Monday, October 22, 2012

Barang-barang yang dah dibeli Part 1

Okay, ni bukan entry berlagak ok. Muahaha. Awal-awal buat disclaimer, tau takott. Hahaha, saje jek aku nak share apa yang aku dah beli dalam excited ku itu. Aku start beli barang sebaik sahaja aku melepasi 28 weeks of pregnancy. Bila ed dah kasi lampu hijau jek, terus I went on shopping spree online. Aku kan masa tu banyak bedrest, memang beli online jelah korang, takde nyer nak gi beli kat kedai barang baby. 

Ni first 2 things yang aku beli
Tanamera tu, bayar hari ni, lusa sampai. Dapat extra Virgin Coconut Oil sempena promosi bulan puasa kot. Sabun yang scrub tu pon dapat 2 sebab aku terbayar harga shipping lebih hahah. Aku dah pakai sabun tu, best! Yang Avent bottles tu, masukkan duit pukul 8 pagi gitu, dapat tracking number kol 11 pagi. Gila punya efficient.  Aku beli kat site nih, http://www.myaventstore.com/ semua barang avent ada kat situ, and most with free shipping

Tub baby
 


Over betul sampai 2 tempat mandi. Kat atas tu kan dah ada tub. Cekna..cekna..


Dalam gambar cantik sikit, bila arrive err cam dah kusam sikit.

Tapi yang lelain sumer ok

Ni bj newborn. Aku guna voucher Parkson masa ni. Satu sen tak bayar.

Lepas basuh baju baby letak dalam drawer kain ni dulu, buat sementara. Senang nak angkut ke rumah mama.

Amek ko! Tapi bila dah bawak keluar dari kotak, tak penuh pon 3 drawer tu.
Barang-barang kat atas ni aku beli online dekat http://www.littlewhiz.com/ dan onebabyworld.com 

Boleh klik dekat logo Littlewhizz kat belah kanan tu untuk pergi ke storenya. Kat Littlewhizz boleh dpt free shipping if u reach certain amount dan Littlewhizz ni ko leh collect points untuk redeem barang-barang. Onebabyworld pon efficient gak, and can get free shipping too. Both shops tengah ada sale kot sekarang. I also bought few things from FB shops. Nanti aku korek linksnya ye. Barang from FB shops nih, mostly murah lagi. Some ada free shipping some don't.  

Bengkung mama, dan barut baby aku beli di MomsDream Bangi. Towel-towel dekat ManjaKu Bangi. Ni jek 2 kedai yang aku masuk dalam kedai dan beli barang. Owh selain Parksonlah. Teringin nak gi kedai-kedai baby lain tapi, tak dapek la dengan keadaan aku xleh drive nih. Kalau aku leh drive sendiri, hari-hari aku gi kelebet barang baby. Hahaha, tulah hikmahnya kan, aku takleh drive. Cuba ko imagine, tah amender lagi aku beli tu kang. Tah berapa banyakla berhabis karang.

Masa aku order barang ni, aku takde dekat rumah mama, but the stuffs shipped to mama's house. Every time kotak sampai jek, mama akan call aku. Hahaha. Excited nak soh aku datang dan bukak parcel la tuh. Hahahah. 

Ada sikit jek lagi, gambor nak upload. 2-3 jek lagi kot. Aku belum resize lagi. Kena kecikkan pixel, karang jenuh korang nak upload. Actually ada few lagi pembelian gedik, yang tu nanti2la aku update. Nanti korang kutuk aku muahahhaa. 

Ok, kejang dah perut aku. Take korang. Nak gi baring. Salammm.

4 comments:

  1. I can feel your excitement Cekna! Congrats...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR,

      thanks babe. Excited giler kan hahahah.

      Delete
  2. mommy moden sekarang ni beli online sambil baring atas katil je
    hebat hebat :)

    aku masih simpan baju2 baby anak2..suka tgk baju kecit n comel itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Tulah aku kan ker banyak episod kena bedrest, so nak beli barang boleh beli online jelah. memang belki barang dari atas katil jek hehhheh.

      kiut giler kan baju kecik kenot tu heheh.

      Delete