Assalamualaikum wbh kawan-kawan,
Sebab dah janji dengan kawan-kawan maka, aku update la sikit weekend cookout session dengan anak-anak buah aku. Dek kerana rumah ku sempit, aku angkut breadmaker oven Noxxa tu ke rumah mak aku. Yes, Ed tolong angkutkan ke rumah mak aku. Sampai sana jek, anak-anak buah aku dah tunggu, dan aku terusla buat doh roti tu. Sumer mender aku suruh diorang measure, saja jek nak get them involve from the earlier process, tapi aku dok sebelah la dan perati betul-betul, kalau tumpah cepat-cepat lap, karang letih nak ngemas.
Lepas masukkan doh roti dalam breadmaker tu, aku bukak tikar kat ruang tamu gitulah dan start arranging equipments. Pastu aku toast kan sesame seed. Aku suh si abang gratekan cheese olin pulak tampal kertas minyak kat semua baking tray. Aku naik solat dulu, soh bebudak tengok TV dulu, sementara tunggu siap the doh. Kali ni doh aku tak lembik sebab aku dah kurangkan airnya dengan agak banyak. Hahahah yes. Semua roti tu aku roll kan and shape. Si olyn tukang sapukan egg wash dan sprinkle sesame seed. Untuk pizza laks, aku buat pizza letak hot dog jek, sebab tak jumpa peperoni. Si abang potongkan hot dog tu kot. Untuk mak aku aku buat roti kacang merah. So ni hasil roti hari pertama.
|
Roti kacang merah dan sausage roll |
|
Melted cheese and hotdog buns |
|
sausage roll favorite bebudak |
|
Pizza hot dog |
Esoknya pulak, for dinner aku dan mak aku masak special sikit sebab ramai-ramai masa tu kan. Aku buat nasi dan daging beriani. Mama pulak buat dalca dan ikan tenggiri masak merah. Aku merasmikan aku punya Noxxa pressure cooker tu hari ni. So hasilnya memuaskan la jugak. Aku rebus dhal tu 5 minits jek instead of more half an hour kalau rebus biasa. Rebus tulang pulak 15 minit jek instead of 1 hour, dan isi daging tu memang lembut. Kalau tambah 5 minit lagi memang berderaila daging tu dari tulang. Masak daging beriani tu 20 minit gitulah, walaupun bapak aku beli daging yang bahagian-wa-lepat-liat gitu. Aku pernah ko, masak daging beriani tu almost 5 hours nak kasi bebetul empuk. Gerammm. 4 jam masak malam, tambah sejam pagi plak. Sebab tak beli bahagian batang pinang or bahagian yang kurang berurat tu.
|
Nasi beriani yang pucat. Next time aku letak kaler2 sikit |
|
Daging beriani |
|
Ikan masak tomato, mama |
|
Dalca mama. Esoknya makan dengan roti canai. Perghhhh. |
Selepas makan tu, aku actually ada satu lagi batch roti. Aku dah penat dah sebenarnya. Nak balik rumah tido jek rasanya. Aku pikir aku pack dan freezekan jelah doh tu. Esok2 aku buat. Sekali si Olin tanya, cekna tak jadi buat roti ke? Aku jawab ler takde orang nak tolong. Laa kan kitorang semua tolong. So malam tu bebudak ni semua tolong termasuk kakaknya. Anak buah yang paling kecik jek dok mundar-mandir tanya mana roti hotdog dia. Biasalah dia tu, tau order jek.
So yang kat bawah ni hasil roti hari kedua.
|
Pizza sausage mestilah ada kan |
|
Roti kacang merah dan roti raisin |
|
roti berasaskan sausage gak. Apalah nak bagi nama kat roti ni. |
|
Seafood Pizza. Kali ni aku rajin sikit and peeled the udang. But tak jadik letak sotong takut jadik basah sangat. Dan aku malas nak goreng kering kurangkan airnya tu. |
|
Aku angkut bawak balik rumah pizza. Tak larat nak makan masa tu |
|
Of course tidak ketinggalan roti hot dog ordered by baby |
Hasil kedua-dua hari adalah baik. Roti senang nak shape, sebab tak lembik sangat. Suka gak sebab aku nengok mak aku makan gak roti kacang merah dan kismis tu. She's not a big fan of roti, tapi roti panas-panas who can resist. Tapi cam pizza gitu, still tak leh diterima dek tekak dia lah. So habis baking semua dekat pukul 1 and we still have to kemas and balik Kajang. Tu yang Ed decided that we leave both the oven and pressure cooker dulu. Penatla dah pagi buter gitu nak angkut barang2 pakai troli bagai to our apartment kan. So I said bye-bye to my breadmaker-over dengan berat hati. I missed it already. Kalau ada kat apartment sekarang nih, nescaya aku buat pretzel malam ni, hahhahah.
