Wednesday, June 29, 2011

Tioman : 3 hari 2 malam - The Tourist Route

Note : Aku dah sampai rumah. Sakit kaki tangan. Dok atas katil, tapi rasa cam dilambung-lambung ombak lagi. Kenapa la aku ni.. Kat bawah tu update yg aku start tulis from my second day there. Sabo ye, aku update pelan2. Update kejap jek, nak resize and sort gambo yang lambat. 

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Hari ni, hari kedua aku dekat Tioman ni. Bersiaran dari chalet dekat Berjaya Resort. Si Ed tengah tido. Jap gi nak kejut ajak gi berkayak lagi. Sekarang ni tengah panas ceng-ceng. Tak daya nak dok luar. Aku kena start tulis the trip ni. Esok balik dah petang, dan lusanya dah kerja yang aku tengok schedule pagi-petang ada meeting. So aku kena log kan the trip from nowlah. Here goes.

Day 1.
Malam sebelumnya aku tidur dekat ruma mama di Puchong. Siangnya tu aku buat roti dengan anak-anak buah aku. Apa lagi kan. Ed ada tournament volleyball siang tu. So I spent the day dengan kanak-kanak la. Kali ni aku buat roti sekilo one shot. Jenuh nak mengabiskannya. Aku rasa yang menyumbang kepada kelambatan was the oven tu kecik. Berjaya buat 5 pizza, 2 roti kismis, 1 roti kacang, 2 roti pintal hotdog and cheese, 10 or more sausage roll. Penat. Lepas siap-siap kemas dan Ed sampai kami balik rumah kejap utk amek beg yang nak bawak ke Tioman ni. 

BIla patah balik ke rumah mak aku, aku setupkan skype untuk mak aku sembang dengan adek aku dekat UK nun. So sembangler bebudak ni, dan mak aku thru skype. Sampai kol 2 pagi ko. Sesambil tu aku pack some roti untuk dimakan dekat pulau.  Aku yang dah ngantuk dan penat ni, terpaksa cut off kan video call tu, sebab aku nak tido. So kol 2 lebih tido. Kena bangun pagi, flight at 8.40 am. Kena sampai sebelum 7.30 kat Subang SkyPark. 

Tiba-tiba jek, kakak bangun cepat dah 6.45 pagi! Mak aku kejut, kelam kabut aku dan Ed bangun, solat, mandi dan siap-siap. Argghhh dah lambat. At 7.05 gitu kami gerak. Nasib baik Puchong ke Subang tak jauh dan traffic hari ahad memang clear kan. Sempatlah sampai dalam 7.25 am gitu. So kami check in dekat Berjaya Air punya counter dan dapatler boarding pass. Nostalgia jugak masuk Subang Airport tu. Kalau ada A&W lagi kat 1st floor lagila nostalgia. Tempat aku dan Ed tenet masa tahun err 1996-1998. Kelasss ko, tenet dekat airport. Dulu2 aku rasa punyalah besar airport subang tu. Sekarang ni, lerr dah sampai hujung dah. Hahaha. 8.40 am gitu berlepasla kami. 

Aerial Photo

Memang macam jojoe cakap, flight Berjaya Air tu panas yang amat sebelum berlepas. Once dah berlepas, okla. Suspen jugak naik aircraft kecik2 ni. But overall was a smooth one. Alhamdulillah.9.40 gitu sampai le ke Tioman. Sejam jek. Kalau pergi tak ramai, and can afford it, naikle flight. COnvenient, dan jimat masa. Sebab naik kereta, makan masa 5 hours from KL, pastu nunggu ferry ke Tioman yang tak berapa menentu tu, pastu naik ferry dalam 2 hour plus kan. 

Ambik ler beg ko sendiri ok. Takdela, dia pass le kat korang.

Anyways, sampai jek dekat Airport kat Tekek tu, airportnya kecik jek. So ko kena tunggu beg yang ko check in tu dekat pintu keluar. Takde conveyor belt akan bawak ok. Ada transport yang akan angkut beg ko dari aircraft ke tepi pintu tu, pastu silalah amek beg masing2 ok. Lepas tu kena bayar marine conservation fee RM5 per person. Sampai jek, ada transport yang dah menunggu. Lepas tu kami ke Berjaya Resort untuk check in. Cuaca masa tu hujan sikit. Adoiss cemana nak jalan2 ni?
Chalet kitorang. Dekat jek dengan laut. Strategik giler, dekat dengan reception, cafe, pool, dan rec center
The good thing is walaupun kami sampai tu dekat-dekat pukul 10 gitu, kami terus boleh masuk bilik. Tu yang bagus. TAkdelah kena nunggu kol 1 or 2 baru boleh check in. Letak beg jek, dah blur nak buat apa ni? Hujan. BIla nampak hujan cam nak reda sikit, Ed telefon contact yang boleh carikan motor sewa. Lepas tu Ed keluar pergi collect motor rasanya. Aku pulak check internet connection kat bilik. Dasar sangat kan? Yippie, ada 3G connection.

