Thursday, October 18, 2012

AN Checkup at 35 weeks

Assalamualaikum wbh, 

Semalam aku ada antenatal checkup. Dah minggu ke 35 dah. Tak lama dah kan? Gulp! Appointment aku adalah at 4 pm. Ed cakap dia tak dpt temankan aku kali ni. Dia boleh hantar jek. Aku ckp oklah. Kalau dia boleh join me later, masa doctor's consultation, that would be great. Sebab nak decide on few things. 

Sesampai di hospital, timbang berat aku dulu. Aku budget sure naik 2-3 kilo sebab aku memang indulge makan seminggu dua ni. Baru 2-3 hari ni aku diet balik, hehehe. Aku buat roti jala lah, mee ketamlah, gi makan rojaklah, makan cendol, hmmm sabo jelah. Bila naik atas penimbang jek, aik naik 400g jek. Okay. Total aku naik dalam 4kg jek sepanjang aku pregnant ni. Tapi yelah masa aku nak mula tu, I am already fat to begin with. Muahahha. Blood pressure ok. 

Lepas tu scan baby. Aku memula teka berat baby 2.7kg. tapi lepas tu tukar fikiran sebab baby selalunya naik 400g every two weeks semenjak 28 weeks ari tu. So aku target around 2.5kg.  Memang betul 2.5 kg, heartbeat laju sikit 165bpm tapi sono tu kata within normal range lagi. Placenta kat atas, air ketuban cukup. Baby dok tongkat muka, pipi nampak tembam sikit hihi. 

Kali ni aku tunggu tak lama sangat. So tak sempat la tunggu Ed untuk consultation with Dr.Wong. Dr.Wong check perut aku, dia cakap baby dah engaged dan dah turun. Gulp again! Patutlah dah ngilu sangat sekarang ni. Doc Wong tanya ada rasa contraction tak? Baby ada mengeras tak? Aku cakap memang ada. Kelmaren kol 2 pagi, Semalam at 4 am, mengeras sampai keluar air mata. So lepas tu kami duduk untuk discuss bukak cerclage. Doc cakap nak bukak on week 36, which is next week! So kami dah pilih date, and date yang agak convenient is sehari selepas raya haji which is on the 27th October morning. Aku tanya doctor ada bius tak? Dia kata takde, adesss. Malas nak pikir pasal ni dulu. Nanti aku nervous.

Doc kata boleh je nak bukak on week 37, tapi sebab baby dah engaged, dia risau kalau tetiba aku nak terbersalin sangat and the cerclage is still inside, boleh tear. Ayarkkk ngeri lak aku dengar. So bukak at 36 weeklah. Doc kata, most probably aku bersalin week 37 or paling lambat week 38. Tapi yelah, tu prediction dia jek. Allah yang tentukan, kan. 

Dr.Wong update aku again, that since I opt for normal delivery, he said in my next pregnancy, my cervix memang akan terbukak awal juga anad I will have to use the cerclage even earlier. So the risk is in the next pregnancy lah, for this pregnancy takde apa-apa yang ,membahayakan me and baby for us to opt for C-Sect. So cuba for normal dulu. Moga Allah mudahkan.  We'll see lah macamana-macamana kan.

Bila aku citer dekat Ed, dia terus grip tangan aku, eeii takut dia cakap. Habis aku, tak takut? Hahaha. So masa nak gi bukak cerclage tu aku dah kena bawak beg mama and baby dah. Manalah tau lepas bukak tu terus rasa contraction. Ed kata, alangkan  masa pasang cerclage at 21 weeks dulu pon aku experience early contraction sampai kena pasang ctg untuk monitor contraction and baby's heartbeat. Ya Allah risaunya, tapi malas nak pikir sangat. Takut or not, kena lalu jugak kan. So doa jelah banyak-banyak, cekna. Moga Allah mudahkan dan berikan yang terbaik. Doakan aku ye kawan-kawan. 

So I got one week to settlekan semua mender. Aku rasa after aku bukak cerclage I'll have a week or two before I deliver. Aku rasa jek. Ya Allah macam tak caya jek. Baby, kita nak jumpa dah tak lama lagi sayang. Tapi jangan keluar awal sangat ok. Doakan aku ye kawan-kawan.

10 comments:

  1. semoga semuanya di permudahkan Allah amin :)

    bolehlah nanti baby jumpa dengan ramai fren ye, ada nufah, damya, yayan, yaya, ishqi, awatif, qiqi, adam dan ramai lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi,

      Amin. Thanks a lot kak. Hehehe betul tu banyak kawan-kawan nanti kan.

      Delete
  2. Moga dipermudahkan semuanya, I pulak yang excited you nak bersalin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA,

      Amin. Thanks MA. Excited kan, I excited campur serammm

      Delete
  3. Bes, cam kt finish lune dah ni. Moga both of us selamat n dipermudahkan proses bersalin ni. Aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, moga Allah mudahkan urusan kita babe. Let's keep praying to have safe and easy delivery. Ya Allah mudahkanlah.

      Delete
  4. Ngerinya bila fikirkan. Jangan fikirkan, nanti stress. Stress will harm the baby not you. Just going according to the flow.

    After you take out the cerclage, learn to relax and calm. Pray to Allah that you can give birth after week 38(hopefully on Week 40) which better for your baby. Through my experience, after Week 38 some babies still not fully develop. So, it my french boy, his skin look like batik.

    Pray to Allah that your baby will be full develop so that you are not facing difficulty looking after him after delivery. Nanti nak kena masuk NICU lagi, takut sesangat bila fikir.

    Ahkak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.

      Memang ngeri kalau fikir. Sebab tu malas nak fikir. Saya pasrah je kak dan serahkan pada Allah.

      Tulah kak, saya doa yang terbaik je kak. Allah tau apa yang terbaik untuk saya dan baby. I wouldn't know kan. Moga Allah mudahkan.

      Delete
  5. Salam. Cekna, k.ina pun rasa exited sgt2 dgn baby cekna ni. Kwn2 yg baca blog cekna, hrp2 ada kelapangan utk solat hajat buat cekna agar dipermudahkan bersalin & dikurniakan anak yg sihat sempurna. Ameen. k.ina x sangka & terharu sbb ofismet suami buat solat hajat mengejut utk k.ina, pastu rakan2 & anak murid sek lama, buat solat hajat utk k.ina juga. Mmg terharu sgt2 & Allah maha mendengar, Dia mengabulkan permintaan hamba2Nya, smpai hosp 6.45am, 7.32am dah bersalin normal berbanding sblm ni, lama sakit & yg no 2 cser slps lama sakit & jln x terbuka. Allah, Allah. Nikmat yg mesti & patut disyukuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ina. Alhamdulillah akak dikelilingi orang2 yang ambil berat kak, dan Allah mudahkan kelahiran baby. Comel snagat baby akak tu.

      Delete