Aku rasa ada few more colleague dan kawan-kawan yang kenal aku in real life yang baca blog ni. Hahaha gila perasan kan. Bukan susah nak trace kawan-kawan yang singgah kat blog ni kan. Tak kisahla friend, kalo korang baca pon, yang penting, pertama jangan war-warkan kat orang, kedua jangan gatal mulut tanya aku pasal blog ni, atau entry aku, or called me by my blog name. If this happen, nampaknya aku kena tukar lagi blog address. Bukan apa, seganla wei. So, kalo korang tau, keep it to yourself. Tak yah verify dengan aku ok. As long as I don't know that you read my blog, I'm fine. Sekian ayat2 perasan dari aku. Hahaha.
Kelmarin aku mc. Sakit tekak. Kalau sakit tekak tu memang demam, selsema, batuk semua datang la kan. Berdengung telinga aku. Pagi tu si Ed hantar aku gi klinik sebelum dia pergi office. So aku melepek jelah kaedahnya kat rumah tu, sambil main Tiny kitchen kat Ipad tu. Gila addicted ler main game tuh. Hissshh. Not addicted sampai kena menenyeh screen iPad tu setiap 10 saat. But every hour, akan gi tengok update. hahaha teruk gak sebenarnya.
Lepas aku tidur bangun tidur bangun and later solat, I decided I was feeling better and nak buat apa lagi kalau bukan… roti! Hahahha . Stress la si Ed dok makan roti jek. Tapi he's not complaining yet la. Anyways, dek kerana I started quite early aku boleh ler, leisurely tweak the dough, sebab walaupun dah kurangkan air tetappla lembik. Macamana nak buat buns kalau lembik cam tu kan. So walaupun aku tau tak elok add flour time dah nak siap knead tu, aku add gaks. Oh sebelum tu roti wholemeal yang tak abis dah jadik mini pizza. Hahahah.
So here are some steps yang aku guna masa buat bread tu. Eii malu kat Jojoe.
Aku masukkan air, telur, butter, shortening, bread softener (cam softlan jek kan softener nih), gula, garam, susu tepung, bread flour dan yis. Jap, Joe bread flour dan high protein flour sama ker? Kalau soklan bodo, sorry ok. Hahha. Masukkan dalam the Noxxa breadmaker oven tu dan press 10 untuk buat dough. Lepas dia knead. Aku biarkan it raise. Ikut jelah timer mesin tu. Aku bukak sekali untuk kacau sikit tepi-tepi tu.
|
Melimpah-ruah ko.. |
Bila dah siap maka aku pon mulalah shape sesedap rasa. Hahaha. Aku tak pernah gi training or whatever tau. Aku gi tengok demo sekali jek, and believe me, tangan aku keras bukan jenis buat kerja kemas dan halus. Bukan apa takdela korang gelakkan hasil kerja aku yang tak kemas cam bakeri tu kan. Dan juga nak cakap, if aku yang garis pakai pembaris pon boleh senget ni can do this, you can do it too.. Ewah hahahha. Ok enough disclaimer dan merepek. Here are example of few buns yang dibuat hari tu.
|
Gulung sosej |
|
Kerat sampai sosej putus, tapi roti tak putus |
|
Tarik selang seli |
|
Ginilah ropenya. |
|
Ini hasilnya. Bapakla gemok. Errr kena pakai tepung sikit je kot. |
|
Ni untuk buat sosej roll |
|
Lilit jangan tak lilit |
|
|
|
Rupa buruk sosej roll ku muahahhaha |
|
Bun kacang merah. |
|
|
Maafkanlah gambar-gambar ku yang kabur itu. Yelah mana nak uli, mana nak amek gambor lagi. Penuh tepung lense kamera blackberry aku, muahhahaha. Nak amek pakai kamera digital malas nak upload lak karang.
I learned that tepi-tepi bun pon kena glaze dengan telur sebab kalau tak pucat gila, sampai tak sure dah masak ke belum. Oh aku jugak ada buat roti chese yang jalin-jalin tu. Gemoknya ko. Tergelak aku tengok. Overall it's a good experience for me. Self satisfaction oklah. Takat makan suka-suka bagi kawan-kawan dan family rasa oklah kot.
Roti tu lembut, rasa kalau manis lagi sikit best kot. Cuma dense sikit. Camner nak kasi tak dense aa Joe. Anywyas, itulah update dari breadmaker ku. Kali ni, takleh la letak bahan-bahan tidur pastu tiba-tiba siap kan. Ini breadmaker oven ok, bukan magic oven hahahah. Bolehla tidur kejap sementara kneading dough tu. Lepas tu kenalah ko gelek dan shape it to what's your desired buns kan. Hmmnm aku rasa projek seterusnya, raisin bread, cinnamon roll dan errr pretzel? Muahahhha ambitious ko jangan tak ambitious. And then you ask yourself kenapa ko tak kurus-kurus Cekna? Go figure!
Tumpang tanya..hehehe..
ReplyDeleteLepas dah shape, you bakar dlm noxxa oven or oven biasa?
MakBulu
MB,
ReplyDeleteSis, lepas shape bakar dalam oven noxxa tu boleh, dalam oven biasa pon boleh.
adui..ni yang terasa nak beli gak nih..bape rege breadmaker ni beb..dah lama tingin nak buatkan homemade pizza utk family sampai sekrg blom tercapai.
ReplyDeleteMawar, kalau tak silap harga for non member is 1015.buat pizza memang senang. Nak buat buns pon senang. Buat loaf bread lagi senang, masuk tepung keluar roti hahaha. Ala aku ni bukan berseni, but kalo takat makan sendiri sendiri boleh lerr. PAstu breadmaker tu lehjadik oven gak. Aku tak explore habis lagi mesin tu.
ReplyDeleteFavorite2 bun yg aku akan pilih if pegi bakery beb. Sedapnya nampak. Alah bila dah prektis selalu nanti sure lagi mantap rupa. Aku tak kisah rupa, janji sedap :)
ReplyDeletesetonnnn...
ReplyDeletelets meet up kat taman tasik perdana , aku buat saprah or alas kotak2 , sour bawak air, ko bawak roti, jijie bawak perot ..jom jom jom hahahaah
bread flour is high protein flour. aku minat sgt nak buat loaf bread wholemeal..
ReplyDeleteyg sosej bun tu. ko potong dgn gunting pun bole. insted of potong bilah tegak.. ko condong 45 darjah. snip 7 kali.. then selang seli.. roti ko akan jadi lebar mcm rama-rama.
Amy,
ReplyDeleteHehehe, nanti nak belajar macam2 bread lagi hehehe. Tu ler rupe tak ley lawan bakery la. Takpela kan janji sedap.
Mamatin,
wei apahal ko bawak saprah jek?!!! ni yang nak marah nih! sekor bawak perut sekor bawak air.. apa kes? Taman Tasik Perdana?? Motif?? hahahha