Assalamualaikum wbh,
Aku dah balik ke KL. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, adalah hickup sikit-sikit sana-sini. Nothing major lah. Entry kenduri adek aku tu, aku upload lepas entry ni. Now kena taip entry laju-laju sebab err baby selalu mengeras. Dia tak suka aku duduk. Tak selesa kot untuk dia. Banyak mender nak update. Gambar nak upload, tapi kena buat cecepat. Ni pon kejap lagi start ler nak mengeras tu. Komen korang nanti pelan2 aku jawab ok. Sedih aku tengok komen korang tak berjawab. Macam diva sangat aku, tak appreciate orang komen. Nanti aku jawab pelan-pelan ye.
Last week was my 33 weeks checkup. Sebelum pegi checkup tu, Ed picked me up and kami pergi settlekan hal strata title apartment ni. Hishh di kala-kala aku sarat dan banyak nak pakai duit nilah, nak sebok tukar title bagai. Ribu riban tu nak berhabis duit. Sabo jela. Pejabat lawyer tu kat tingkat 2. Ya Allah penatnya naik tangga. Memang jenuh nak sampai atas, berapa kali tah aku benti-benti. Lepas siap tu, kami pergi tengok rumah. Hahahhaa. Eii dah dekat nak deliver sebok nak beli rumah. Korang larat tak? Rumah memang cantik. Fully aircond, dah renovate, ada kitchen cabinet, built in wardrobe, downlight, autogate dan boleh park 3 kereta sekaligus. Mengadap padang dan playground pulak tu. Ada 15 feet kat belah tepi kalau nak renovate lagi. The only downside is, kitchen sangat kecik dan takde family area kat atas. Ada ruang la kalau nak renovate but major work jugak tu. So simpan la dulu hasrat tu. Lepas tu kami pergi ke Sunway med for my checkup.
Dah 33 minggu dah! Gulp. Next week 35 weeks! Tak lama dah kan. How time flies. Pagi tu aku memang minum banyak air, dan kontrol gila makan taknak kantoi masa urine test tu. Aku punya reading pon cun la jugak. Sesampai di Sunway, terus buat test tu dan amek weight. Aku punya BP ok, weight aku turun 300g. Hmmm diet punya pasal la nih.
Anyways, lepas tu scan dulu. Heartbeat baby was 150bpm. Weight dah dekat 2.1kg, yehaaaa. Naik almost 400g. Mama kamu turun weight, kamu steady jek naik yer. Bagus anak mama. Memang bila scan tak nampak sangat dah sebab dah padat kan. Gemok dah anak mama. Pipi dan perut dah start tembam hihihi. Sukenyer. Pastu tetiba sonographer cakap, air ketuban macam dah sikit. Whattt!????!! Aku dah panik. Pastu dia buat detail calculation. Dia emasure dekat 4 quadron and later informed me masih lagi cukup. Measurementnya ialah 13, minimum air ketuban tak leh kurang dari 8. Lega aku, terkejut aku tadi. Hissshh. Ed pon terbuntang bijik mata jap. Semenjak dia pegi the aprentcraft class, he knew what it meant la kalau air ketuban dah sikit. Aku tanya gak, would it helps if i drank more water. Dia cakap, it's good to be hydrated, tapi air ketuban tu takkan naik dengan drastik walau minum air. But it still cukup, as for now.
Dek kerana doktor ada prosedur, aku suruh Ed balik opis dulu. At 4 gitu baru dapat jumpa doktor. Doktor check baby, kepala kat bawah tapi tak engage lagi. kepala dia ke kiri sikit, which doc cakap is good, sbb the baby tak tekan sangat cerclage aku nih. Kena pulak aku nak travel ni kan. Aku tanya doc just for confirmation, sbb I heard that dia tak buat dah normal delivery now. Dia ckp utk patient dia, dia buatla. So roughly dia ckp at week 36 gitu akan bukak cerclage. Which dalam 2 minggu lebih je lagi. Seram! Dia cakap, tak tentu jugak bila akan bersalin lepas bukak tu. Ada orang terus nak bersalin, ada orang sampai overdue. So tengok jelah. But masa 36 weeks tu aku dah kena ready la kan.
