Wednesday, June 29, 2011

Tioman : 3 hari 2 malam - The Tourist Route

Note : Aku dah sampai rumah. Sakit kaki tangan. Dok atas katil, tapi rasa cam dilambung-lambung ombak lagi. Kenapa la aku ni.. Kat bawah tu update yg aku start tulis from my second day there. Sabo ye, aku update pelan2. Update kejap jek, nak resize and sort gambo yang lambat. 

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Hari ni, hari kedua aku dekat Tioman ni. Bersiaran dari chalet dekat Berjaya Resort. Si Ed tengah tido. Jap gi nak kejut ajak gi berkayak lagi. Sekarang ni tengah panas ceng-ceng. Tak daya nak dok luar. Aku kena start tulis the trip ni. Esok balik dah petang, dan lusanya dah kerja yang aku tengok schedule pagi-petang ada meeting. So aku kena log kan the trip from nowlah. Here goes.

Day 1.
Malam sebelumnya aku tidur dekat ruma mama di Puchong. Siangnya tu aku buat roti dengan anak-anak buah aku. Apa lagi kan. Ed ada tournament volleyball siang tu. So I spent the day dengan kanak-kanak la. Kali ni aku buat roti sekilo one shot. Jenuh nak mengabiskannya. Aku rasa yang menyumbang kepada kelambatan was the oven tu kecik. Berjaya buat 5 pizza, 2 roti kismis, 1 roti kacang, 2 roti pintal hotdog and cheese, 10 or more sausage roll. Penat. Lepas siap-siap kemas dan Ed sampai kami balik rumah kejap utk amek beg yang nak bawak ke Tioman ni. 

BIla patah balik ke rumah mak aku, aku setupkan skype untuk mak aku sembang dengan adek aku dekat UK nun. So sembangler bebudak ni, dan mak aku thru skype. Sampai kol 2 pagi ko. Sesambil tu aku pack some roti untuk dimakan dekat pulau.  Aku yang dah ngantuk dan penat ni, terpaksa cut off kan video call tu, sebab aku nak tido. So kol 2 lebih tido. Kena bangun pagi, flight at 8.40 am. Kena sampai sebelum 7.30 kat Subang SkyPark. 

Tiba-tiba jek, kakak bangun cepat dah 6.45 pagi! Mak aku kejut, kelam kabut aku dan Ed bangun, solat, mandi dan siap-siap. Argghhh dah lambat. At 7.05 gitu kami gerak. Nasib baik Puchong ke Subang tak jauh dan traffic hari ahad memang clear kan. Sempatlah sampai dalam 7.25 am gitu. So kami check in dekat Berjaya Air punya counter dan dapatler boarding pass. Nostalgia jugak masuk Subang Airport tu. Kalau ada A&W lagi kat 1st floor lagila nostalgia. Tempat aku dan Ed tenet masa tahun err 1996-1998. Kelasss ko, tenet dekat airport. Dulu2 aku rasa punyalah besar airport subang tu. Sekarang ni, lerr dah sampai hujung dah. Hahaha. 8.40 am gitu berlepasla kami. 

Aerial Photo

Memang macam jojoe cakap, flight Berjaya Air tu panas yang amat sebelum berlepas. Once dah berlepas, okla. Suspen jugak naik aircraft kecik2 ni. But overall was a smooth one. Alhamdulillah.9.40 gitu sampai le ke Tioman. Sejam jek. Kalau pergi tak ramai, and can afford it, naikle flight. COnvenient, dan jimat masa. Sebab naik kereta, makan masa 5 hours from KL, pastu nunggu ferry ke Tioman yang tak berapa menentu tu, pastu naik ferry dalam 2 hour plus kan. 

Ambik ler beg ko sendiri ok. Takdela, dia pass le kat korang.

