Thursday, August 16, 2012

Checkup at 26 weeks and mama's update

Assalamualaikum wbh, 

Semalam ada checkup dekat Sunway. Malas nak tulis panjang2, so buat update in point form pon kira ok la kan.

On the checkup
  • Tunggu lama la jugak, as always, melepek aku
  • Weight aku turun half a kilo gitu and BP is good. 
  • Heartbeat baby 154 bpm, baby weight 880 g. Berat baby naik, berat mama turun?! Takpelah, janji berat baby naik dan healthy sudah. Next 3 weeks, doc target weight baby dah 1kg. 
  • Air ketuban cukup, kepala baby kat bawah, plasenta kat atas
  • Tried buat 3D punya scan tapi, once nak scan muka jek, baby terus tutup muka. 1 tangan kat half of the face, satu lagi kat dagu. Baby malu ye, heheh. Comel gila. Kaki dok lonjak-lonjak. Berombak-ombak perut mama. So sonographer kata lain kali lah buat 3D scan tu.
  • Doc kata, looked good, takde contraction and the cerclage is in place
  • My lower back pain/pressure tu doc cakap, sebab the simpul of the cerclage tu menekan the lower back, especially bila duduk lama
  • Doc ckp boleh travel tapi, kena berhenti every sejam untuk jalan-jalan dan kurangkan pressure on the lower back
  • Doc cakap, after 28 weeks,we are out of the danger zone. Insyallah. Hold on ok baby. Ya Allah lindungi kami, Ya Allah. 
  • Next checkup kena buat glukose test tu. Sure kantoi. Adess. 
  • 6.45 ptg baru siap semuanya, so beli makanan kat hosp, dan berbuka dalam kereta. 
Overall, alhamdulillah, syukur sangat baby tak apa-apa during the travel baru-baru ni. Now tauler kenapa sakit sangat bontot hari tu.

Mama and Baba's update
  • Mama dah discharge semalam, terkejut aku. Isnin operate masuk besi. Rabu dah discharge? Nervous kitorang semua. Mama tu angkat kaki pon tak leh.
  • So now mama dah balik ke Jengka. Tak balik Puchong, sebab rumah KL ni dua tingkat, susah nak gerak. She is using the wheelchair at the moment. 
  • Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, supaya mama sentiasa dikelilingi orang yang akan membantu dia. Ya Allah, terima kasih atas bantuanMu Ya Allah.
  • Ed suggest, aku balik Jengka dengan adek aku hari ni dengan adek aku. So kiranya kami raya asing-asingla, Nanti raya ke-3 dia akan turun sana. Mama tak kasik, katanya ada orang jaga dia. Dan dia risau aku travel tanpa Ed. Adehh, sumer orang takut nak bawak aku. So insyallah, Raya ke-3 kami akan bergerak pelan-pelan ke Jengka.
  • Baba dah tukar cast, dari simen yang berat ke fiber. So ringanla sikit. Dia kata gatal gila dalam cast baru tu. Masa bukak nak tukar tu, dia amek kesempatan garu puas-puas dulu, hahahha. Gout dia dah kurang dah. Alhamdulillah. 
  • Panjang lagi road to recovery ni, but aku doakan semoga Allah mudahkan recovery mama dan baba, serta lindungi diorang selalu. 
Lastly, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan mintak maaf salah silap kalau ada kata-kata aku yang menyinggung sesiapa. Travel baik-baik balik kampung tu. And, jangan sebok sangat nak beraya tu, Ramadhan ada lagi nih, kejar-kejar pahala yang banyak nih. Take care korang. 

14 comments:

  1. Cekna, AlhamduliLlah happy sgt2 dgn semua cerita di atas. Dah scan 3d tu, sure Dr dah bgtau gender kan? Hehe

    k.ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah tau, tapi nak confirmkan jelah. Dalam report yang dapat sebelum ni dah mentioned gender. Kasi surprise sikit2la aunty2..

      Delete
  2. 26 minggu dah! rasanya baru je ko announce pregnancy kan..happy for u cekna..

    Semoga emak diberi kesembuhan dengan cepat ye..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan dalam macam-macam complication, dah reach 26 weeks dah pun kan. Alhamdulillah. I am still nervous though. Doakan yang baik2 ye. Moga mama cepat sembuh.

      Delete
  3. Hi cenna, sorry lambat komen..alhamdulillah baby sihat dan you already in 26 weeks..moga dipermudahkan lagi ur pregnancy journey ni, mesti best raya mkn mcm mcm pun x ras bersalah punyaaa heeee...

    Dan syukur mama cenna dah discharge, insyaAllah she will be in good care. So cenna jgn risau sgt ok.

    Selamat hari raya
    Maaf zahir batin

    Selamat hari raya baby dlm pewooot tu jugekkk heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar,

      Amin. Alhamdulillah,mudah2 an Allah permudahkan the journey onwards ni. Makan tak pernah rasa bersalah sis, hehehe.

      Tulah, now adek aku yang jaga mama dan baba, alhamdulillah adek balik.

      Delete
  4. Wow...dah tak lama lagi dah tu. insya Allah, pelan-pelan kayuh...

    Selamat Hari Raya Arena, maaf zahir dan batin. Moga semua dugaan menjadikan you kuat, ada hikmah di sebalik kejadian...my good wishes and speedy recovery to your parents. Moga dipermudahkan segala urusan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan MA, macam tak lama dah. Eii seram.

      Itulah, semoga Allah lindungi mereka dan ease their recovery. Thanks for the wishes.

      Delete
  5. Beb jengka tu rumah saper..dekat dah ah dgn kpg zul. Aku nak visit boleh? :)

    ReplyDelete
  6. lega bila baca semuanya dah okey ;)
    selamat hari raya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya getting better. Mama belumla ok sangat. Tapi recovering lah. Ya Allah permudahkanla urusan kedua mama dan baba. Amin

      Delete
  7. Alhamdulillah.semoga segalanya baik2 shj.raya pertama umah ed? Aku tak leh makan rendang..waaaaa!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dee, raya kat belah Ed dulu. Raya ke-3 baru gerak ke Jengka. Pantang tak leh makan rendang ek, adessss..

      Delete