 
So aku pon download ler map Tioman tu sementara nunggu Ed. Sewa motor tu sehari RM80. Tempat2 lain boleh dapat RM70 kot. Manalah nak tau. Tak kose nak browse.  Sehari semalam lah kiranya. Mahal gak, tapi errr lantakla kot. So kami meredah jugak hujan renyai-renyai tu, pergi Tekek. Tak pakai helmet ko. Aku pon terus tukar baju pakai T-shirt dan seluar track jek instead of jeans. Hujan, ko.

Hisshh. Memula, aku gi beli selipar Jepun dulu. Berenti kat satu kedai ni. Semua selipar yang dijual kat situ lembut-lembut semuanya. Lega kaki aku. Kemudian kami ride ke Marine park, nampak orang ramai-ramai tengah feed the fish dan snorkeling. Kami park motor dan jalan ke Kg. Air Batang or they called it ABC, kalau salah tataw aaa. Better la kot panggil ABC tu daripada panggil Air Batang kot, semacam jek aku dengar muahahhaha.
 

Jalan menuju ke ABC. Kena naik bukit-bukit sikit.


Tenang jek kat ABC tu
Hah, ni dah pantai kat area ABC


Kat Tioman ni, bukan banyak jalanraya pon. So kalau sewa motor, you ada access to few places jek. Bentuk muka bumi dia berbukit-bukit sangat so, susah nak buat jalan untuk hubungkan seluruh pulau. Macam dari Marine Park nak ke ABC tu, kami kena hike sikit (sikit jek) to the other side of bukit untuk sampai. Bukannya boleh bawak motor ke the other side. Mat salleh-minah salleh rilek jek, siap angkut basikal lagi dari ABC tu ke belah sini pulau. Dasyat. Lepas jalan-jalan sikit kat ABC tu, kami patah balik. Kami memang dah plan, jangan makan dulu, karang berat nak hike balik. Mengah la pulak nanti kan. Lepas tu lunch dekat Tekek.

Lepas tu kami pusing-pusing keliling resort. Besar gila la resort ni. Memang kalau aku jalan kaki memang tak abis kot. Ada golf course, 2 tennis court, volleyball and basketball court, 300++ rooms, few restaurants, water recreation center dan  semua adalah. Kubor pon ada.  I think they built banyak kemudahan supaya resort ni self sufficient. Yelah, bukan ada mender-mender kat luar resort nun. Takat kedai kecik-kecik adala. Kiranya, kalau ko tak keluar resort pun, you should have tonnes of funlah. 

Kami nampak ler, kayak kat water rec center tu. Tanya dia berapa ringgit. Katanya RM40 for 2 persons. So kami balik bilik dulu, lepak jap, minum-minum dan solat. Sebelum keluar balik pergi berkayak. Ed tanya.

Ed : Betul ke nak berkayak ni.

Aku : Betulla.

Ed : Cam suspen jek.

Aku : Suspen gak, but jomler conquer the fear. Pakai life jacket kan. 

Cewah aku  cakap macam confident. Padahal dalam hati takut gak. Last aku berkayak was errrr 1994 kot. Kat sungai Kuantan. Tak ingat dah teknik ke haper ker. Ed lagilah. First time ever. But we went anyways, buat muka toye jek cam berani. Aku lagila kena buat muka double confident. Ed tu gamaknya kalau nampak aku doubt sket jek, terus tak jadik kot. Hahaha. So off we went to berkayak. Memula memang takde rhytm. Tersenget jek perginya. After a while, makin confident. Kemudian kami nampak 1 kayak menuju ke Pulau Renggis. Kami pon nak pegi jugak. Dekat dah nak sampai pulau tu, banyak la pulak bot lalu lalang masa tu, dah beralun-alun semacam. Kecut perut aku. 
Aku dan Ed kah dalam kayak itu?
Aku cakap jugak dekat Ed jangan pandang belakang. Jangan pandang bawah. Hahhaha nanti suspen kan. Eye on the destination. Eye on the prize. Tapi dek kerana memang tak benti-benti bot laju lalu, dan menyebabkan kayak kamu terhuyung-hayang, kami head back to the shore. Masa tu baru tengok bawah, maaaaaakkkkkk dalamnya dan jauhnya kami dah pergi. Memang lenguh tangan aku, ko. Rasa macam nak keluar musle dah ni. Muahahahha. Lama jugak kami berkayak, sebab brader tu kata, boleh berkayak sampai kol 7. Tapi tak dayalah pulak nak lama-lama sangat. Dalam 6 lebih gitu kami dah surrender. Rasa macam 1 accomplishment jugak, berkayak sampai dekat nak sampai dah ke Pulau Renggis tu.
Itu Pulau Renggis
Balik jek bilik, kami habiskan roti yang aku bawak tu. licin sumer roti. Kebulor semacam lepas berkayak tu.  Muahahahha. Lepas tu solat maghrib, kami naik motor ke luar resort dan makan dinner kat satu restoran ni. Ya Allah, lamanya menuggu, tapi makanan sedap so worth the wait. Lepas tu kami balik semula ke  resort, dan konon-kononnya nak karaoke. Excited aku, sebab Ed ni tak pernah karaoke. Sepanjang 8 years aku kawen dengan dia, tak pernah kot, aku dengar dia nyanyi a full song. Sekali tu, takde orang jaga the karaoke. Boring aku. Si Ed pon ajak blah jek. Alaaaaaa. Lepas tu balik bilik;pengsan.

