Aku sememangnya takde mood langsung nak update blog, seriously. Dan takde mood juga nak raya. All I want is just to be by mama's side. Hmmm.
Mehla aku citer sedikit sebanyak. Malas nak citer panjang lebar. Cam ni jelah. Last Saturday, aku tak sihat sangat dan aku nak gi booking berbuka puasa dengan mama, baba, adek, anak-anak buah and of course Ed lah kan. Nak belanja diorang. Aku called mama first nak confirmkan that dia sempat balik KL for berbuka, and she confirmed it. Aku ajak Ed gi bayar siap-siap booking tu. Sebab kalau bayar siap2 aku akan dapat discounted price as much as RM14 per person. Kalau dah darab 7 orang, banyak dah kan savings tu. So off we went. Lepas bayar siap-siap kat Bangi Golf Resort tu, aku pon masuk ler dalam kereta. Aku baru je tutup pintu kereta masa tu, when my phone rang. Angkat jek, adek aku tanya,
Adek : Kakok, baba ada telefon tak?
Aku : Takde, ngape?
Adek : Mama dengan baba accident.
Aku : Ya Allah, kat mana? Diorang macamana?
Adek : Don't know yet. Baba kata mama injured. Dia call dr dalam ambulan tadi.
Aku : Haa!! Ya Allah, dalam ambulan, mama injured?!
Adek : Adek nak turun Temerloh sekarang jugak. Diorang on the way ke hospital Temerloh. Kakak tak yah bayar dulu yang bukak puasa tu lah.
Aku : dah bayar dah. Baru jek, like 3 minutes ago.
Adek : Laa.
Aku : Takpe, don't think about it. Pegi tengok diorang. Bawak pelan-pelan, keep me updated.
Berderau darah aku. Kalau sampai naik ambulan. Serius la kan. Tapi aku tak berupaya nak pikir sangat sebab aku tengah in pain sangat masa tu. I already get the go-ahead from my gynae to buy and use satu ubat ni. So lepas tu Ed bawak aku gi beli ubat, balik rumah terus guna ubat dan makan ubat. So it's the second day aku tak puasa. Ed pun suruh aku berbuka dan makan ubat ASAP. Lepas makan ubat aku tidur dalam 2 jam gitu dan bangun felt really well. Lepas tu baru kepala aku leh focus on my parents' accident earlier. Masa tu baru aku start call adek aku, sebb aku rasa by then dia pon dah sampai Temerloh.
Adek informed me that baba patah tangan. And mama pulak patah peha kanan, fractured betis dan patah tangan dekat bahagian knucles tu. I cried when I heard that. Ya Allah, kesiannya diorang. Told adek to arrange kan ward mama. Baba was treated as outpatient jek. Lepas pasang cast, dia discharged from hospital. Setakat ni, both takde suffer other internal injury lain, sebab airbag terbukak masa accident tu. Mama tu patah tangan dan kaki sebab tak pakai seatbelt, where the impact menyebabkan kaki dia terhentak ke dashboard. So kawan-kawan, please, please, please pakai seatbelt ok. Aku yang memboyot ni pon pakai walau tak berapa selesa sangat menekan perut tu. Baba memang pakai seatbelt masa tu.
Aku nangis lepas berbuka tu. Ed biarkan jek aku nangis. Katanya, cry if you feel like it. Adek called again and give me some updates, where katanya orthopedic specialist dah jumpa mama and said that she will have to undergo surgery untuk masukkan plate dekat peha dia, sebab tulang besar. kalau betis saja boleh simen jek. Lagilah berair mata aku. Aku cakap nak datang esok. Adek cakap mama kata tak payah datang. Aku kata, aku takkan senang hati kalau tak pergi. As long as Ed kata ok, aku akan pergi.
So pagi tu kami bergerak perlahan-lahan ke Temerloh. Aku bawak maternity pillow dan adjust dan susun bantal-bantal dalam kereta, so that I be more comfortable in the car. Ed stopped a few times, so that aku leh stretch my legs and toilet breaks. Sampai jek dalam pukul 1 tengahari, mmg waktu melawat. Masuk jek rasa nak berlari jenguk mama. Tapi aku jalan gak pelan-pelan. Bila aku masuk jek, mama surprise sengat tengok aku, sebab aku dah ckp kat adek, jangan kasi tau mama aku nak datang, pasal kalau dia tau memang dia tak kasi aku travel. I'm glad I came. Put my mind at ease sikit. Dia boleh sembang-sembang cam biasa, cuma tak leh gerak la. Later baba datang. lengan dia bersimen. Tapi nampak dia cam sakit sangat nak berjalan, rupanya kena gout lah pulak lepas accident tu. Katanya gout tu lagi sakit dari yang patah tu.
Aku stayed pass the visitng hours, tolong change mama punya baju, lap-lap sikit, suap makan dan minum. Kalau aku sihat, memang aku stay dan tidur situ teman mama. Tapi my condition tak mengizinkan sangat. Even masa tu aku rasa perut aku tegang gila. Dan kalau aku teman pun, aku kena tidur atas kerusi gitu. Macamana pulak tu. The day before adek aku temankan, malam tu staff mak aku temankan. Kami tidur dekat homestay near the hospital. Baba rehat kat situ dan makan pain killers for his gout, and he felt better the next day.
