Sunday, April 22, 2012

Got my cooking groove back

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Minggu ni aku appetite aku dah improve. Tidakla back to normal but improvingla. Semalam pegi beli barang dapur sebab nak masak. Teringin nak makan nasik lemak home made. Ada few things yang aku terasa nak makan, mostly semua yang kena masak sendiri. Larat tak larat jelah. 

Memula nak gi Giant. But Ed cakap malas nak gi, so we went to kedai barang basah dekat apartment ni je. Bagus gak kedai kecik jek, cepat nak grab everything and takde beli barang ngarut-ngarut as apposed to buying things dekat Giant. List sikit jek, nanti beli tah haper-haper. 

Balik tu aku rest dulu sebab sakit belakang gila. Sebelum tu keluar sekejap. Lepas maghrib baru aku start masak. Memula kenala peel garlic kan. Eww. Instead of chopping the garlic, aku terus masukkan dalam blender kering dengan bawang merah. Selalunya aku ketuk dan chop jek. Tapi sure kuat bau kat tangan. Lepas tu masakler sambal tumis udang. Ed jenguk-jenguk dapur, pastu dia hantar kerusi kat aku. Dia cakap kalau penat duduk kejap. Hahaha. Macam ler boleh masak sambil duduk. But takpelah, it's the thought that counts.

So here's the nasi lemak.


Nasi lemak, sambal tumis udang, bilis goreng, udang celup teoung, telor goreng dan timun jepun




Ed cakap sedapnya com. Dah boleh kalahkan nasi lemak zaman. Perghhhh. Bangga aku. Muakakakka. Tapi dia cakap tang sambal jelah. Sebab nasik kat Zaman memang lemak berkrim. 

Aku : Mesti com lega na dah start masak balik.
Ed : Tak kisah ponla.
Aku : Tapi com suka la kan.
Ed : Suka sangat
Aku : Hahahha

Ed ni memang jenis tak kisah bab makan. Masa aku meloya dan tak makan nasik. Dia pon ikut jek apa tekak aku nak makan. Langsung tak kisah. So adala few night makan roti canai jek. Hahah Sian dia. But macam dia kata, dia tak kisah sangat. Aku ingat dah banyak aku masak. Cam tak cukup jek. Bila habis sambla tumis tu ada banyak gak lagi, Ed tanya. 

Ed : Daun pandan, santan ada lagi tak ?
Aku : Ada. Nak buat lagi untuk breakfast esok?
Ed : Ha'ah, buat banyak sikit eh.  

So pagi tadi, aku buatler nasik balik. Aku tumis sikit lagi sambal tumis tu untuk tambah yang semalam punya. Rebus telur dan goreng crabstick. Habis licin semuanya. Tapi aku leh makan telur tu sebab rebus tak masak sangat.  


So ada banyak lagi projek masak, yang aku terpikir nak buat. Sabor cekna sabor. Jap, timun sejuk ek? Aku noticed every time aku makan jek sure rasa nak semput. Timun jepun tu sedapla. Crunchy gila. 

11 comments:

  1. Semalam pun buat nasi lemak. Beli je senang kan tinggal ngap tapi teringin nak yang homemade. Tp tak buat banyak. Cukup2 nak makan 2 setengah orang (Azra kena kira gak :P). Tumis sambal pun dalam kuali kecik je sbb malas nak maintain kalau berlebih. Senyum je Rul buka pintu bersambut dengan harum nasi lemak. Tu yg priceless tu :)

    ReplyDelete
  2. Btw lupa plak nak tanya. Baby ni baby ke babies?

    ReplyDelete
  3. seronok kalau hubby puji-puji , kan

    ReplyDelete
  4. yerp, timun sejuk..

    lepas 1st trimester, ko pulun mkn tau..nnti dlm pantang idak la teringat2..hiks..

    suker ko dh berselera balik..

    ReplyDelete
  5. Dong,
    Kalau buat nasi lemak, memang bau satu rumah. Nak2 kalau apartment cam rumah aku nih haa. Diorang ni memang suka makan home made kan. Simple2 pon takpe.

    Baby or babies? Tak conclusive lagila sis. JUmaat ni baru tau insyallah. Doakan yang baik2 ye sis.

    ReplyDelete
  6. Kak PB,

    Alhamdulillah, Ed memang tak kedekut puji bab masak ni. Tu pasal la saya rajen masak kak. Cuma sebab sebelum2 ni saya meloya tu yang dah lama tak masak.

    Oren,
    Timun sejuk ek. Every time makan, mulalah terbatuk-batuk semput. 2nd trimester makan ek. Nanti dah deliver lagi banyak tak leh makan ek.

    Tulah aku pon lega aku dah berselera. Barulah bertenaga sikit. Kalau tidak melepekkk jek.

    ReplyDelete
  7. mestilah dia rindu ko masak
    sbb seblum ni ko sgt suka masak..
    sesekali masakla ;)

    ReplyDelete
  8. Irfa,
    Tulah semangat dia makan bila aku start masak. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Huhuhhu nasik lemak udang.. angah.. sampe ati.. good to see that u got back your makan2 habit.. emmm gonee rupa awok ler ni yek.. :)

    ReplyDelete