Tuesday, June 7, 2011

Berjaya puasa lagi, alhamdulilah.

Alhamdulillah, hari ni hari kedua puasa, bermakna tinggal 2 hari je lagi nak mengganti puasa. Ewah aku ni kan semenjak cuti semester ni, rajen pulak buat update. Almaklumla tak busy dengan assignment. Tapi aku patutnya gigih membaca journal, bukan gigih update blog. Alaa aku tau korang suka, pasal kengkawan blog kita ni dah semakin jarang uapdate blog. Bawak2la update blog korang tu kerap2 sikit. Aku takde bahan nak baca ni. Muahahhaha. Bukan main la kan cakap, kalau aku rajen update. Cuba time aku sebok, hahahah. Maybe start next wek dah kembali jarang2 update, sebab dah dekat audit.

Hari ni alhamdulilah, tak pening kepala sangat puasa. Kerja pon jadik produktif sikit. Takdelah jalan terhuyung hayang cam semalam. Horror gila. Pagi tadi aku sahur, itulah bezanya. Sahur sambil bukak mata separuh. Makan ubat beberapa jenis, goreng keropok lekor losong yg sedap gila dan minum milo. Tengah makan keropok tu, aku terpikir baik aku minum dulu, kang tak sempat kang tercekik aku. Habis jek minum milo, azan pun bergema. Adoih tak sempat minum air kosong. Masa solat zpsubuh aku berdoa banyak2 supaya dimudahkan berpuasa. Alhamdulillah. Mudah sikit hari ni.

So aku nak cuba puasa esok dan lusa terus kasi habis. Memang kena makan ubat masa berbuka dan sahur. If thats the price i have to pay supaya boleh terus menjalankan ibadat ni, aku redha. Sikit je kan ujian tu, ramai orang lain, sakit lagi teruk, teringin nak puasa tapi tak boleh kan. Alhamdulillah.

Tadi berjaya gak masak chili crab, udang tempura dan kerisi goreng. Sayur takde, sebab tak sempat nak gi giant. Sampai rumah kol 6.35, bila masanya nak gi beli sayur kan. gambar ada amek tapi update guna ipad ni maka, takdelah gambo. Aku taip tak banyak typo pon mujur. Tak biasalah pakai keypad ipad ni. Jari aku dah ler gemok2.jari jek gemok, orangnya ok muahahhaha. ( mode in denial).

Owh aku nak share a quote dr rancangan, rawathatinya dekat astro oasis. Tok guru tu share kisah Luqmanul Hakim bercerita dengan anaknya pasal seekor keldai dan seorang bapa dan anak. Or was it memang kisah luqmanul hakim dengan anaknya. Anyway, the story goes something like this. Mula2 bapanya yang menaiki keldai, sedangkan anaknya tidak. Maka orang yg melihat berkata, kenapa bapanya biarkan anaknya berjalan kaki sedangakn dia di atas keldai? Maka si bapa pun turun, dan memberi anaknya naik. Orang yg melihat berkata pula, mengapa si anak sampai hati membiarkan bapanya berjalan kaki, sedangkan dia di atas keldai. Selepas itu kedua-duanya menaiki keldai itu. Orang yg melihat berkata, nak suruh keldai tu mati ker, naik dua-dua sekali macam tu? Akhir sekali kedua duanya berjalan sambil menarik keldai itu, orang di pasar bertanya, kenapa bodoh sangat sampai keldai itu dibiar bersenang lenang berjalan tanpa tumpangan sedangkan kamu berdua berjalan kaki?

Dari situ pengajaran yang didapati adalah pandangan manusia sentiasa berbeza beza dan kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Demikianlah apabila kita terlalu memandang
kepada makhluk dan terpengaruh kerana makhluk.

Aku suka rancangan tu. Dakwahnya lembut melekatdi hati. Dia tak go deep into hukum hakam. All are basic things related to merawat hati. Dan banyak di relate pasal kehidupan di dunia. Oh ada satu lagi interesting thing, adalah soalan dari audience, kalau kita kaya, bagaimana untuk maintain bersederhana? Tok guru tu jawab, bukan kalau,tetapi harus, mesti. Umat islam harus berusaha untuk jadi kaya. Di dalam al quran tidak ada bercerita bagaimana untuk maintain jadi orang susah. Allah swt menekankan zakat, zakat, sedekah, meninfakkan harta. Penerangan zakat begitu detail. Bagaimana mahu mengeluarkan zakat harta, emas, ternakan, pendapatan, perniagaan dan membantu orang lain kalau tidak kaya? Bagaimana mahu membuka sekolah pengajian agama dan menangung perbelanjaan kalau tidak kaya? Tangan kita sepatunya lebih banyak memberi, bukan menadah. Tapi bila sudah kaya, gaya hidup perlulah proportionate. Bersesuaian dan berkadaran bukan berlebih-lebihan.

Sekian, dsri cekna untuk hari ni.

4 comments:

  1. i like the tazkirah today..tengs for sharing, esp utk org2 takde astro mcm aku..

    ReplyDelete
  2. Mana lah komen aku hilang.. hampeh..
    Aku suka rancangan tu. Approachnya santai dan tok guru dari indon tu best cara penyampaiannya.

    ReplyDelete
  3. Cerita pasal keldai tu mmg aku dah pernah baca masa zaman sekolah dulu rasanya. Mmg 'letih' if nak puaskan hati semua org..

    ReplyDelete
  4. Amy,

    Its good to be reminded of this story again kan. Manusia ni profile nya sama jek memana zaman.ada je tak betul dgn org lain kan.

    ReplyDelete