Malam tu, aku register untuk ke Mukut Waterfall. Nak ke air terjun tu kena naik bot, cukup 10 orang baru boleh pegi. Register jelah dulu.

Tu updatre hari pertama. Sekarang ni nak tunggu redup sikit nak gi berkayak lagi.

Sunday, June 26, 2011

Chilling...

Aku kat Tioman sekarang. Tengah layan Filem Cintan Tamil. Hahaha. Best! Petang nanti baru pergi berkayak kot. Lepas habis cerita. Kaki lenguh.

Thursday, June 23, 2011

Tak sempat nak update.

Busy giler, tak sempat nak update. Busy dengan tah haper-haper entah. Siang kerja lah kan. Malam tengok tv, main game, masak, angkat baju lipat baju. Eh lipat baju, Ed tolong. Busy la tu kan. Pastu campur dengan konon-konon baca journal lagi. Haaaa. Memang la busy kan.

Owh aku nak psiko si Delinn nih. Sis, aku dah jumpa SV minggu lepas. Minggu ni jumpa balik SV committee, haaaa makanya bergerakla kan aku punya research tu? Ko apa progress? Jangan cakap baru habis baca 2 novel, OK. Gi sambung baca journal. Malam ni kena tulis 2 mukasurat, thesis tu. 

Bukan main la kan aku ni. Macam la banyak sangat yang aku baca pon. Dahla kena bagi proposal baru kan. Setakat ni proposal baru diterima. Besarkan lagi skop pengsan! Tataulah akan datang cemana. Dah jumpa SV every week pon boleh kena reject lagi proposal. Tatawlah nak kata apa. 

Ok aku malas nak buat update masakan hari ni, so aku nak update aku gi makan2 kat restoran baru. Restoran ni kat Bangi. Little white cafe. Sangat lah cantik tempatnya. Konsep english cottage gitulah. Makanannya westernlah. Ada tulis fine dining kat menunya. Hmmm Kalau fine dining nih, harganya pon sangatlah fine kan. Aku tak larat nak tulis satu-satu pasal the meal. So aku letak gambar sekali harung jek. Nah ni apa yang di makan. 

Hishh payahnya nak upload, pakai berukband nih. Eh kejap korang pernah google perkataan beruk dan tengok apa yang first sekali google jumpa? Hahahhha.
Owh suka sangat terdistracted aku ni. Verdict of the meal at Little White Cafe, the spaghetti carbonara tu one of the nicest I've ever taste. Aku amek set, so macam-macamlah. Tapi kan, kalo perut kecik jangan amek setlah. Banyak mender. Grilled Chicken breast with pesto tu biasa-biasa jek. Maybe sbb chicken breast kot, aku errr tak gemar sangat. Yang bangang gi order tu kenapa? Arrgghh. The carrot soup with corn tu memang manis sangat. Bukan selera aku. The cheese cake was nice. The salad was a bit dry. 

Pastu hehehe aku tried the macaron. Hehehe. Aku tried perasa strawberry, pistachio and chocolate. So lepas ni tak yah la aku bayangkan dan salivating over macaron. Manisss. Tak suka sangat kot. Pelikkan manusia ni, kadang-kadang you are salivating over something yang ko tak pernah makan, tapi ko agak-agak macam sedap jek.  Bila habis jek dan bayar...... mmmmaaaaaaakkkkkk... tu pasal la dari last week aku dgn Ed makan roti dengan cekodok je kat rumah. Budget lari. Muahhahahaha. 

Sabtu ni nak gi buat roti lagi. Si olin dah call. Ajak buat roti. Hahahaha. Semangat. Pastu tu esoknhya  aku nak berlepas ke....... ke mana?.............tungggguuu.............

Saturday, June 18, 2011

Weekend cookout

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Sebab dah janji dengan kawan-kawan maka, aku update la sikit weekend cookout session dengan anak-anak buah aku. Dek kerana rumah ku sempit, aku angkut breadmaker oven Noxxa tu ke rumah mak aku. Yes, Ed tolong angkutkan ke rumah mak aku. Sampai sana jek, anak-anak buah aku dah tunggu, dan aku terusla buat doh roti tu. Sumer mender aku suruh diorang measure, saja jek nak get them involve from the earlier process, tapi aku dok sebelah la dan perati betul-betul, kalau tumpah cepat-cepat lap, karang letih nak ngemas. 

Lepas masukkan doh roti dalam breadmaker tu, aku bukak tikar kat ruang tamu gitulah dan start arranging equipments. Pastu aku toast kan sesame seed. Aku suh si abang gratekan cheese olin pulak tampal kertas minyak kat semua baking tray. Aku naik solat dulu, soh bebudak tengok TV dulu, sementara tunggu siap the doh. Kali ni doh aku tak lembik sebab aku dah kurangkan airnya dengan agak banyak. Hahahah yes. Semua roti tu aku roll kan and shape. Si olyn tukang sapukan egg wash dan sprinkle sesame seed. Untuk pizza laks, aku buat pizza letak hot dog jek, sebab tak jumpa peperoni. Si abang potongkan hot dog tu kot. Untuk mak aku aku buat roti kacang merah. So ni hasil roti hari pertama. 

