As-Salam,
Salam korang. Aku tengah pam susu at 6 am ni. Malam semalam balik dari Alamanda malas betul nak pam. Terus tido. Farhan pon cooperates tak bangun. So tadi masa bangun nak gi toilet, breast dah rasa sakit dan berat sebab tak pam. Alhamdulillah Allah masih kurniakan susu pada aku. Last week production susu, merosot sanga sebab aku tak sihat, dan sibuk dan stress. Makanya memang banyakla top up dengan FM. Plus Farhan sekarang ni kuantnya nyusu. Alhamdulillah. Suka aku tengok. Sejak tukar teat bottle ida, 4-5 ounce memang sekali ngap jek. Syukur. Badan pon dah berisi sikit. Yezza. Pasal serabut-serabut last week. Masih akan berterussn this week. So end of this week jela aku update pasal tu. Pasal solid food ni pon dah lama aku tulis draft, tapi x terpublish agi sebab tak sempat transfer gambar. Ok here goes.
Farhan dah mula makan solid food sejak 5 bulan setangah. Masa tu aku saje jek kasi dia test makan. Aku mula dengan bagi pisang lenyek dulu. Maybe aku puree tak halus sangat. Banyak yang keluar dari masuk mulut. Puree ni aku campur susu.
Bila aku buat puree apple pulak. He hates it. Tah apalah yang dia nyampah sangat dengan puree apple ni. He absolutely hates it. Teksturnya ke, rasanya ker, entah. Lepas pada tu aku benti jap. Sebab err aku tak cukup tools nak bagi dia makan,plus, aku rasa dia tak ready sangat.
Lepas aku dah pergi membeli belah hehehe yakni dah ada hand blender, dan food storage dan dah beli makanan dia. Actually ice packs tu aku dah lama aku beli. Masa tu pregnant pon tak. Aku nampak dekat Giant dan terpikir, wah bagus ice box bertutup ni. Kalau ada anak boleh simpan makanan anak dalam ni. Gile optimis kan, hehehe. Oh ya, aku jugak belikan high chair untuk Farhan makan dalam tu. Memang mula-mula sampai terbaring dia dalam high chair tu, tapi Ed cakap takpe, kita continue jek train dia. Kekadang makan atas bouncer> now, xleh dah pakai bouncer sbb dia bantai meniarap dlm tu dengan mulut comot dia. Haih.
|
Masa early days bagi makan |
|
lebih banyak makan bip dari makan makanan |
|
High chair Farhan. Besar ek. |
|
Nilah gaya sekarang kalau makan. Bj seluar sumer bukak. Tak larat nak sental |
Anyways, lepas tu aku start balik. Aku steam pears, dan bagi pear pulak. Untuk pear ni aku steam sampai lembut giler dan blend cair-cair. Dan aku x campur susu dah. Haa, dia suka. Followed by sweet potato. Yang ni dah tak cair sangat. Dia suka jugak. Siap marah sebab aku lambat suap. Sabar sikit ye Muhammad Harith Farhan. Dekat taska masa first day makan, dia muntah. Sabo jelah. Tah camne taska suap. Dia tak pernah muntah time makan selama dekat rumah. So I decided, aku kena bekalkan makanan untuk dia, sehingga dia ready nak makan nasi bubur di taska. So sekarang, Farhan bawak bekal 16-20oz susu ebm dan around 2-3 oz of baby food. Semoga terus sihat ye, cayang mama ni.
Macam-macam gaya si Farhan ni kalau makan. Menyembur-nyembur sampai makan habis kena rambut dia dan mama. Especially kalau separa kenyang. Saborla banyak-banyak. Dah mula makan beras perang sejak 6 buan setengah. dia macam bosan makan beras perang tu unless aku campur puree labu or carrot. Setakat ni dia makan pear, epal, pisang, carrot, labu, labu + kismis, labu + carrot, beras perang + puree lain. Alhamdulillah poo pon ok. Tadi beli avacado, pear dan pisang. Nak mix and match dengan other puree dan beras perang.
Err mama aku heran bin ajaib apesal la aku prepare food cam tu. Dia tanya jugak apsal tak bagi cerelac or heinz jek. Aku malas nak explain pasal natural food ni. Aku cakap, aku buat sendiri jek selagi sempat, x sempat kalu, bagi ler yang instant. Mama aku siap cakap, aki Farhan heran, bagi makanan lenyek2 macam zaman moyang Farhan dulu jek bagi makan dekat aki. Aku sengih2 jek. Malas nak berhujah bagai. Aku ckp jek, Farhan ni kulit sensitif, bagi makan makanan masak sendiri jek, sementara dia bawah setahun. Walaupun aku sebenarnya nak elak bagi process food selama yang boleh. Tapi yelah selagi sempat, buatla kan. Takdela aku against sangat sampai anti giler-giler kan. Everything in moderation. Allah knows Best.
Dah membebel. Susu pon dah siap pam. Nak gi solat subuh. Later....