Thursday, June 23, 2011

Tak sempat nak update.

Busy giler, tak sempat nak update. Busy dengan tah haper-haper entah. Siang kerja lah kan. Malam tengok tv, main game, masak, angkat baju lipat baju. Eh lipat baju, Ed tolong. Busy la tu kan. Pastu campur dengan konon-konon baca journal lagi. Haaaa. Memang la busy kan.

Owh aku nak psiko si Delinn nih. Sis, aku dah jumpa SV minggu lepas. Minggu ni jumpa balik SV committee, haaaa makanya bergerakla kan aku punya research tu? Ko apa progress? Jangan cakap baru habis baca 2 novel, OK. Gi sambung baca journal. Malam ni kena tulis 2 mukasurat, thesis tu. 

Bukan main la kan aku ni. Macam la banyak sangat yang aku baca pon. Dahla kena bagi proposal baru kan. Setakat ni proposal baru diterima. Besarkan lagi skop pengsan! Tataulah akan datang cemana. Dah jumpa SV every week pon boleh kena reject lagi proposal. Tatawlah nak kata apa. 

Ok aku malas nak buat update masakan hari ni, so aku nak update aku gi makan2 kat restoran baru. Restoran ni kat Bangi. Little white cafe. Sangat lah cantik tempatnya. Konsep english cottage gitulah. Makanannya westernlah. Ada tulis fine dining kat menunya. Hmmm Kalau fine dining nih, harganya pon sangatlah fine kan. Aku tak larat nak tulis satu-satu pasal the meal. So aku letak gambar sekali harung jek. Nah ni apa yang di makan. 

Hishh payahnya nak upload, pakai berukband nih. Eh kejap korang pernah google perkataan beruk dan tengok apa yang first sekali google jumpa? Hahahhha.
Owh suka sangat terdistracted aku ni. Verdict of the meal at Little White Cafe, the spaghetti carbonara tu one of the nicest I've ever taste. Aku amek set, so macam-macamlah. Tapi kan, kalo perut kecik jangan amek setlah. Banyak mender. Grilled Chicken breast with pesto tu biasa-biasa jek. Maybe sbb chicken breast kot, aku errr tak gemar sangat. Yang bangang gi order tu kenapa? Arrgghh. The carrot soup with corn tu memang manis sangat. Bukan selera aku. The cheese cake was nice. The salad was a bit dry. 

Pastu hehehe aku tried the macaron. Hehehe. Aku tried perasa strawberry, pistachio and chocolate. So lepas ni tak yah la aku bayangkan dan salivating over macaron. Manisss. Tak suka sangat kot. Pelikkan manusia ni, kadang-kadang you are salivating over something yang ko tak pernah makan, tapi ko agak-agak macam sedap jek.  Bila habis jek dan bayar...... mmmmaaaaaaakkkkkk... tu pasal la dari last week aku dgn Ed makan roti dengan cekodok je kat rumah. Budget lari. Muahhahahaha. 

Sabtu ni nak gi buat roti lagi. Si olin dah call. Ajak buat roti. Hahahaha. Semangat. Pastu tu esoknhya  aku nak berlepas ke....... ke mana?.............tungggguuu.............

6 comments:

  1. stress! stress! stress! hahahaha

    ada gak la ni, merangkak meniarap habis nak membaca journal hehehe. target nak submit paper 1 julai nih tp tatau la tercapai ke idak dah lembab sangat progress nya hehehe.

    ha cafe tu kat mana? which area? ko tau lah aku ni suka je nak mencuba cafe2 baru. mahal dak harganya? kasi cth harga boleh?

    spagetti carbonara kat Kokopelli PJ Sek 14 adalah sangat sedap. must try urs nih pulak. kasi detail sikit info. aku wajib nak cuba hehehe

    ReplyDelete
  2. ada org penah review psl restoran ni tp x citer la rege.. tp org kita punya.. stailos. aku rs bangi tu mcm2 ada.. kalo gi sana excited je tp x penah dapat merambu2 sangat.. time constraint.

    ReplyDelete
  3. Delinn,

    Cafe tu dekat errr, barisan belakang ariani kalau tak silap. mahal ler jugak. Set tu 69.90 kot, emmm carbonara tu, 20++, kalau steak tu 40++ kot. So aku berdua dengan ed hari tu, errrr hundred over..hahahha

    ReplyDelete
  4. Jojoe,

    Memang ler stylo.. harga pon sangatla stylo.. setahun 2 kali boleh la kot.. not too bad kalau tak amek yang set tu. bangi tu macam2 ada babe.memang tak habis try sumer..

    ReplyDelete
  5. Part nak gi jalan yg I suka tuu..hehe

    ReplyDelete
  6. Amy,

    Yezzaaaa. Nanti2 boleh cerita. Bole tambah dalam episod 3 hari 2 malam tuh hahahah.

    ReplyDelete