Balik tu adek aku pickup aku. Kesian gak dia jenuh nunggu aku siap checkup. Dahla dia ada hal. Lepas tu kami gi pickup bunting dia kat kedai printing and singgah farmasi beli ubat mama.
Hmm tak lama dah kan. Sekejap jek rasa. I sooo love being pregnant. Mesti aku rindu being pregnant. Walaupun banyak cabaran. Aku suka sangat. Suka rasa baby gerak-gerak. Respond to my voice, respond to Ed's voice bila Ed mengaji, love to see my bulging tummy. Suka nak cakap-cakap dan sembang-sembang dengan dia. I will miss this nanti. Can't wait to hold the baby in in my arms, but at the same time, seram, nervous dan takut gak. Aku berserah padaMu Ya Allah. Berikanlah yang terbaik untuk hambaMu ini dan anak ini. Mudahkanlah urusan kami, Ya Allah. Hanya padaMu tempat kami meminta pertolongan. Amin.
Wokeys, baby dah tak selesa. Nanti aku buat update lain lak. Salam kawan2.
Dilema ibu, suka ngandung, tapi lagi suka tengok baby live (dukung). Sebab tu la asik beranak beranak beranak... hehehe... first time seram... seterusnya kacang jer...
ReplyDeleteAgaknya memang Allah buat kita camni supaya umat manusia dapat bertambah la...
Seterusnya kacang je? Sabo jelah akak ni. Tulah walaupun macam2 cabaran, twtapla aeronok.pregnant. Nanti lg seronok pegang baby yer.
Deletedah mai baca :)
ReplyDeleteThanks for dropping by oren
DeleteHappynya I baca entry ini...dah tak lama lagi. I doakan mudah-mudahan semua berjalan lancar dan baik.
ReplyDeleteThanks ma for being happy for me. Itulah tak lama dah kan. Seram campur excited. Amin.
Deletebeli umah area Cyber ker ???
ReplyDeleteakak doakan semuanya selamat
Tak mampu la kak beli kat area cyber. Nun kat bukit mahkota saya riki2. Thanka for du'a kak.
Deletehi kak arena... :).. sw ur comnt bt tak sempat reply.. neway, thanks for ur encourng words..im felin much btr nw...m so hapy dat ur progresin wel wit ur pregncy....almost touching d finishng line... bt pls take care of urslf k..dun take any chance at all..i wil b c'ing Dr.wong on 24th/25th Oct to start my Frozen cyc...hope it goes well.. like u said, bein pregnant is d most wondrfl felin kan..hugs n kisses.. :).
ReplyDeleteP/s: I hope v wl meet at d clinic atleast once b4 u deliver... hahhaha.
Owh you dah nak start your FET ya. All the best okay sis. Hopefully i'll get to see you too before I deliver.
Deletehepinye!! aku plak yang tak sabar rasanya.... insyaAllah, everything will be fine.... aku teka ko bersalin at 38 week! hahhah..motif?? ntah....! lalalala
ReplyDeleteFiechik, ko agak 38 weeks ek. Doakan semuanya baik2 ek. Saspen gak. Buat2 jek berani hehhe.
Deletesistah arena!
ReplyDeleteam so happy bila baca tajuknya aje pun. udah 33 weeks! how time flies. sbb aku mengikuti perjalanan pregnancy ko ni dr treatment dulu. cuma these few entries je yg tak terikut sbb a bit busy.
anyway, seriously, i am super duper happy for both u and ed. and the baby. aku doakan semoga pregnancy ko dipermudahkan, dan ko sentiasa di bawah lindunganNya. Syok! :-)
Thank u babe, Amin. Moga semuanya dipermudahkan. Risau jugak.
Delete