Roti kacang merah dan sausage roll

Melted cheese and hotdog buns

sausage roll favorite bebudak

Pizza hot dog

Esoknya pulak, for dinner aku dan mak aku masak special sikit sebab ramai-ramai masa tu kan. Aku buat nasi dan daging beriani. Mama pulak buat dalca dan ikan tenggiri masak merah. Aku merasmikan aku punya Noxxa pressure cooker tu hari ni. So hasilnya memuaskan la jugak. Aku rebus dhal tu 5 minits jek instead of more half an hour kalau rebus biasa. Rebus tulang pulak 15 minit jek instead of 1 hour, dan isi daging tu memang lembut. Kalau tambah 5 minit lagi memang berderaila daging tu dari tulang. Masak daging beriani tu 20 minit gitulah, walaupun bapak aku beli daging yang bahagian-wa-lepat-liat gitu. Aku pernah ko, masak daging beriani tu almost 5 hours nak kasi bebetul empuk. Gerammm. 4 jam masak malam, tambah sejam pagi plak. Sebab tak beli bahagian batang pinang or bahagian yang kurang berurat tu.
Nasi beriani yang pucat. Next time aku letak kaler2 sikit

Daging beriani

Ikan masak tomato, mama

Dalca mama. Esoknya makan dengan roti canai. Perghhhh.
Selepas makan tu, aku actually ada satu lagi batch roti. Aku dah penat dah sebenarnya. Nak balik rumah tido jek rasanya. Aku pikir aku pack dan freezekan jelah doh tu. Esok2 aku buat. Sekali si Olin tanya, cekna tak jadi buat roti ke? Aku jawab ler takde orang nak tolong. Laa kan kitorang semua tolong. So malam tu bebudak ni semua tolong termasuk kakaknya. Anak buah yang paling kecik jek dok mundar-mandir tanya mana roti hotdog dia. Biasalah dia tu, tau order jek. 

So yang kat bawah ni hasil roti hari kedua.

Pizza sausage mestilah ada kan

Roti kacang merah dan roti raisin

roti berasaskan sausage gak. Apalah nak bagi nama kat roti ni.

Seafood Pizza. Kali ni aku rajin sikit and peeled the udang. But tak jadik letak sotong takut jadik basah sangat. Dan aku malas nak goreng kering kurangkan airnya tu.

Aku angkut bawak balik rumah pizza. Tak larat nak makan masa tu
 
Of course tidak ketinggalan roti hot dog ordered by baby
 Hasil kedua-dua hari adalah baik. Roti senang nak shape, sebab tak lembik sangat. Suka gak sebab aku nengok mak aku makan gak roti kacang merah dan kismis tu. She's not a big fan of roti, tapi roti panas-panas who can resist. Tapi cam pizza gitu, still tak leh diterima dek tekak dia lah. So habis baking semua dekat pukul 1 and we still have to kemas and balik Kajang. Tu yang Ed decided that we leave both the oven and pressure cooker dulu. Penatla dah pagi buter gitu nak angkut barang2 pakai troli bagai to our apartment kan. So I said bye-bye to my breadmaker-over dengan berat hati. I missed it already. Kalau ada kat apartment sekarang nih,  nescaya aku buat pretzel malam ni, hahhahah.

Owh ya, hari tu kan aku cakap aku ada buat kek gula hangus kan. Hmmmm hasilnya tak seperti yang kuharapkan. Kenapa entah dia jadik dua layer. Jadik lobang2 tapi kecik2 sangat. Teksturnya akan-akan dah kek gula hangus, cuma lobangnya tu tak besar-besar dan tak smooth sangat. But at least tak ler rasa cam sponge cake cam aku buat dulu. Hahahhaa. 

Nampak tak layer gelap sikit dan yang terang sikit tuh. Argghhh
Aku rasa cam nak conclude jek, that I am lousy at baking cake. Thus explaining why I don't bake cake. Pastu cake ni kan, manis, pastu kalau dah banyak2 gitu, saper nak makan? (err tapi dah habis pon sebenarnya..)Aku dengan Ed gak le berlawan-lawan naik badan nanti. So I better stick to buat roti and pizza jelah. Anak buah aku cakap, sedaplah cekna boleh bukak kedai. Ed kata, lingkup kedai kalau letak topping dan cheese cam cekna ko tu, muahahhaha. Alaaaa baru nak berangan.

Friday, June 17, 2011

Nanti aku update..

Last weekend memang sesi memasak sampai lebam. Hahahah. Aku dah resize gambar tapi takde mood nak buat update lagi. Busy sikit pon ye minggu ni. Sekarang ni mesin buat roti tu kat rumah mak aku. Seb baik ada kat sana. Semalam aku rasa down sikit, pasal study aku tuh, terus rasa nak buat roti. Kalau breadmaker oven tu ada kat rumah aku, nescaya ed terpaksa makan gak walaupun dia kenyang. Muahahaha. Ko paham tak obsesi itu?

