pinggang, aku baring atas Dr.Backbone tu, legaa sikit. Irfa, ko dah beli Dr.Backbone?

Tadi aku timbang, dah naik sekg dah. Perut aku padahalnya aku rasa kan main besar lagi dah walaupun baru 17 weeks. Tak selesa sangatla perut aku lately. Tidur pon start tak selesa sangat. Nak pusing from one position ke position lain pon kekadang krem perut rasanya. Normal kot eh cam tu? Kalau perut dah makin besar sure lagi tak selesa ye. Memang tak lelap sangat tidur jadiknya. Takpela, I am not complaining. nak log jek, what I am experiencing. 

Oh ya, thanks kat komen-komen korang kat bawah tu. Appreciate it. Macam kata Kak Izawani, sebelum pregnant ni, aku happy jek dengan Ed. Yes, memang betul. I was happy sepanjang 9 tahun tu. Banyak sangat nikmat yang Allah bagi pada aku sebelum ni, married to the love of my life, family yang best dan supportive, career yang continuously developing, get to see places around the world, kawan-kawan yang best (termasukla kengkawan blog hehe) so takkanlah aku nak whine dan moyok tak habis-habis just because Allah belum izinkan lagi aku ada zuriat. Aku yakin insyallah, some day Allah akan kurniakan rezeki yang baik pada masa yang terbaik. Kalau orang lain mudah nak conceive, ada la pulak ujian lain kan. Untuk aku dan Ed, nilah ujian kami. Kami accept dan redha. So now, when I am finally pregnant, memang susah la untuk aku tak excited dan tak bercerita. Memang my entry for the next few months ni berkisar pada my pregnancy la gamaknya. Muak la korang membacanya. Tapi maybe ada entry2 lain jugak, sebab aku nak masuk kerja balik dah in err 3 weeks time (seram!). 

Okeyla korang, takde maknanya entry ni. Saje jek buat entry sambil melayan bosan. TV on weekends macam hampes kan. Bosan gila. Oh ya, korang, kalau pregnant, raya pakai baju ape ek? Aku by raya agaknya dah 6 bulan masa tu. kalau nengok gaya perut aku, boleh tahan besar masa tu, kot? Buat baju kurung maternity ker? Ke maternity maxi? Hahaha. Saje jek, padahal taylor sumer tak amek dah kan tempahan. Taylor aku kat Kuantan leh dipujuk kot hahhaa. Oklah, till then.

8 comments:

  1. pakai jubah? skrg jubah banyak lawa-lawa.. sbb bila kurus balik still bley pakai jubah tu. aku ada beli bj kurung ms sarat...pas bersalin, pakai sekali pegi org kawin pastu kena kutuk gemuk mcm org kampung. kejam punye komen.. terus tanak pakai dah baju kurung tu.. skrg kalo pakai balik mmg gedobos lah.

    memang panas sgt cuaca.. sume org pun mcm kurang sihat.. KL dah hujan pagi ni(baca kat FB) tapi kat tangkak ni belom lagi huhuhu...*kes berkuap ketiak

    ReplyDelete
  2. Joe,

    Aku ni kan tinggi. Kalau badan naik, pakai jubah cam giant tak ker? Muahahha. Aku kengkonon nak try maxi. Muahahha. Cam kelakar but maybe boleh try satu. Tengok how I look. Ingat nak try Butik Mama. Kurung tu memang tak leh pakai nanti ek. Wokeys, noted. Alhamdulillah, kat Bangi pon dah hujan pagi ni. Clear sikit jerebu. Tapi hujannya tak cukup lebat dan lama la. Kena continue berdoa supaya continue hujan. Ya Allah kami bermohon agar turunkanlah hujan dan clearkan udara sekeliling kami.

    ReplyDelete
  3. Akak, masa peknen 5 bulan kebawah buleh lagi pakai kebaya. Lepas lepas tu kena pakai kurung atau meksi la... ada sorang jer akak raya dengan perut yang sangat besar tunggu hari nak banak (si bungsu akak tu !). Tapi akak tak leh jalan kemana mana sangat dah... anak dah turun kat celah tu dah... hahaha...

    So, arena... masa ni la nak buat kejutan pada orang kampung... apa lagi, melaram la dengan baju peknen tu... kalau buleh... singgah semua umah mereka... hahahaha... kemaruk !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah larat ke tak nak berjalan sangat masa raya tu kak. Akak kecik dan slim tu pasal leh pakai kebaya sampai 5 bulan, semalam test ada sepasang kebarung masih boleh pakai. Baju pahang semua leh pakai lg tapi kain tak leh hook dahla.

      Delete
  4. Satu nak ingatkan... kekadang ada kes Braxton Hicks contractions.... so, pi mana mana, bawa buku merah atau buku apa apa la rujukan hospital tu... sebab kalau misi tak tau... susah kita nak menerang kat mereka masa kita sakit tu... ok ?

    akak tiap kali peknen, mesti ada jer masalah masa 5 bulan ke atas... sakit perut guling guling sampai masuk spital... rasa macam angin tapi perut jadi keras... sampai ada bukaan... sib baik , cepat mereka uruskan dia akan ok semula... kalau sakit perut jer, rujuk spital terus... jangan fikir pasal angin ker apa ker tau !!!

    p/s : Just nak arena berhati hati jer...

    ReplyDelete
  5. dr backbone?tak beli pun
    hehe pastu kan..support pinggang tu aku dah tak pakai
    biasalah..dah sihat sikit jadi malas nak pakai.huhu

    tak lena tido tu akan berlaku lebih kerap bila dah 8bulan keatas.aku penah tido sambil duduk je.penah jugak aku duduk atas lantai kepala atas katil..tak kisahlah tak selesa sgt pun janji dapat tido.hehe

    pakai baju peknen la (maxi tu) masa raya.takpun jubah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tuh, bila dah sihat mulalah maleh nak jaga. Kang kena gi fisio balik baru tau. Anyways harap ko continue sihat. Tulah krem perut tu sehari dua ni ok lah pulak, hari tu jek kenapa entah. Ada hari2 nya kot.

      Aku ada jubah kat rumah ni, orang kasik, panas gila la wei, tebal, kaler itam lak tuh.

      Delete