Wednesday, June 29, 2011

Tioman : 3 hari 2 malam - The Tourist Route

Update 2nd Jult 2011


Aku update sikit. Lepas aku baca balik, aku rasa macam notes dekat my observation tu was very negative. Sedangkan I had tonnes of fun dekat Tioman. So I didn't give a good impression of Tioman. To me overall the trip was great. Kalau tak ramai, and can afford it, please amek flight to go there. Berjaya Air tu okay jek, takdelah mengerikan ke apa ke. In fact, we had one of the smoothest landing masa hala balik ke KL. 

Untuk orang yang suka nature dan adventure, memang patut cuba ke Tioman. Pembangunan tak banyak sangat. Jalan pon tak banyak. Memang patut amek yang island hopping dan snorkeling semua tu. Sebab cantik sangat. Air laut memang jernih sangat. Dekat air paras buku lali pon ada ikan berenang. Maybe sebab pasirnya tak putih, menyebabkan gambar laut tu tak nampak membiru sangat. In fact pasir dekat Kg Juara tu halus macam debu, cuma kaler nya errr golden sands la tak ler cam white sandy beach kan. Kalau tak silap, pasir dekat Redang putih dan halus kan? Sesapa pernah pegi silalah, kasi tau ok. 

Hotel pon bagus. Semua benda ada. Servis tip top. Bila ada problem with the room jek, cepat jek maintenance sampai, walaupun resort tu besar nak mampos.  Macam Amy kata, we were lucky it was not full board, merasalah makan kat tempat lain kan. Frust jugak tak dapat ke Mukut waterfall tu, takde rezeki kot. Oklah, back to the original update as below.


Day 2

Pergi breakfast dekat cafe. Spread boleh tahanla. Rasa errr, bolehla. Standard hotel lah. Aku call Activity desk lepas makan pasal trip nak ke Mukut Waterfall tu. Diorang informed, tak cukup orang nak ke Mukut Waterfall. Arghhh frust aku. Nak ikut trip ke Coral Island tu, diorang br jek berlepas pulak. Damn. Apa nak buat hari ni. So pusing-pusing kejap kat pulau, pastu decide nak pergi Kg. Juara. The other side of pulau, mengadap laut lepas. Nak pergi kena sewa 4X4. Tak cukup korum gak, last-last belasah jek pergi lepas nego harga sikit. 
Berjaya Hotel tu kalau ikut map atas tu atas sikit dari Paya. Kami nak ke Kg Juara, belah kanan pulau.

So bermulalah perjalanan ke Kg. Juara yang jalannya memang mendaki gila. Steep nak mampos jalannya, I kid you not. Bebudak hotel kata boleh jek naik motor preh-preh tu panjat bukit tu. Aku rasa menolak lebih daripada naik motor kalau kitorang gigih nak naik motor gak. On the way tu, singgah jap amek gambar, pokok ni. 
Pokok hidung
Hahahah. Lepas tu, kami sambung perjalanan dan singgah kejap dekat air terjun. Kecik jek waterfallnya. Kena hike dalam 5-10 minutes gitulah. Tak teruja nak mandi sebab errr, kecik dan ramai orang. So lepas tu sambung la perjalanan. Ada mender aku nak cerita sikit pasal trip ni, yang sangat mengganggu dan spoiler habis, tapi korang kena tunggu I update it, dekat private blog. Kalau boleh aku malas nak kenang. But, maybe bagus utk korang jadikan guidance. 
Turun bukit nak ke waterfall

Ni jek waterfallnya

Lepas tu kami ke Kg. Juara. Ada la turtle sanctuary kat situ. Tapi tak singgah pon sebab ada sekor jek penyu. Hahahhah. So kami jalan ler sekitar situ. Dan amek gambar. Masa ni aku dah terganggu sikit. But aku cuba buat dek jek and tried as best as I could to enjoy it. Seb la ada Ed. My bestest friend yang paham hati aku. Tapi dalam2 terganggu tu, dan lagi buat star jump dan aksi2 bangang kat pantai tu. Takde orang pon. Tenang habis. Lepas tu kami makan lunch. Omigod. Nasi putih dan udang sweet sour, RM18 hahhaha. Makan dua orang simple giler pon RM48. Giler mahal makanan kat sini. 