Hari tu aku down, aku masak hashbrown caserole pastu bawak gi opis. Asal down jek gi memasak ker? Tak paham-tak paham. sejak bila jadik cam tu pon tataw. Padahal masa masak caserole tu, aku nyer oven lama punya pintu tak leh tutup, ko. Boleh tutup 3 suku jek, sampai kena tutup ngan towel tanak kasi heat keluar, muahahahah. Aku pon tak paham kegigihan itu..dek kerana breadmaker oven takde aku pon dok meluah perasaan jelah kat ed sampai keluar air mata. Si ed ni kenalah tadah tinger. Tak perasan pulak aku, melilau tak mata dia carik BM oven tu ada ke tak?muahahahha. Tu ler escape route dia dari kena menadah telinga. Aku kalau masa buat roti memang buat hal aku jek, immensely in my own world. Tengah tension pon aku dok diam-diam jek buat roti. Patutlah dia pon happy semacam jek semenjak aku ada BM oven nih!Mesti dia ajak akuamek balik breadmaker oven tu weekend nih. Muahahahhaa..

Saturday, June 11, 2011

Masak-masak dan pretzel?

Alhamdulillah. Habis dah aku ganti puasa. Syukur sangat. Aku puasa direct jek 4 hari. Hari pertama memang horror, dengan pening dan pedih perut. Esok2 nya aku aku sahur dan makan ubat masa sahur, so alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk puasa.

Hari first aku puasa tu aku tak masak kan. Esoknya aku masakle jugak chili crab tu. so here's the pic.

Sayur takde, tak sempat nak gi supermarket beli. Ni sumer lauk aku beli kat pengkalan kat Kuantan hari tu. Udang tempura, ikan kerisi goreng dan chili crab. Giler tinggi kolesterol, ko.
Esoknya aku buka puasa dengan pasta salad jek. Seperti di bawah. Tapiiii. malam tu aku buat... jeng ..jeng..jeng.. pretzel! Kali ni aku bijak sikitlah, aku halfkan the ingredient. Yelah buat banyak2 karang aku gak yang makan. Pastu sebenarnya yang tak daya ialah tak abis-abis tau membuatnya. Dahla buat on a working day, karang sampai pukul 1 pagi, dok mengshape roti  tak siap-siap. Tak kose aku. 
Pasta salad

Plain pretzel with sesame seed

Gebu dan tak de rupa pretzel
Iyer, memang takde rupa pretzel, tah kenapa dohnya kenyal semacam memang tak leh gentel. Aku tengok le jugak video menggentel pretzel oleh Aunty Anne's tu kat Youtube, tapi memang tak leh roll sampai kurus. Asal aku roll jek, dia mengecut balik. Ahh malasla aku, bila roll tu gemok2 pon terus aku silang2kan. Pastu celup dalam soda bicab yang dah bancuh dgn air panas(style Aunty Anne's gak) pastu letak atas pan membakar. Tak dan masuk dalam oven pon dok mengembong lagi lepas celup dalam air soda bikab tu. Tak masuk oven pon dah takde lobang dah pretzel aku. Lantakla. Bakar dalam 8 minute gitu. Wahlaa..

Hasilnya? Memang sedap. Gebu dan tanpa hesitant aku cakap yang rasanya lagi sedap dari Aunty Anne's tuh hahah. Aku buat plain, cinnamon sugar dan sesame seed. Dapatla 6-7 ketul kot. Ed pon cakap sedap. Esoknya bila makan pon masih lembut lagi. Provided kena simpan dalam air tight container lah. Resepi boleh dapat dari sini.The only thing i changed was aku gantikan the flour to bread flour. Kalau campur maybe boleh jadik crusty sikit, entah. Tapi aku rasa aku suka hari tu punya result lagi.

Semalam tak masak, tadi aku tanya ed nak makan sotong bakar tak ratah2 jek. Dia cakap orait gak. Pastu aku belek2 resipi and came up with this. 

Gemoknyaa sotong!!

Calamari ripieni alla griglia
Alaa sotong sumbat la senang cerita. Tak dan aku nak buat sosnya. Gemok jadiknya sotong tu aku sumbat stuffing. Nak potong cam payah sikit sebab aku takde toothpick nak tutup itu sotong. Kang terkeluar habis lak stuffngnya. So potong dua jelah. Verdict? Hmm so-so jelah. Sedapla lagi pulut sotong  makcik aku buat hahaha. Resipi untuk sotong hape-ke-bender ni ada kat sini

Apa lagi aku masak ek? Owh ni aku buat last week kot, sebab nak ngabiskan mushroom dan cheese. Berkulat pulak cheese tu karang. 


Baked macaroni
Aku buat banyak, so bawak le sikit gi opis. Oren, masa ko ada training kat Bangi ari tu, aku nak buat dah untuk ko, pack siap-siap kan. Yelah dari keciknya Mira, ko cakap nak makan baked macaroni tu kan. Tapi, timing lari lak ari tuh. 

