Saturday, August 4, 2012

Maxi from Hijabi Boutique. Lawa, ko.

Assalamualaikum wbh, 

Dah 2 minggu kita puasa kan. Sekajap sangat rasanya. Korang yang kerja seronokla kan dapat long weekend. Eh yang kerja dekat Selangor dan negeri-negeri yang ada cuti Nuzul Quran jelah kan. Hehehe. Aku tak rasa apa-apa sangat, cuma I got more time with Ed at home jelah. 

Asyik cerita pasal hospital visit je kan aku nih, eh sebelum tu tengok kat ticker tu, alhamdulillah dah masuk 24 minggu. Sikit lagi, akan masuk 3rd trimester. Ya Allah mudahkanlah dan perkenankanlah permintaan hambamu yang lemah ini. Risau tak habis-habis aku ni, but I guess memang untuk mereka yang took some time to conceive cam aku nih, memang akan worry sampaila deliver gamaknya. That is our normal, I guess. 

Anyways, aku nak cerita bender lain sebenarnya. Heheh, Semalam aku dapat parcel. Hehehe, my first online purchase. Sebelum ni pernahla beli online, but normally aku tak beli barang, aku beli cam tiket flight, bayar hotel bookings gitulah. This time around aku beli barang. Belum, aku belum beli barang baby, aku beli, hehehe. Maternity maxi!

Aku dok meleleh air liur tengok maxi kat website Hijabi Boutique nih. So I finally make the plunge beli gak. Nyesal aku beli lambat, yang aku berkenan banyak habis. Especially bulan puasa ni, aku rasa laku macam goreng pisang panas maxinya. Serius lawa-lawa ko. Yang maternity memang limited sikitla kan rangenya, but kalau size biasa untuk korang yang tak pregnant tu, pengsan okeh. Meh aku letak some yang aku sukeee sangat, tapi aku tak leh ler pakai. Korang sure boleh pakai ni. 

Lawa okeh


Arghh cantiknya

Yang ni pon aku suka gak

Suke giler yang ni.

Yang aku beli design akan2 macam ni.








Suka gak ruffle skirt nih.
All pictures credit to Hijabi Boutique. Sorrila aku download the pics from thumbnail, so bila besarkan, gambar jadi tak sharp. Silalah korang ke website Hijabi Boutique tu dan berangan. Kalau berkenan cepat2 grab, sebab kalau ko tunggu jek, lepas tu terus sold out ko tau. Aku pon banyak dah terlepas yang lawa-lawa disebabkan indecisiveness aku nih. 

Geram aku nengoknya korang tau tak. Aku beli 2 pasang, 1 yang plain 1 lagi yang 2 piece. Cantik sangat jatuhnya maxi aku. Dua2 tu jenis cam kain jersey gitu. Jahitan pon cantik sangat. Ni yang aku beli. Sorri ek gambar kabur. Pakai BB jek dan lighting kat bilik rumah mak aku nih, memang suram sikit. 

Aku suka lengannya dan pleat dekat depan maxi ni. Tak nampak dalam gambar ni

Haaa ni gambar aku bersama maxi dan 24 weeks pregnancy.

Nampak tak bantal maternity theraline kat atas katil tu. Punyala best bantal tu.

Ni yang 2 piece. Actually aku nak kaler lain, sold out pulak. Frustnya.

Kalau bukak cardigan tu nampak ler perut aku.
Aku tak retila amek gambo depan cermin ni. Camana orang buat aaa? Giler besar tangan aku bila amek gambo gini. Cam tangan bini giant jek jadinya. Aku suka sangat-sangat both of my purchase. Cam nak beli lagi jek. Hahha. Best3x. Oh ya, maxi yang plain hitam tu mak aku nak boh bling-bling. yehaaa. Tak sabarnya. Nanti dah siap aku tunjuk eh.

Oklah korang selamat berangan. Hijabi boutique ni servis cepat, aku place and confirm  order hari senin ptg, Khamis pagi dah dapat. Suke..suke..suke. Aku tak dpt komisen apa2 pon promote website diorang ni. Cuma aku appreciate quality dan servis yang baik dari sellers macam ni. Oklah tu  jek update dan review dari aku. Selamat berhujung minggu. Jangan lupa banyak-banyak baca Al-Quran tau. Take care people, *hugs.

12 comments:

  1. mmg cantik la! dulu aku, dee n fiya penah gii one butik ni try maxi.. masa tu dia satu2nya yg ada walk in store,,so bole la try. sekali yg renek mcm aku ni pakai berjela-jela pulak maxi tu..fitting pun cam tak masuk... tgk patung pakai lawa tau. mebi sbb aku bukan cutting model kot hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, pastu diorang ni rajin update stok tau. Bulan puasa i, every week or every few days ada design baru. Tu belum masuk yg pre order lagi. Kena tengok sizing dia kot joe. Aku amek yang maternity so sizingnya, is XL to 2XL, yg comel2 semuanya sizing S-L, bila tengok ukurannya, aku tau sure tak muat tang bust and waist tu. so kena tengok gak ukuran sumua tu.

      Delete
  2. Ko nih buat aku terliur ler, yg pink dan merah tu comey nyer tapi yerlah mcm jojoe cakap...rendang rendang elok ker? Lagi satu ko beli size aper weh? Aku berkenan yg lace purple under nursing friendly tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Like i mentioned above kat jojoe, disebabkan aku tinggi dan tgh pregnant ni, aku amek yg saiz XL-2XL, ngam2 canik jatuhnya, dan boleh pakai probably sampai bersalin kot rasanya, hehehe. Ko kan dah berat ideal sekarang ni, sure cantik jek pakai maxi, hehe.

      Delete
  3. salam arena..cantiiiikkkknya... nak pergi terjah kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anie,
      Cantik kan? Iyer, sila la pergi terjah hehehe.

      Delete
  4. Aah cekna..aku..jojoe ngan fiya ada g kedai bju mcm ni.tp mmg bukan tuk aku dan jojoe lah.fiya mmg boleh sbb dia tinggi.ko tinggi kan cikna. Cun ko pakai.mana perut ko???kecit je aku tgk.kalau aku..4bulan dah mcm org apa. Tp bb kecit je kuar. Perut tebal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, maybe sebab aku tinggi so maxi tu jatuh dengan cantikla jugak. Suka sangat. Kalau amek size kecik2 pon tak leh ker, tapi kena alter la sikit bawah tu. Eh ada la perut. cutting maxi pink tu kot yg meybabkan perut tak nampak. kalau aku pakai baju kelawar/kaftan haa masa tu baru nampak punyala besar perut, sampai aku pon seram. Doc kata baby tu punya size on track. Next visit should be aournd 800++g, dan by 28 weeks doc nak nengok dah reach 1kg.

      Delete
  5. Assalamualaikum.

    Saya ni silent reader tapi pasal dress Hijabbie boutique tu saya pun komen la.

    the last picture tu saya pun ada sepasang. So far saya dah beli more than 12 dresses. Berbaloi juga tapi saya kena potong sebelah bawah.

    Ahkak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaakk, dah beli 12 pasang dresses.. Memang suka sangat tu. Harga dia pon snagat2 berpatutan kan. Owh kena potong jugak belah bawah, so takleh la beli maxi yang 'berkaki, sayang bila potong kan.

      Delete
  6. Chenna, add lah k.ina semula kat blog lg 1 tu... Hehehe... ina.wuh@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ina, saya dah invite la kak. Tak dpt invitation ker?

      Delete