Anyways, sampai jek dekat Airport kat Tekek tu, airportnya kecik jek. So ko kena tunggu beg yang ko check in tu dekat pintu keluar. Takde conveyor belt akan bawak ok. Ada transport yang akan angkut beg ko dari aircraft ke tepi pintu tu, pastu silalah amek beg masing2 ok. Lepas tu kena bayar marine conservation fee RM5 per person. Sampai jek, ada transport yang dah menunggu. Lepas tu kami ke Berjaya Resort untuk check in. Cuaca masa tu hujan sikit. Adoiss cemana nak jalan2 ni?
Chalet kitorang. Dekat jek dengan laut. Strategik giler, dekat dengan reception, cafe, pool, dan rec center
The good thing is walaupun kami sampai tu dekat-dekat pukul 10 gitu, kami terus boleh masuk bilik. Tu yang bagus. TAkdelah kena nunggu kol 1 or 2 baru boleh check in. Letak beg jek, dah blur nak buat apa ni? Hujan. BIla nampak hujan cam nak reda sikit, Ed telefon contact yang boleh carikan motor sewa. Lepas tu Ed keluar pergi collect motor rasanya. Aku pulak check internet connection kat bilik. Dasar sangat kan? Yippie, ada 3G connection.

 
So aku pon download ler map Tioman tu sementara nunggu Ed. Sewa motor tu sehari RM80. Tempat2 lain boleh dapat RM70 kot. Manalah nak tau. Tak kose nak browse.  Sehari semalam lah kiranya. Mahal gak, tapi errr lantakla kot. So kami meredah jugak hujan renyai-renyai tu, pergi Tekek. Tak pakai helmet ko. Aku pon terus tukar baju pakai T-shirt dan seluar track jek instead of jeans. Hujan, ko.

Hisshh. Memula, aku gi beli selipar Jepun dulu. Berenti kat satu kedai ni. Semua selipar yang dijual kat situ lembut-lembut semuanya. Lega kaki aku. Kemudian kami ride ke Marine park, nampak orang ramai-ramai tengah feed the fish dan snorkeling. Kami park motor dan jalan ke Kg. Air Batang or they called it ABC, kalau salah tataw aaa. Better la kot panggil ABC tu daripada panggil Air Batang kot, semacam jek aku dengar muahahhaha.
 

Jalan menuju ke ABC. Kena naik bukit-bukit sikit.


Tenang jek kat ABC tu
Hah, ni dah pantai kat area ABC


Kat Tioman ni, bukan banyak jalanraya pon. So kalau sewa motor, you ada access to few places jek. Bentuk muka bumi dia berbukit-bukit sangat so, susah nak buat jalan untuk hubungkan seluruh pulau. Macam dari Marine Park nak ke ABC tu, kami kena hike sikit (sikit jek) to the other side of bukit untuk sampai. Bukannya boleh bawak motor ke the other side. Mat salleh-minah salleh rilek jek, siap angkut basikal lagi dari ABC tu ke belah sini pulau. Dasyat. Lepas jalan-jalan sikit kat ABC tu, kami patah balik. Kami memang dah plan, jangan makan dulu, karang berat nak hike balik. Mengah la pulak nanti kan. Lepas tu lunch dekat Tekek.

Lepas tu kami pusing-pusing keliling resort. Besar gila la resort ni. Memang kalau aku jalan kaki memang tak abis kot. Ada golf course, 2 tennis court, volleyball and basketball court, 300++ rooms, few restaurants, water recreation center dan  semua adalah. Kubor pon ada.  I think they built banyak kemudahan supaya resort ni self sufficient. Yelah, bukan ada mender-mender kat luar resort nun. Takat kedai kecik-kecik adala. Kiranya, kalau ko tak keluar resort pun, you should have tonnes of funlah. 

Kami nampak ler, kayak kat water rec center tu. Tanya dia berapa ringgit. Katanya RM40 for 2 persons. So kami balik bilik dulu, lepak jap, minum-minum dan solat. Sebelum keluar balik pergi berkayak. Ed tanya.

Ed : Betul ke nak berkayak ni.

Aku : Betulla.

Ed : Cam suspen jek.

Aku : Suspen gak, but jomler conquer the fear. Pakai life jacket kan. 