Tu jelah update masak-masak dari aku. Sekarang ni aku tengah nunggu kek gula hangus aku yang tengah baking dalam oven tu.Dulu aku pernah buat. Tak jadik. Jadik cam sponge cake jek. Tak jadik langsung sarang-sarang tu. So I tried another recipe. Mintak-mintakla jadi. Nape entah aku ni semangat semacam jek memasak lah apa lah. Breadmaker oven tu telah unleash the Diva Chef in me kot. Hahhaha. Esok aku ada sesi buat roti dengan anak-anak buah. It's gonna be a fun and tiring day, for sure. Err cam kena angkut the BM oven gi umah mak aku jek.. Pengsan..

Friday, June 10, 2011

Membebel di pagi buta..

Aku tengah buat proposal at 3.20 in the morning. Aku mengantuk sangat lepas buat proposal tadi, I told Ed that I wanna sleep first dan bangun kemudian untuk buat kerja sikit. I need to do at least two things a application letter and a proposal. I need the peace and quite. 

At 3 tadi aku dengar buyni bising sikit kat luar. Apa bender tu ye? Bunyi cam enjin dan cam alarm gitu. Errr alarm apa tu ye? Fire alarm ker? Aku dengar balik betul-betul. Memandangkan aku was agak appropriately dressed, aku amek tudung aku dan bukak pintu. You know what??!!

Anak Pak Arab neighbour kitorang tengah try motorised mini 4WD dia di walkway dekat apartment kitorang! Memang bising giler! Not exactly depan apartment aku. Selang 2 apartment kot. Yang aku sakit hati sangat sebab bapaknya ada sekali and another uncle of him kot.  Tengah bersembang dan observe dengan impressednya and cheering the  motorised 4WD anaknya.. Oh my God. Meradangnya! Aku terus jek panggil, Excuse me! Memula diaorang tak dengar. Aku panggil kuat lagi. Agaknya diorang dengar, terus bapaknya ajak anak masuk rumah dan diorang bersurai. Seriously memang kalau dia pandang jek and we made eye contact, memang aku sound jek. Lantakla. Gila ker, esok ni working day. Neighbour kiri kanan aku semua ada anak kecik. Timbangrasa la sikit.

Diorang ni memang ginila. Most of them are students kot. But mostly the student is the wife. So the husband memang melepak sampai pagi with the kids and diorang cam couldn't care less if they were loud or what. Maybe not all la, but quite a number gak yang perangai gitu. Hisshh.. 

Haa kan dah tetiba dah buat satu update pepagi buter ni. Okay, I got to come back to my proposal. Hardly buat apa pon for that proposal. Actually aku takde idea langsung and err I don't even know what I'm doing. Memang tak tidur la sampai esok. Submission is at 12.30 tomorrow! Ya Allah berilah kekuatan dan ilham untuk menulis ni.

Sekian membebel di pagi hari ni.

Tuesday, June 7, 2011

Berjaya puasa lagi, alhamdulilah.

Alhamdulillah, hari ni hari kedua puasa, bermakna tinggal 2 hari je lagi nak mengganti puasa. Ewah aku ni kan semenjak cuti semester ni, rajen pulak buat update. Almaklumla tak busy dengan assignment. Tapi aku patutnya gigih membaca journal, bukan gigih update blog. Alaa aku tau korang suka, pasal kengkawan blog kita ni dah semakin jarang uapdate blog. Bawak2la update blog korang tu kerap2 sikit. Aku takde bahan nak baca ni. Muahahhaha. Bukan main la kan cakap, kalau aku rajen update. Cuba time aku sebok, hahahah. Maybe start next wek dah kembali jarang2 update, sebab dah dekat audit.

Hari ni alhamdulilah, tak pening kepala sangat puasa. Kerja pon jadik produktif sikit. Takdelah jalan terhuyung hayang cam semalam. Horror gila. Pagi tadi aku sahur, itulah bezanya. Sahur sambil bukak mata separuh. Makan ubat beberapa jenis, goreng keropok lekor losong yg sedap gila dan minum milo. Tengah makan keropok tu, aku terpikir baik aku minum dulu, kang tak sempat kang tercekik aku. Habis jek minum milo, azan pun bergema. Adoih tak sempat minum air kosong. Masa solat zpsubuh aku berdoa banyak2 supaya dimudahkan berpuasa. Alhamdulillah. Mudah sikit hari ni.

So aku nak cuba puasa esok dan lusa terus kasi habis. Memang kena makan ubat masa berbuka dan sahur. If thats the price i have to pay supaya boleh terus menjalankan ibadat ni, aku redha. Sikit je kan ujian tu, ramai orang lain, sakit lagi teruk, teringin nak puasa tapi tak boleh kan. Alhamdulillah.