Esoknya, mama undergone the surgery. Surgery started at 9 am gitulah. Doctor memang cakap dalam 3-4 jam gitulah. Adek aku datang sepital sebelum the surgery. Aku pulak datang masa visiting hours tengahari tu. Masa tu mama belum keluar lagi dari OT. Abang aku pon dah telefon dari UK tanya the latest development. AKu faham perasaan risau dan helplessness dia tu. Being thousand of miles away.
Akhirnya at 2 gitu, mama is wheeled back to the ward. Kesian gila I tell you. Kalau aku tak kontrol memang aku nangis gila masa tu tengok dia. But I just tabahkan hati. Doctor terus datang check dia. And I ask whether boleh tak bagi pain killer kat mama. Sebab she was in so much pain, yelah lepas operate surela sakit. Lepas doc checked, aku suapkan air zamzam sikit. Lap-lap muka dan pakaikan lip balm sebab bibir mama kering sangat. Tak lama lepas tu she dozes off. Masa tu adek aku cakap, suruh aku gerak dulu if aku nak balik KL.
Broke my heart to leave her. Tapi Ed kena balik, sbb dia takde cuti dah, and if aku stay, aku nak balik dengan siapa nanti. And kalau aku stay jugak dah menambah sorang lagi adek aku nak kena jaga. Yelah aku bukan boleh drive, berdiri lama takleh, duduk lama tak leh, nanti nak kena belikan makanan untuk berbuka dan sahur lagi. So I do not wanna add to the responsibilities dah. Dengan hati yang berat aku balik KL. Adek aku stay dan jaga both my parents. I felt so helpless, aku sorang je anak perempuan, but I can't stay to take care of my mom. Sedih sanga aku. Susah sikit adek aku nak teman, sebab wad tu wad perempuan kan. Ed kata, kalau com sihat, mesti com yang tidur hospital hari-hari teman mama kan, com. Nak buat camana, com pon tak sihat sangat. You yourself pon baru kuar hospital. Berjurai-jurai airmata aku.
We went back to KL, the travel back, aku duduk belakang dan baring with my pillow. Terpaksa duduk belakang sebab aku dok rasa some lower back pressure all day. The pain came again, and again tak henti-henti. Risau gila aku masa tu. Aku tak dapat cari position yang kurangkan the pain tu. Aku dok pikir, ni contraction ke apa nih? Berderau darah aku. And to make the matter worse, kami sampai di KL dalam pukul 4.30 masa tu, where jalan semua dah start jem, Ed dok detour sana-sini pon, it still took us almost 5 hours to reach home, sedangkan perjalanan asalnya dalam 2-3 jam jek.
Sampai dekat rumah kami beli terus makanan berbuka puasa. Lepas berbuka, aku makan ubat anti contraction tu dan tidur. Bangun tu, I felt much better. The pain almost subsided fully. Sememangnya tak leh travel la aku nih. Tapi takkanlah aku tak gi tengok mama kan. Risau gila.
So tu jelah ceritanya. Aku malas nak tulis panjang-panjang lagi. nak habiskan tulis ni pon berjam-jam. Duduk baring, duduk baring. Hmmm. Alhamdulillah, baby agak active jugak. Legaa. Esok ada checkup, harap-harap semua ok. Nervous okeh. Ed pulak banyak giler kerja, tatau camana nak gi the checkup, and adek aku pon takde nak mintak dia hantarkan. Serius aku tak gemar dengan keadaan aku yang kena bergantung kat orang jek, when I have always being very independent. Sabar lah cekna banyak-banyak. Memang ujian mental sungguh.
Alhamdulillah, aku bersyukur dan berterima kasih pada doctor dan staff di hospital Temerloh yang menjaga mama dan baba dengan baik dan gentle. Diorang pon berjaya schedulekan operation mama dengan agak cepat jugak. The guards pon tak strict sangat dengan the visiting hours, dan allowed us to spent more time as long as tak bising dan ramai sangat. Aku jugak bersyukur, dalam situasi ni, adek aku balik dan ada di KL. Tatau camana kalau dia takde, dengan keadaan aku camni siapa nak jaga mama dan baba. Ya Allah ringankanlah sakit mama dan sembuhkanlah mama dan baba. Ya Allah, hambaMu bermohon, please surround mama with kind and wonderful people that can help her. Amin ya Robbal Alamin.
Update :
Oh ya tolong doakan anak oren si Naufal sekali ye. Semalam Naufal warded sebab cam ada jangkitan dekat leher. Aku pon tak pasti sangat sakit apa. Masa Oren sms tu, aku tengah on the way ke KL, dan tengah sakit sikit, so aku tak tanya the details. Kalau yang ada her contact boleh sms dia.
Note :
memana korang yang aku amek address untuk kad raya baru ni. Lepas raya la korang dapat ye. Aku niat nak hantar gak walaupun lambat sebab aku dah beli setem semua nak hantar. Nanti2 lah ye kornag dapat.