Monday, June 10, 2013

Farhan on Solid Food

As-Salam, 

Salam korang. Aku tengah pam susu at 6 am ni. Malam semalam balik dari Alamanda malas betul nak pam. Terus tido. Farhan pon cooperates tak bangun. So tadi masa bangun nak gi toilet, breast dah rasa sakit dan berat sebab tak pam. Alhamdulillah Allah masih kurniakan susu pada aku. Last week production susu, merosot sanga sebab aku tak sihat, dan sibuk dan stress. Makanya memang banyakla top up  dengan FM. Plus Farhan sekarang ni kuantnya nyusu. Alhamdulillah. Suka aku tengok. Sejak tukar teat bottle ida, 4-5 ounce memang sekali ngap jek. Syukur. Badan pon dah berisi sikit. Yezza. Pasal serabut-serabut last week. Masih akan berterussn this week. So end of this week jela aku update pasal tu. Pasal solid food ni pon dah lama aku tulis draft, tapi x terpublish agi sebab tak sempat transfer gambar. Ok here goes.

Farhan dah mula makan solid food sejak 5 bulan setangah. Masa tu aku saje jek kasi dia test makan. Aku mula dengan bagi pisang lenyek dulu. Maybe aku puree tak halus sangat. Banyak yang keluar dari masuk mulut. Puree ni aku campur susu.

Bila aku buat puree apple pulak. He hates it. Tah apalah yang dia nyampah sangat dengan puree apple ni. He absolutely hates it. Teksturnya ke, rasanya ker, entah. Lepas pada tu aku benti jap. Sebab err aku tak cukup tools nak bagi dia makan,plus, aku rasa dia tak ready sangat. 

Lepas aku dah pergi membeli belah hehehe yakni dah ada hand blender, dan food storage dan dah beli makanan dia.  Actually ice packs tu aku dah lama aku beli. Masa tu pregnant pon tak. Aku nampak dekat Giant dan terpikir, wah bagus ice box bertutup ni. Kalau ada anak boleh simpan makanan anak dalam ni. Gile optimis kan, hehehe. Oh ya, aku jugak belikan high chair untuk Farhan makan dalam tu. Memang mula-mula sampai terbaring dia dalam high chair tu, tapi Ed cakap takpe, kita continue jek train dia. Kekadang makan atas bouncer> now, xleh dah pakai bouncer sbb dia bantai meniarap dlm tu dengan mulut comot dia. Haih.

Masa early days bagi makan


lebih banyak makan bip dari makan makanan

High chair Farhan. Besar ek.


Nilah gaya sekarang kalau makan. Bj seluar sumer bukak. Tak larat nak sental

Anyways, lepas tu aku start balik. Aku steam pears, dan bagi pear pulak. Untuk pear ni aku steam sampai lembut giler dan blend cair-cair. Dan aku x campur susu dah. Haa, dia suka. Followed by sweet potato. Yang ni dah tak cair sangat. Dia suka jugak. Siap marah sebab aku lambat suap. Sabar sikit ye Muhammad Harith Farhan. Dekat taska masa first day makan, dia muntah. Sabo jelah. Tah camne taska suap. Dia tak pernah muntah time makan selama dekat rumah. So I decided, aku kena bekalkan makanan untuk dia, sehingga dia ready nak makan nasi bubur di taska. So sekarang, Farhan bawak bekal 16-20oz susu ebm dan around 2-3 oz of baby food. Semoga terus sihat ye, cayang mama ni. 


Macam-macam gaya si Farhan ni kalau makan. Menyembur-nyembur sampai makan habis kena rambut dia dan mama. Especially kalau separa kenyang. Saborla banyak-banyak. Dah mula makan beras perang sejak 6 buan setengah. dia macam bosan makan beras perang tu unless aku campur puree labu or carrot. Setakat ni dia makan pear, epal, pisang, carrot, labu, labu + kismis, labu + carrot, beras perang + puree lain. Alhamdulillah poo pon ok. Tadi beli avacado, pear dan pisang. Nak mix and match dengan other puree dan beras perang.