Jeti Kg Juara


Dari dalam restoran
Lepas tu actually, ada lagi activity lain, tapi we cut short the trip dan balik hotel dulu atas sebab-sebab yang aku akan stori nanti.
Tengok 4WD depan kereta kami tu. Ramai2 diorang dok kat belakang tu sambil jerit-jerit hahhaah.

Masa ni ker kami tengok citer cintan Tamil tu aaa? Best ko. Layan.... Hehehhee. Lepas tu si Ed tido jap, aku keluar amek few pics. 




Pool dekat dengan cafe

Dalam kol 5 aku kejut Ed gi berkayak lagi. Yezzzzaaaa. Best. Seronok. Sekali lagi kami attempt nak ke Pulau Renggis, hampir dah le jugak. Lepas sejam plus-plus gitu, kami berenti berkayak, sebab perasaan nak mandi laut tu tetiba datang. Aku balik bilik jap, tukar baju renang dan amek goggle, lepas tu terjun ke laut. Best gila! Rupanya dekat air paras-paras lutut tu pon banyak ikan kecik-kecik. Pakai goggle tu baru nampak. Memandangkan ada satu jek goggle, kekadang si Ed terpaksa gak pakai goggle kaler pink aku untuk tengok ikan. Hahahha. 


Lepas mandi tu,  aku ajak Ed lepak teman aku tengok sunset. Phewwwitttttt. Janganler ko sangka romantic sangat ye. Dia duduk atas kerusi malas tu, aku dok ambik gambo sunset. Masa tu lah, aku rasa teringin gile nak ada kamera best-best. Sebab jenuh aku klik ada beberapa jek yang bebetul memuaskan hati aku. Antaranya as follows :
Masyallah cantiknya Allah jadikan bumi kita ni



Malam tu, sebab motor pon dah pulang, badan pon dah sakit-sakit kami pon makan jelah dekat hotel. Tengok harga nak pengsan. tapi buat bodo jek order, macam orang kaya. Hahaha. Mamposs la nak tunggu cukup bulan ni karang. Kena bawak keluar duit tabung haji kah? Hahhahaha. Actually mahal sikit jek dari makan kat Kg. Juara. Kami tak amek buffet. Bukannya nak makan berie pon. Pastu hotel punya buffet bukannya best mana pon kan.

Day 3 
Aku habiskan jelah terus. Bukan banyak sangat mender pon buat on day 3 ni. Memula kami pergi breakfast. Dah penuh perut tu, kami balik bilik rest jap, sesambil kemas sikit sebab lepas tu nak pergi snorkeling. Pakai sunblock sumer. Owh muka aku memang jerawatisme terus sampai Tioman ni. Aku alah pakai sunblock tu kot. Asal pakai jek, nescaya ada breakout. Boring betul aku. 

Dalam kol 9.30 kami berjalan ke water-rec center dan dia bagiler instruction lebih kurang. Aku dengan Ed dua-dua tak pernah snorkeling. So ada la sikit apprehensive tu. Tapi belasah jelah. So lepas tu the boat hantar kami ke pelantar tu.  Suspen jugak mulanya nak turun tu. Sekejap jek ada orang guide lebih kurang. Aku pulak jenis seram nak terjun jek dari platform  gitu. Aku kena turun kot tangga, dan pelan-pelan let go. Aku perasan gak, apsal deras semacam jek air ni. Nampak macam tenang. Kejap jek ko dah cam terjauh dari platform tu. Kadang tu lagi inches jek nak sampai ke tali tempat berpaut, jenuh paddle kaki tapi, tak sampai2. Pastu tak lama, nampak ada one guy yang aweknya dok tunggu atas platform ni, dah dibawa dek arus dan tak dapat nak balik ke pelantar.Memang terkapai-kapai jadiknya.  Nasib baik brader yang bawak bot tu masih ada kat situ. So, dia cepat-cepat amek bot dia dan selamatkan mamat tu. 

Lepas pada tu aku memang suspen sikit. Memula tadi, takdelah aku berpaut all the time. Dah mula realize that arusnya deras. Lepas tu memang aku snorkle keliling pelantar jelah. Yelah bukannya ada guide or rescuer kat situ.  Pastu memang ada at 1 time, tinggal aku berdua jek dengan Ed kat situ. Bot-bot yang bawak orang snorkel yang lain pon dah takde. Lagiler Ed tak bagi aku gi jauh2. Tapi best. Banyak sangat ikan. Nampak coral sumer kan. Pengalaman yang sangat manis untuk aku. Aku nyanyi2 thru snorkle gear tu, sambil berenang dengan ikan. Oblivious to the world. Sekali bila naik, Ed beria gelakkan aku. 