Cewah aku  cakap macam confident. Padahal dalam hati takut gak. Last aku berkayak was errrr 1994 kot. Kat sungai Kuantan. Tak ingat dah teknik ke haper ker. Ed lagilah. First time ever. But we went anyways, buat muka toye jek cam berani. Aku lagila kena buat muka double confident. Ed tu gamaknya kalau nampak aku doubt sket jek, terus tak jadik kot. Hahaha. So off we went to berkayak. Memula memang takde rhytm. Tersenget jek perginya. After a while, makin confident. Kemudian kami nampak 1 kayak menuju ke Pulau Renggis. Kami pon nak pegi jugak. Dekat dah nak sampai pulau tu, banyak la pulak bot lalu lalang masa tu, dah beralun-alun semacam. Kecut perut aku. 
Aku dan Ed kah dalam kayak itu?
Aku cakap jugak dekat Ed jangan pandang belakang. Jangan pandang bawah. Hahhaha nanti suspen kan. Eye on the destination. Eye on the prize. Tapi dek kerana memang tak benti-benti bot laju lalu, dan menyebabkan kayak kamu terhuyung-hayang, kami head back to the shore. Masa tu baru tengok bawah, maaaaaakkkkkk dalamnya dan jauhnya kami dah pergi. Memang lenguh tangan aku, ko. Rasa macam nak keluar musle dah ni. Muahahahha. Lama jugak kami berkayak, sebab brader tu kata, boleh berkayak sampai kol 7. Tapi tak dayalah pulak nak lama-lama sangat. Dalam 6 lebih gitu kami dah surrender. Rasa macam 1 accomplishment jugak, berkayak sampai dekat nak sampai dah ke Pulau Renggis tu.
Itu Pulau Renggis
Balik jek bilik, kami habiskan roti yang aku bawak tu. licin sumer roti. Kebulor semacam lepas berkayak tu.  Muahahahha. Lepas tu solat maghrib, kami naik motor ke luar resort dan makan dinner kat satu restoran ni. Ya Allah, lamanya menuggu, tapi makanan sedap so worth the wait. Lepas tu kami balik semula ke  resort, dan konon-kononnya nak karaoke. Excited aku, sebab Ed ni tak pernah karaoke. Sepanjang 8 years aku kawen dengan dia, tak pernah kot, aku dengar dia nyanyi a full song. Sekali tu, takde orang jaga the karaoke. Boring aku. Si Ed pon ajak blah jek. Alaaaaaa. Lepas tu balik bilik;pengsan.

Malam tu, aku register untuk ke Mukut Waterfall. Nak ke air terjun tu kena naik bot, cukup 10 orang baru boleh pegi. Register jelah dulu.

Tu updatre hari pertama. Sekarang ni nak tunggu redup sikit nak gi berkayak lagi.

8 comments:

  1. hahaha aku pon saspen naik katebang kecik tu.. rs mcm nak jatuh ke apeke.. tapii okey je..

    ujan.. patutla pic ko cantik warna ala-ala fresh gitu. ms kitorg panas berdenting.

    cayalah kayak sampai renggis! .. aku hanya pandang je kayak tu.. si kecik sume nak ikut.. karang manalak nak letak..

    hv the same feeling sejak ada klia.. rs mcm.. keciiiknya airport ni padehal zaman dulu dapat jemput org kat foyer pun dah rasa gah sungguh airport tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. update yg best2 ek..bape kos pegi tioman ni? aku cam rindu plak nak pegi beach..mesti menenangkan ..boleh mandi laut bagai, suka pantai yg cantik camni x la hitam cam PD nun.

    ReplyDelete
  3. Joe,

    Kalau panas berdenting tu yang gambo lawa sis.. Gambo aku tu macamberawan jek so laut tu tak nampak biru sangat. Tu ler, dah pergi berdua boleh ler berkayak gitu kan. Tapi berdebar gak sebenarnya. Walaupun ada life jacket.

    Memang ler rasa airport subang tu kecik giler. Cam kejap jek ko jalan dari hujung ke hujung. kalau dulu, siap tak jumpa carik si Eddi tengah keramaian orang tu. Camlah besar sangat Terminal 3, Subang airport tu kan.

    ReplyDelete
  4. Delinn,

    Ko pon dah pegi kan Tioman nih..

    ReplyDelete
  5. Mawar,

    Fly and stay utk 3 hari 2 malam, dalam 599 per person gitu. Beli masa Matta fair. Aku nampak harganya sekarang macam mahal sikit. Janganler compare pantai belah2 mengadap selat melaka nun. Ko tak yah gi pulau, ko gi TC or BAtu Buruk pon dah cukup cantik dah. As long as mengadap laut cina selatan kan.. Sila browse island.com.my untuk berangan..hehehe

    ReplyDelete
  6. tula aku pun heran naper mcm kecik sgt.. kot dulu luas.. smpai nak sesat jugak bak kata ko.. rupanya dah dikecikkan la beb.. aku wiki jap tadi.

    ReplyDelete
  7. Lerr ye kerr. No wonder cam kecik benor...

    ReplyDelete