Err mama aku heran bin ajaib apesal la aku prepare food cam tu. Dia tanya jugak apsal tak bagi cerelac or heinz jek. Aku malas nak explain pasal natural food ni. Aku cakap, aku buat sendiri jek selagi sempat, x sempat kalu, bagi ler yang instant. Mama aku siap cakap, aki Farhan heran, bagi makanan lenyek2 macam zaman moyang Farhan dulu jek bagi makan dekat aki. Aku sengih2 jek. Malas nak berhujah bagai. Aku ckp jek, Farhan ni kulit sensitif, bagi makan makanan masak sendiri jek, sementara dia bawah setahun. Walaupun aku sebenarnya nak elak bagi process food selama yang boleh. Tapi yelah selagi sempat, buatla kan. Takdela aku against sangat sampai anti giler-giler kan. Everything in moderation. Allah knows Best. 

Dah membebel. Susu pon dah siap pam. Nak gi solat subuh. Later....

10 comments:

  1. salam cekna..hehe hariz pun mcm tu kalau nak bagi makan seluar baju semua kena bukak skrg dah pandai ambik sudu nak suap sendiri pastu terjolok mulut habis muntah semua..memang mencabar nak bagi diaorg mkn nak senang bagi yang jenis likat sikit masuk dalam mulut dia kunyah terus telan tak d la dia sembur2..hariz dah ada gigi bawah sebatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer, memang sumer dicapai dan letak dalam mulut. Betul lah, bila buat likat sikit kurangla nyembur2. Semalam Farhan makan avacado.. OK jek dia makan. Tapi tak laju sangat la.

      Delete
  2. Amboi sampai tersenget2 Farhan dalam high chair..i bg anak makan still atas portable rocker tu..nk bg mkn dalam hi chair confirm cam gamba farhan senget tu sebab anak i still xboleh duduk..kepala pun xboleh control..skang i rajin bg cous2 je..sng n cpt masak. Tapi yg xbest anak i ni selalu sgt sembelit n taik keras..kadang da 5 hari x berak terpaksa sumbat ubat kasi berak sampai nangis2..mama dia tgk pun nangis...T-T..i agree bab bagi natural n homemade food. Kalau boleh nk prepare until dia 1 year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang berguling2 dalam bouncer/rocker dia tu hissshh.. Couscous tu beli kat mana? Boleh cuba. senang ye, bancuh dgn air jek ek. Alaa syiannya sembelit. Dah buat senaman kayuh2 basikal pon x jalan ek. Cian syangat. Takpe kita cubala selagi terdaya bg natural food.

      Delete
  3. nufah pun tak suka apple, pumpkin bagus sangat sebab boleh kuatkan antibodi, carrot kuatkan tulang

    nanti boleh bagi salmon, boleh buat nugget salmon dan macam-macam lagi... nufah skrg dah nak masuk 2 tahun, akak dah introduce makanan yang kami makan dah cuma less sugar n salt

    akak pun tak bagi instant baby food kat anak-anak, masak sendiri, selalu bangun seawal 5.30 pagi tapi akak dah buat stok puree banyak banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmon, wow mahal tu. Siap buat nugget. OK boleh cuba.

      Delete
  4. selamat berjuang mama farhan.salmon ok.aku beli je.tapi utk dia je.mak ayah dgn abg makan ikan jeket

    ReplyDelete
  5. Muahahha,

    cian org lain makan ikan jaket. kem jek makan salmon ek hahahha.

    ReplyDelete
  6. hensemnya farhan
    konfem di minati ramai besar nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Comot kemain si Farhan tu pon ko ckp hensem, hahahha. Owh jenuh mak farhan nak nepis, aweks2 nak ngorat dia karang. Adeh.

      Delete