Owh ya, hari tu kan aku cakap aku ada buat kek gula hangus kan. Hmmmm hasilnya tak seperti yang kuharapkan. Kenapa entah dia jadik dua layer. Jadik lobang2 tapi kecik2 sangat. Teksturnya akan-akan dah kek gula hangus, cuma lobangnya tu tak besar-besar dan tak smooth sangat. But at least tak ler rasa cam sponge cake cam aku buat dulu. Hahahhaa.
|
Nampak tak layer gelap sikit dan yang terang sikit tuh. Argghhh |
Aku rasa cam nak conclude jek, that I am lousy at baking cake. Thus explaining why I don't bake cake. Pastu cake ni kan, manis, pastu kalau dah banyak2 gitu, saper nak makan? (err tapi dah habis pon sebenarnya..)Aku dengan Ed gak le berlawan-lawan naik badan nanti. So I better stick to buat roti and pizza jelah. Anak buah aku cakap, sedaplah cekna boleh bukak kedai. Ed kata, lingkup kedai kalau letak topping dan cheese cam cekna ko tu, muahahhaha. Alaaaa baru nak berangan.
memang best kalo wat famili aktiviti camni.. dah lama x buat bbq or steambot famili.. x de masa.. sedih lak tgk entri happy2 ni..
ReplyDeleteaku ms br dpt pressure cooker asik nak buat sup tulang.. sup ekor.. kolestrol derrr.... tp puas ati sangat daging empuk sekejaaap je
Memang best. Masakmacam2 pastu makan ramai2. Pesal lak sedih tgk entry hepi2 babe? Pressure cooker leh buat nasi impit tak aa?
ReplyDeleteed jeles le tu..ko kalo buat, mesti melimpah ruah kan cheese semua..gila tempting..
ReplyDeleteOren,
ReplyDeleteHahhaha tak kose la kot dia nak jeles...Tapi kan, maybe tak rugi kot meniaga camtu. sebab sure org datang lagi kan..kan..kan.. err tak cam tu ker? hahahhah
salam
ReplyDeletenanti hantor roti atau pizza ke pejabat akak , boleh ??????
Kak PB,
ReplyDeleteChewah2 orang tu dah dekat pejabat barulah, kat cyberjaya kan? Hehehe belum layak jamu orang lagi kot roti tu.. heheh makan anak beranak lepas la kot.
Aku org pertama diri depan kedai ko kalau melimpah ruah ko letak cheese gitu hahaha..
ReplyDeleteAmy,
ReplyDeleteYeehaaa, my first customer la ni kan. Kena jadi returning customer tau.
wah!tetiba aku jadi teruja nak buat roti cam ko.mesti anak2 suka kan?
ReplyDeleteHI,
ReplyDeleteMemang sis. Anak2 buah aku memmang hepi giler buat roti ni.. lagi2 sebab aku bagi diorang buat jek roti apa diorang nak. pizza apa yang diorang nak..pastu bau roti panas2 memang ler best..keluar jek dari oven berebut-rebut nak makan..kawan2 aku yang sama ada hobi baru ni pon cakap, its a good bonding time with their kids.. Ada yg husband join sekali gelek roti gaks..
omaigod, satu lagi blog penggoda perut!! tidaakk!!!
ReplyDeleteaduihhhh meleleh air liur aku tgk pizza tu weh laki aku puny afav tu kalau cheese meleleh-leleh tu :p
ReplyDelete..mesti meriah and bangga giler anak-anak buah ko dapat buat roti..
seronok weh masak-masak...mesti kumpul duit beli bread maker nih.
Shahid,
ReplyDeleteYezza..kasi perut ko berkeroncong sikit bro.. hehehhe..
Mawar,
Belilah sis, good investment.Memang ko leh letak toping apa jek yang ko suka.. Kalau jadik member tu boleh bayar interest free pakai credit card tapi errr kena tambah barang lain tu yang lemah tu.. Jom..jom buat roti.