Saturday, September 8, 2012

Adek akad nikah dan 29 weeks pregnant

Assalamualaikum wbh, 

Camana korang, sehat? Aku oklah not bad. Penat sikit, badan pon dah berat kan. Banyak open house? Aku memang tak banyak, eh takde kot. Or org tak jemput aku sbb kalau jemput pon aku tak leh datang hehehe. Anyways nak cerita pasal event semalam. 

Semalam adek aku selamat akad nikah. Adek lelaki aku ni 9 years younger than me. Rapat sangat ngan aku. In fact family aku ni memang close. 3 beradik je pon, Dengan abang aku pon, rapat gak. Boleh citer macam2 dan gurau pon kasar jek sambil ngutuk-ngutuk hahaha. Pagi-pagi lagi Ed dah drop aku dekat rumah mama. Mama dah sampai Puchong dari Jengka hari sebelum tu. Syian nengok dia, dalam-dalam sakit tu, gigih datang, yelah kan anak nak kawen. 

Dia sakit sikit, sebab maybe banyak bergerak tang tangan tu. So cam dah kena infection sikit. Poor mama. Sesambil tu dia monitor last touch up for the hantaran. Lawa la hantaran mama buat. I mean dia punya ideala. Dia ada mintak orang tolong-tolong dia. Kalau dia boleh buat semua sendiri lagila lawa aku rasa. Ni antara hantaran yang dibuat.






Sirih dan cincin

Cupcakes
Anyways, kami patut gerak ke homestay selambat-lambat pukul 4 petang. Wedding tu dekat Bandar Utama. Aku decide untuk carik homestay jugak sebab semalam kan hari Khamis, hari kerja, takut jem kalau gerak dari Puchong, pastu the akad tu ialah selepas Maghrib, bukan lepas Isyak, takut tak sempat sampai sbb Tok Kadhi rushing nak gi 2 more akad nikah lain.

Dekat pukul 5 baru gerak. So konvoi 4 kereta ke homestay tu. Yang lelain jumpa kat situ. Alhamdulillah, sebab guna hiway, dan lepas tu adek aku tau jalan dalam. By 5.30 dah sampai. Homestay tu very nice. Dekat area bandar utama jugak. Kalau korang nak sewa boleh ke website ni http://homestayu1.blogspot.com/ Rumah teres 3 bilik yg sangat spacious, bersih dan lengkap segala-mala. Kalau korang dr luar KL nak ada shopping trip kat Ikea, Ikano, Curve dan OneUtama, sesuai sangat sewa situ.

Anyways, horror sikit, sebab tah camana tertinggal mama punya alas tempat duduk kat wheelchair tu. Bila fold wheelchair tak bawak the tempat duduknya. So adek aku called ada sorang staff dekat Puchong mintak bawakkan, but at the same time, dia dan sorang lagi staff gi kedai hardware buatkan tempat duduk sementara for the wheelchair just in case, yang original tak sempat sampai dari Puchong.

Sesampai tu sembang-sembang dengan mama kejap, and kemudian naik untuk solat asar dan gosok baju. Ed terus mandi dan siap-siap aku pon sama. Since ada masa sikit lagi, aku baring kejap. At 6 gitu adek aku balik dan aku suruh dia start mandi dan start bersiap. Sedara-mara pon dah start arriving at the homestay. Pada aku, decision amek homestay ni was the right one, walaupun ada yang cakap membazir. Memang jadik tempat berkumpul, tempat solat dan bersiap-siap. Dengan keadaan mama gitu, memang perlu sangat tempat bersiap cam tu. Kalau bersiap kat rumah, dan solat maghrib dulu, memang tak sempat sampai.

Masuk waktu jek, semua orang solat dan terus load barang hantaran dalam kereta. Mama naik kereta kawan adek aku. Ed lah yang dok angkat mama naik dan turun kereta. Mama pon selesa sikit dengan Ed gamaknya. Kalau Ed takde, adek aku or staff mak aku yang angkatkan. Lepas tu dah gerak ke rumah pengantin perempuan.

Dipendekkan cerita, semuanya berjalan lancar, as planned. Tabik jugak pada MC yang bukan saja pandai kawal majlis tapi jugak kawal timing, sebab lepas akad nikah tu ada majlis berinai pulak. But everything settle by 10.30 gitu, and kami boleh gerak lepas tu. Adek aku cakap memang ada segala mala photoshootlah sampai dekat kol 1 jugak, tapi dia jelah yang stay. Yelah mama dan baba aku bukannya boleh stay lama-lama sangat. Baba tu dah sakit kepala by the time kol 10, so dia tak merenjis. Mama memang tak ler kan. So aku yang boyot ni dengan Ed la gi merenjis, wakil keluarga kitorang, Kena pulak abang aku takde. Kenala Ed memainkan role the big bro dari akad sampailer merenjis. Tapi takpe, insyallah kenduri dekat Kuantan nanti, abang aku balik, Yehaaaaa.. baru best!

Anyways, aku pon malas nak tulis panjang-panjang. Cuma syukur sangat-sangat segalanya dimudahkan. Kenduri bagus, makanan melimpah ruah, layanan baik, aturcara kemas. Memang ada sikit sedihla sebab mama tak sihat sangat, but mama ni jenis tough, nothing gets her down much for long. Semangat tinggi gitu. Kalau tak, takdelah siap sumer hantaran dalam seminggu jek. Baby dalam perut ni pon baik dan behave  jek semalam, takde nak mengeras-ngeras walaupun aku sibuk jugakla ke sana sini . Baby dah 29 weeks semalam kan,  baby.

Aku ucapkan tahniah pada adek aku. Moga berkekalan dan berbahagia. Jaga diri dan wifey baik-baik, dah ada tanggungjawab baru tu.

7 comments:

  1. of course ler, tak ley letak sini, joe. Cam tak biasa

    ReplyDelete
  2. Baru nak tanya gak gambar pengantin. Aisey xkeh tgkla huhu... nway semoga ur parents cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Baru nak tanya gak gambar pengantin. Aisey xkeh tgkla huhu... nway semoga ur parents cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh, maybe dekat blog sana pon tak letak gambar pengantin. Malas sangat nak upload. Hehehe.

      Delete
  4. jap...hantaran tu ada lampu ke? omg!! cantik sangat2!! tahniah adek....! (sory tak tau lak nama adek..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiechik,

      Iyer, ada lampu2. Letak suis sendiri ok. Kreatif kan. Aku ni hampes tangan keras, tak ngikut mak aku.

      Delete