Or rather Spaghetti Bandung. Tak de mee, tapi teringin gak nak makan mee bandung. Spaghetti pon bolehla. Kali ni mee bandung aku tak pedas, sebab belum boleh makan pedas-pedas. Tekak aku perit semacam jek kalau pedas. Merah kuah tu sebab tomato sos jek. Bahan pon takdelah cukup sangat, tapi sedapnyalah kat tekak aku. Yelah sebab aku boleh tweak dan control pedas dan masam tu. Aku tak pekatkan kuahnya pon sebab rasa cam best jek hirup kuah cair-cair gitu.
Takdela mengiurkan sangat rupanya. Cuma sedap gila kat tekak aku. Rasa nak makan bertambah-tambah tapi aku tak leh makan banyak at 1 go. Nanti mengah sangat nak nafas pon tak leh. Rasa nak terkeluar balik pon ada. Ada sekuali lagi enough untuk ulang makan dan utk dinner si Ed.
Oh ya, aku dah ada pinggan cantik, hehehe. Baru beli corelle kat atas tu. Memang ada intention nak beli. Tapi malas nak carik-carik dan order online. Tetiba one day Ed SMSed tanya aku nak beli Corelle tak? Siap MMS gambar lagi. Comel jek si Ed ni cakap-cakap pasal pinggan.Muahahah. Aku rasa dia saje kasik aku mikir mender lain sikit, sebab masa tu aku dok sebok meloya. AKu cakap boleh consider gak. Petang tu dia bawak balik, tunjuk kat aku kalau nak, boleh amek, kalau tak nak tak kisah. Aku terus confirm jek. Yeeehaaa. So melamin ku dah masuk store. Tapi kena carik lagi la kot set ni sebab yang beli tu 16 pieces jek. Setakat aku dengan Ed memangla cukup. Tapi kalau dpt the whole set termasuk tea set kan best. Tapi cam takde jek sampai teaset sumer. Hmmm. Tapi errr, kena tunggu aku masuk kerja dulu la. Cuti2 ni duit ngam2 nak idup jek. Hahahha. Berangan mesti mau kan.
Aku bersyukur sangat yang my selera dah mula datang balik. Meloya sangat-sangat berkurang. Kecuali aku lambat makan or tidur lambat. Gastrik datang so tekak masam dan meloya. Bila selera dah ada, tenaga pon ada sikit. Boleh la buat kerja rumah sikit-sikit dan masak sikit-sikit. Kerja rumah actually Ed yang banyak buat. Hehe. Basuh, jemur dan lipat baju tu most of the time dia buat. Beli barang dapur dan barang rumah pon banyak dia belikan. Aku bagi list jek. Vaccum, basuh pinggan, buang sampah. Aku ni doa hari-hari Ed ni diberi kesabaran berganda-ganda throughout the pregnancy and onwards. Kesabaran tolong buat kerja rumah dan kesabaran melayan aku yang emo dan sikit-sikit sentap ni. Takleh dia cakap keras or acuh tak acuh sikit, mesti nangis. Hahaha, sian dia. Sabo banyak-banyak ok, babe. You're the best!
Semalam Ed buat spring cleaning baju-baju lama. Aku nengok drawers dia yang dah clear tu, terus semangat. So aku pon clearkan jugak. Aku letak yang elok-elok for donation. Yang buruk-buruk, untuk dibuang. Clear gila lemari aku. Ada satu drawer lagi yang aku nak clearkan.
Nanti aku nak kena edit readers di private blog supaya only ladies jek di situ. Sebab aku nak citer-citer dan tanya-tanya mender-mender private pasal pregnancy ni. Hal-hal orang pompuanla. Hishh. Takkan nak citer kat sini. Kat sini public satu hal, my brothers pon ada baca. Segan yo. So nanti2 lepas edit, dan kalau aku nak tanya apa-apa yang personal kat korang aku tanya kat situ ek.
Kelmaren Ed belikan aku kurma dan kismis. Dia tanya aku nak dried kurma or yang basah bertangkai tu. Aku suka yang kering. Yang basah tu manis dan muak sikit. Nanti aku tak makan. Tengah menaip ni pon aku makan the kismis. Kismis tu gemok-gemok dan masam-masam sikit. Sedap. Aku rasa weekend ni kena gi beli lagi, hahaha. Dari seminggu ke seminggu dia nak beli kurma dan kismis ni, ada dalam hadith kan. Tak ingat atau tak sempat sebelum ni, so dah beli dah, lega dia.
Masa aku dpt tahu preganant hari tu aku minum Anmum Materna tu. Dalam-dalam meloya tu aku berjaya gak habiskan 2 kotak kecik tu. Perasa coklat ler tapinya. Lepas pada tu aku dah tak lalu dah nak minum. Tak lalu dan malas. So dah seminggu lebih aku tak minum susu tu. Kesian baby takde nutrition ek. Korang minum tak susu dulu-dulu? Aku makan vitamin Pramilet yang doctor bagi jek. Soya pon bagus ek? Tak pernah minum lagi air soya semenjak pregnant ni.Yang aku rajen makan ialah buah manggo atau jambu. Buah lain aku kureng sikit. Manggo tu every week mintak ed belikan.
Surah-surah amalan semasa pregnant ni baru sikit jek yang aku baca. Aku dah print apa yang patut aku baca. Ayat-ayat amalan adala sikit-sikit dah incorporate dalam doa lepas solat. Surah Luqman, Surah Yusuf belum baca lagi. Masa baca Surah Maryam, merangkak-rangkak aku baca sebab surah tu jarang baca dan amal sebelum ni. Bak kata Ed, 98 ayat jek tapi rasa cam beratus-ratus ayat ye sebab merangkak-rangkak hahaha. Maybe after few times baca, akan improve sikit. Aku tengok list of surah amalan dekat blog mawar dan other websites. Nama-nama Allah macam Kak Ummi suh amal pon aku dah start jugak.Hopefully semuanya dipermudahkan.
Few times memalam rasa krem perut bila nak beralih dari mengiring ke posisi terlentang. Mengaduh aku sampai Ed terjaga. Bila dia terjga terus dia selawat sambil gosok-gosok perut aku. Sebab selawat sambil separa tidur, memula selawat la lepas tu dah mumble-mumble tah haper-haper. Hahaha. Other symptom is not that bad, sakit pinggang, cepat penat, susah tidur malam, really-really sore breast, and acne. At least meloya dah takde so yang lelain ni, aku embrace jelah kan. Bila lenguh soh Ed gosok-gosok belakang. Owh mama ada belikan Dr.Backbone tu. Letak dalam kereta, best jek belakang aku bila naik kereta. Memang support belakang.
I am still a nervous wreck. Cuba tak risau lelebih sangat. Not good for the baby kan anxiety terlebih ni. Tapi susah untuk tak risau. Maybe if I can start fell the baby kicking aku akan rasa lega sikit kot. Oklah korang. Panjang pulak tetiba aku tulis ni. Excited terlebih hahaha. Apa-apa nasihat nak soh aku amalakan silalah ye. Sangat la dialu-alukan.