Tadi berjaya gak masak chili crab, udang tempura dan kerisi goreng. Sayur takde, sebab tak sempat nak gi giant. Sampai rumah kol 6.35, bila masanya nak gi beli sayur kan. gambar ada amek tapi update guna ipad ni maka, takdelah gambo. Aku taip tak banyak typo pon mujur. Tak biasalah pakai keypad ipad ni. Jari aku dah ler gemok2.jari jek gemok, orangnya ok muahahhaha. ( mode in denial).

Owh aku nak share a quote dr rancangan, rawathatinya dekat astro oasis. Tok guru tu share kisah Luqmanul Hakim bercerita dengan anaknya pasal seekor keldai dan seorang bapa dan anak. Or was it memang kisah luqmanul hakim dengan anaknya. Anyway, the story goes something like this. Mula2 bapanya yang menaiki keldai, sedangkan anaknya tidak. Maka orang yg melihat berkata, kenapa bapanya biarkan anaknya berjalan kaki sedangakn dia di atas keldai? Maka si bapa pun turun, dan memberi anaknya naik. Orang yg melihat berkata pula, mengapa si anak sampai hati membiarkan bapanya berjalan kaki, sedangkan dia di atas keldai. Selepas itu kedua-duanya menaiki keldai itu. Orang yg melihat berkata, nak suruh keldai tu mati ker, naik dua-dua sekali macam tu? Akhir sekali kedua duanya berjalan sambil menarik keldai itu, orang di pasar bertanya, kenapa bodoh sangat sampai keldai itu dibiar bersenang lenang berjalan tanpa tumpangan sedangkan kamu berdua berjalan kaki?

Dari situ pengajaran yang didapati adalah pandangan manusia sentiasa berbeza beza dan kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Demikianlah apabila kita terlalu memandang
kepada makhluk dan terpengaruh kerana makhluk.

Aku suka rancangan tu. Dakwahnya lembut melekatdi hati. Dia tak go deep into hukum hakam. All are basic things related to merawat hati. Dan banyak di relate pasal kehidupan di dunia. Oh ada satu lagi interesting thing, adalah soalan dari audience, kalau kita kaya, bagaimana untuk maintain bersederhana? Tok guru tu jawab, bukan kalau,tetapi harus, mesti. Umat islam harus berusaha untuk jadi kaya. Di dalam al quran tidak ada bercerita bagaimana untuk maintain jadi orang susah. Allah swt menekankan zakat, zakat, sedekah, meninfakkan harta. Penerangan zakat begitu detail. Bagaimana mahu mengeluarkan zakat harta, emas, ternakan, pendapatan, perniagaan dan membantu orang lain kalau tidak kaya? Bagaimana mahu membuka sekolah pengajian agama dan menangung perbelanjaan kalau tidak kaya? Tangan kita sepatunya lebih banyak memberi, bukan menadah. Tapi bila sudah kaya, gaya hidup perlulah proportionate. Bersesuaian dan berkadaran bukan berlebih-lebihan.

Sekian, dsri cekna untuk hari ni.

Monday, June 6, 2011

Dah habis ganti puasa?

Aku macam biasalah korang baru nak terhegeh-hegeh ganti puasa ni. Masa syawal lepas berjaya gak aku ganti 4 hari. Kononnya nak ganti terus sampai habis. Bila gastrik, berenti kejap, lepas tu sampai la ni tak berganti. Last-last semalam i made a decision yang aku akan ganti puasa.

Aku ni hopeless sikit, kalau puasa first day memang hampeh. Melepek jek pastu yang aku paling tak tahan, sakit kepala. Memang sakit kepala rasa nak pecah tu. Tapi alhamdulillah berjaya gak aku habiskan puasa hari ni. Memang kena makan ubatla kan lepas berbula tadi. Pukul 3 petang tadi memang aku dah mula sakit kepala gila. Nak concentrate buat kejer pon tak daya. Memang tak produktif dibuatnya. Harap-harap esok ok dah. Selalunya hari kedua dah ok. Cubalah selagi daya. 3 hari jek lagi cenna, come on.

Hilang semua niat nak memasak, sebab pening walaupun lauk penuh di freezer. Balik kuantan weekend lepas, so pagi ahad tu acara biasa pergi pengkalan beli lauk freshly caught. Nasib baik ed ikut, kalau aku gi dgn bapak aku, tah haper-haper dua beranak tu shopping kat pengkalan. So i bought, 2 ekor ikan kerisi, 2 potong tenggiri, 3 ekor ketam, 3 ekor sotong besar, half a kilo of udang and sekor ikan bawal hitam. Tu pon dah banyak kan, imagine la kalau ed takde haper tah lagi aku beli. The last time banyak sangat udang ngan ketam sampai buat crab cakes and prawn cakes hahaha.

Harar-harap esok sihat walafiat, bolehla aku masak chili crab untuk berbuka. Pastu goreng udang celup tepung ke kan. Maakkk gila banyak kolesterol kan. Hari ni update takde gambar sebab aku tak masak. Punya banyak lauk dalam peti, aku beli kfc you. Tu pon terhuyung hayang gi beli, pathetic la aku kalau puasa cam budak kecik. Hahahah. Hopefuly tomorrow i ll feel better. Weekend ni rasanya ada masak besar besaran, pastu my nieces and nephews maybe datang untuk buat apa lagi, rotilaa!!! Yey seronok. Ok, see ya later. Cekna konon-konon nak tido awal malam ni. Hahaha yeah, right.