Com nyanyi2 ke tadi. 
Ha'ah.
Kenapa com nyanyi2?
Entah best jek rasa berenang dengan ikan tu.Eh dengar ke?
Dengar. Jelas dan nyata. Satu platform dengar. 
Argghhhhhhh.

Malu siot. Hahahhaa. Lupa pulak aku, boleh dengar thru the corong bernapas tu. Hampeh kuasa dua. Padanla aku cam dengar orang gelak-gelak. Tapi aku ignore jek. Pastu nak cover malu aku tak naik-naik dan terus snorkel sampai kecut jari-jari. Hahhaha. Lepas tu balik ler semula ke hotel.
Snorkel dekat Pulau Renggis. Gambar dah kabur sikit sebab cuaca dah mendung sikit dan sebab zoom dari pantai.


Nampak tak ada platform tu. Ala yang ada orang pakai life jacket tu. Kat situlah aku snorkel sambil nyanyi2 wargghh..

Balik ke hotel, kemas barang, lurus kaki jep the, check out. Flight delayed setengah jam. So kami gerak lambat sikit ke airport. Aku dah tido dah kat lobby tu. Lepas tu kami ke airport. Sampai airport jek lepas check in dan dapat boarding pass, kebulor sangat tanya officer kat situ, kalau kami keluar kejap makan sempat tak? Dia kata sempat jek. Kalau dengar bunyi kapal terbang balik la airport cepat-cepat. Hahhaha, camtu pon boleh.  So kami keluar dan order burger. Satu burger ayam, satu burger special RM8! Mahalnya! Tapi dah lapo. Makan jelah. Lepas tu dah balik semula ke airport dan tak lama lepas tu flight pon sampai. 
Lepas makan burger

Maka berakhirlah percutian aku ke Tioman. Overall semuanya ok dan best, kecuali minor setback yang aku akan ceritakan nanti tu. Hmm aku ada some observation sikit. 
1. Pompuan-pompuan Melayu yang datang Tioman dengan boyfriend diorang tu, daring la wa cakap lu. Pakai bikini, ko. Tak tipu. Mengucap aku. Balik ke airport pon pakai tube yang sunggh lerr.. errr.. malas nak eloborate.
2. Makanan agak mahal. 
3. Semua aktiviti kat sini melainkan mandi, memang kena guna duit.
4. Yang bawak family hmmm, kena fikir betul-betul aktiviti apa nak buat, sebab nothing much to do kat pulau ni. Takut bebudak tak enjoy.
5. Tak yah ler berangan nak sewa kereta. Tak banyak area yang ada jalan pon. Sewa motor pon korang takkan dapat round satu pulau. Sewa bot mungkin boleh. 
6. Banyak jugak pemandangan odd, yang juga akan ku update di private blog. Hahahha.

Saje jek, kasik korang suspen.. Hehehhe. 


Oklah sekian update percutian kami di Tioman. Tah bilalah nak update dekat blog private tu. Hahahha. 

15 comments:

  1. hahaha tula... bila dpt tau dorg tinggal je kita kat platform tu.. ..cuak siot! tabik le korg.

    bole ke naik moto daki g kg juara tu?? mcm impossible jerr... 90 degree ko.. naik kete pun mcm saspens je...

    ReplyDelete
  2. Jojoe,

    cuak jugak sebenarnya. Kalau ada orang teman kat situ, aku rasa confident sikit kot nak snorkel jauh sikit.

    Diorang kata boleh daki ke kg juara naik motor. tapi errr cam tak confident jek. gila steep kan. Naik kereta suspen gak sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. best best best !!! Like like like !!! Aku tunggu update kat blog satu lagi plak aaaa..hehehhe

    ReplyDelete
  4. aku dulu pegi pun ada kapel gak.. dua pasang.. jari kaki tangan siap berinai lagi haa..

    ReplyDelete
  5. Klm,
    Sis update kat private blog tu, weekend nanti ler kot baru berupdate.. Hahahha tu pon tak leh promise.. Hehhehe.

