Aku macam biasalah korang baru nak terhegeh-hegeh ganti puasa ni. Masa syawal lepas berjaya gak aku ganti 4 hari. Kononnya nak ganti terus sampai habis. Bila gastrik, berenti kejap, lepas tu sampai la ni tak berganti. Last-last semalam i made a decision yang aku akan ganti puasa.
Aku ni hopeless sikit, kalau puasa first day memang hampeh. Melepek jek pastu yang aku paling tak tahan, sakit kepala. Memang sakit kepala rasa nak pecah tu. Tapi alhamdulillah berjaya gak aku habiskan puasa hari ni. Memang kena makan ubatla kan lepas berbula tadi. Pukul 3 petang tadi memang aku dah mula sakit kepala gila. Nak concentrate buat kejer pon tak daya. Memang tak produktif dibuatnya. Harap-harap esok ok dah. Selalunya hari kedua dah ok. Cubalah selagi daya. 3 hari jek lagi cenna, come on.
Hilang semua niat nak memasak, sebab pening walaupun lauk penuh di freezer. Balik kuantan weekend lepas, so pagi ahad tu acara biasa pergi pengkalan beli lauk freshly caught. Nasib baik ed ikut, kalau aku gi dgn bapak aku, tah haper-haper dua beranak tu shopping kat pengkalan. So i bought, 2 ekor ikan kerisi, 2 potong tenggiri, 3 ekor ketam, 3 ekor sotong besar, half a kilo of udang and sekor ikan bawal hitam. Tu pon dah banyak kan, imagine la kalau ed takde haper tah lagi aku beli. The last time banyak sangat udang ngan ketam sampai buat crab cakes and prawn cakes hahaha.
Harar-harap esok sihat walafiat, bolehla aku masak chili crab untuk berbuka. Pastu goreng udang celup tepung ke kan. Maakkk gila banyak kolesterol kan. Hari ni update takde gambar sebab aku tak masak. Punya banyak lauk dalam peti, aku beli kfc you. Tu pon terhuyung hayang gi beli, pathetic la aku kalau puasa cam budak kecik. Hahahah. Hopefuly tomorrow i ll feel better. Weekend ni rasanya ada masak besar besaran, pastu my nieces and nephews maybe datang untuk buat apa lagi, rotilaa!!! Yey seronok. Ok, see ya later. Cekna konon-konon nak tido awal malam ni. Hahaha yeah, right.
sian ko.. takpela sume perngorbanan ko berpuasa Allah je yg tau. bukan cam some ppl.. alasan gastrik, puasa separuh hari pun tak boleh kah? separuh hari pun dpt pahala..
ReplyDeletenak seribu daya..
aku dh habis ganti masa syawal lagi..la ni, posa sunat pon tak buat..liat bebenor..hati dah hitam kut?
ReplyDeleteaku pon, kalo posa mmg mcm kain buruk..bukan ko sorang jek lagu tu...kehkehkeh
Joe,
ReplyDeleteTulah gastrik pon alhamdulillah daya gak puasa. Semalam aku puasa tu tak sahur dan tak makan ubat. Memang sakit perut dan tekak rasa semacam. Tu yang lagi menambah horror tu. Serius kepala sakit gile. Kelakar masa bukak puasa tu cam budak2 jek gelojoh minum air hahhaha. Alhamdulillah. Masih boleh puasa. Pernah about 5 years back ada tinggal puasa dalam 2-3 hari sebab gastrik. tak lama lepas tu masuk sepital pulak, operate bagai. Jenuh ganti ko, bila dah sihat sikit. Now memang kena makan ubat. Tapi insyllah makanler ubat dan banyakkan doa, Allah mudahkan.
Oren,
ReplyDeleteAku every year niat gitu. Lepas syawal nak ganti habis. Tapi lepas sebulan berpuasa tu, perut aku memang mudah sangat nak gastrik masa2 syawal tu. Nak2 banyak makan pedas2 dan berempah masa musim raya tu. Tu yang memanjang dapat beberapa hari jek tuh. The year before langsung tak dapat puasa syawal.
Tang melepek cam kain buruk tu tak leh elak la. Janji kita gigih puasa kan. Yey, ada geng. Tapi ko dengan kanak2 ribena sumer, tang bilanya melepek cam kain buruk tu. Kalau masih breast feed extra letih tak aaa? Just wondering.
aku ada lagi 3 hari ni huhuhu, same je aku dgn ko, satu hari poser macam poser sebulan mula la mengidam itu ini hahaha
ReplyDeleteMawar,
ReplyDeletehari ni, kononnya nak masak chili crab, udang celup tepung, dan ikan kerisi goreng.. Balik kerja nya entah pukul berapa. Nak singgah giant kejap beli sayur kononnya. Bila nak masak?Hahahha. Jom ganti puasa jom. Aku insyallah tinggal 2 hari jek lagi.. Yeaaa
Mawar!!
ReplyDeleteI heard the good news. Tahniah.. tahniah.. suke..suke...suke..lemme give u a big hug.. Ini berita gembira tau.. jangan sedey2..
Selamat mengganti puasa. Aku dah selamat ganti dah. Now nak puasa sunat. End May hari tu beria la puasa Isnin Khamis..Isnin tu mmg melepek la, first day katakan. Merengek macam bebudak puasa. Khamis je steady plak puasa. Pastu minggu lepas tak buat pun posa sunat sbb heavy exam, letih la.
ReplyDeleteAmy,
ReplyDeleteWah ko dah pose sunat ye. Bagus2 alhamduliallah. Aku ada niat anak pose sunat gak. Insyallah kalau diberi kemudahan, aku akan cuba. Napsu makan pon cam haper jek, elokla dikekang sikit. Memang pose hari senin, melepek sikit ek. So kena start hari rabu kah?hahahah