Thursday, June 2, 2011

Siri Membuat Roti 2

Aku rasa ada few more colleague dan kawan-kawan yang kenal aku in real life yang baca blog ni. Hahaha gila perasan kan. Bukan susah nak trace kawan-kawan yang singgah kat blog ni kan. Tak kisahla friend, kalo korang baca pon, yang penting, pertama jangan war-warkan kat orang, kedua jangan gatal mulut tanya aku pasal blog ni, atau entry aku, or called me by my blog name. If this happen, nampaknya aku kena tukar lagi blog address. Bukan apa, seganla wei. So, kalo korang tau, keep it to yourself. Tak yah verify dengan aku ok. As long as I don't know that you read my blog, I'm fine. Sekian ayat2 perasan dari aku. Hahaha.

Kelmarin aku mc.  Sakit tekak. Kalau sakit tekak tu memang demam, selsema, batuk semua datang la kan. Berdengung telinga aku. Pagi tu si Ed hantar aku gi klinik sebelum dia pergi office. So aku melepek jelah kaedahnya kat rumah tu, sambil main Tiny kitchen kat Ipad tu. Gila addicted ler main game tuh. Hissshh. Not addicted sampai kena menenyeh screen iPad tu setiap 10 saat. But every hour, akan gi tengok update. hahaha teruk gak sebenarnya.

Lepas aku tidur bangun tidur bangun and later solat, I decided I was feeling better and nak buat apa lagi kalau bukan… roti! Hahahha . Stress la si Ed dok makan roti jek. Tapi he's not complaining yet la. Anyways, dek kerana I started quite early aku boleh ler, leisurely tweak the dough, sebab walaupun dah kurangkan air tetappla lembik. Macamana nak buat buns kalau lembik cam tu kan. So walaupun aku tau tak elok add flour time dah nak siap knead tu, aku add gaks. Oh sebelum tu roti wholemeal yang tak abis dah jadik mini pizza. Hahahah. 


So here are some steps yang aku guna masa buat bread tu. Eii malu kat Jojoe. 


Aku masukkan air, telur, butter, shortening, bread softener (cam softlan jek kan softener nih), gula, garam, susu tepung, bread flour dan yis. Jap, Joe bread flour dan high protein flour sama ker? Kalau soklan bodo, sorry ok. Hahha. Masukkan dalam the Noxxa breadmaker oven tu dan press 10 untuk buat dough. Lepas dia knead. Aku biarkan it raise. Ikut jelah timer mesin tu. Aku bukak sekali untuk kacau sikit tepi-tepi tu. 
Melimpah-ruah ko..
Bila dah siap maka aku pon mulalah shape sesedap rasa. Hahaha. Aku tak pernah gi training or whatever tau. Aku gi tengok demo sekali jek, and believe me, tangan aku keras bukan jenis buat kerja kemas dan halus. Bukan apa takdela korang gelakkan hasil kerja aku yang tak kemas cam bakeri tu kan. Dan juga nak cakap, if aku yang garis pakai pembaris pon boleh senget ni can do this, you can do it too.. Ewah hahahha. Ok enough disclaimer dan merepek. Here are example of few buns yang dibuat hari tu.

Gulung sosej

Kerat sampai sosej putus, tapi roti tak putus
Tarik selang seli

Ginilah ropenya.
 
Ini hasilnya. Bapakla gemok. Errr kena pakai tepung sikit je kot.



Ni untuk buat sosej roll
Lilit jangan tak lilit

Rupa buruk sosej roll ku muahahhaha

Bun kacang merah. 

Maafkanlah gambar-gambar ku yang kabur itu. Yelah mana nak uli, mana nak amek gambor lagi. Penuh tepung lense kamera blackberry aku, muahhahaha. Nak amek pakai kamera digital malas nak upload lak karang. 

I learned that tepi-tepi bun pon kena glaze dengan telur sebab kalau tak pucat gila, sampai tak sure dah masak ke belum. Oh aku jugak ada buat roti chese yang jalin-jalin tu. Gemoknya ko. Tergelak aku tengok. Overall it's a good experience for me. Self satisfaction oklah. Takat makan suka-suka bagi kawan-kawan dan family rasa oklah kot.

Roti tu lembut, rasa kalau manis lagi sikit best kot. Cuma dense sikit. Camner nak kasi tak dense aa Joe. Anywyas, itulah update dari breadmaker ku. Kali ni, takleh la letak bahan-bahan tidur pastu tiba-tiba siap kan. Ini breadmaker oven ok, bukan magic oven hahahah. Bolehla tidur kejap sementara kneading dough tu. Lepas tu kenalah ko gelek dan shape it to what's your desired buns kan. Hmmnm aku rasa projek seterusnya, raisin bread, cinnamon roll dan errr pretzel? Muahahhha ambitious ko jangan tak ambitious. And then you ask yourself kenapa ko tak kurus-kurus Cekna? Go figure!