    Jem,
    Kapel kalau berinai kaki tangan, aku tak kesah. Ini kapel yang adoihh.u know what i mean la kot.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Tioman memang best. My kids memang enjoy giler kat sana :-)

    You duk Berjaya, lagi le mahal kot benda2 yg nak disewa.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Best. Mahal sikit, but tak banyak sangat la rasanya beza dengan amek kat luar. Sebab sewa motor dan 4wd tu dari orang luar resort tu. Snorkeling dah in the package. Cuma kayak jelah rm40 utk 2 orang per hour. Anyways, memang best.

    ReplyDelete
  8. Bila la nak update private blog tu wehh. U made a good decision by taking the flight beb. Aku dgn Zul masa gi Tioman naik keta dan bot. Stress woo. Bila sampai je Tioman rasa heaven, bila nak balik ke KL nak nanges je rasa kena naik bot balik 2 jam, pastu dok dlm keta 4-5 jam..not worth it. Dan aku agak bodoh sbb pegi ambik package full board. Breakfast, lunch, dinner semua kat situ..dah ler bayar mahal, makanan buffet, bukan larat pun nak mkn banyak2. Ada one time Zul gi snorkeling sorang, aku malas ikut, aku tido. Gila kan dah bayar mahal2, aku bantai tido. And sbb lama sgt dia gi pulau ke pulau tu we missed our lunch. Aku complaint la so dia kata bleh order makan yg sama value, order a-la carte. Sekali sampai 7 ketul ayam goreng ko, besar2..aku dah gelak2 dah dgn zul, mana nak abiskan nasi, nak makan ayam lagi. Last2 tapau and aku dermakan dekat couple (yg ada inai di jari) bilik sebelah haha. Jgn ler ambik full board, pegi je la kat kampung2 kat luar tu makan lagi puas hati kut aku rasa.

    ReplyDelete
  9. Tambah satu lagi..I think yg paling aku suka ialah dari bilik nak pegi ke cafe/restaurant tu mmg kena lalu tepi laut. So feeling2 jiwang ler berjalan berpimpinan tangan dari bilik ke tempat makan. Breakfast pun duduk mengadap laut...heaven rasanya.

    ReplyDelete
  10. Amy,

    Naseb baik tak amek full board kan. Mula tu cam terpikir gak, pesal la tak amek full board dah kena carik makanan lain kat kampung2 kan. Tapi alhamdulillah tak amek, sebab masa tengahari tu, tengah snorkeling lah, tengah jalan kat kg manalah, so memang tak sempat nak balik resort makan kan. So alhamdulillah, trip ni sumernya dimudahkan dan dapat enjoy to the fullest!Hah? Zul pergi snorkeling sorang.. ko kijam! Hahahhaa...tapi kalau aku naik kereta dan naik boti gitu aku rasa, maybe tak daya nak buat aktiviti2 penuh2 cam masa aku baru nih.. Sure masa tu perasaan nak terbongkang tido lebih dari segalanya kan.. hahahha

    ReplyDelete
  11. hmmm ....


    dah lama tak bercuti ke pulau pulau nie ....

    ReplyDelete
  12. Errmm bestnya gi holiday cam tu kan. Rasa cam romantik sangat.. for me.. my hubby bkn that type of person yang suka adventure. So tak merasalah jawabnya.. hehhe

    ReplyDelete
  13. Aku pegi pulau tioman, sponsored woooo..TAPI bukan bercuti! pegi tengok tapak, amik gambar, ukur tapak, buat BQ untuk bina jalan kat Kg Tekek..pastu balik Kuantan...

    macam bodo kan huhuhu

    ReplyDelete
  14. PB,
    payah kot nak gi dengan pulau2 dengan budak kecik kot kak..

    MR,
    Hishh aku rasa aku dah jawab sumer komen korang.. pesal takde nih..husband ko tak minat adventure dan nature ek. so takdelah kot aktiviti cam kitorang ek..

    Ngah,
    alaa pesal lepas mengukur tapak tu tak rehat2 sana terus..tak bawak budak2 eh..

    ReplyDelete
  15. dah komen psl 'tu' kat blog sana..tp kat sini pun baca gak..

    tapi aku tak dapat tgk gambar..huhu.
    slow sangat viewnya..takpela..bygkan je

    ReplyDelete