Saturday, April 7, 2012

MNJ10 : Post Embryo Transfer the 2 week wait

7 March 2012

Hari ni dah hari ke-4 selepas ET. Aku banyak bed rest jek. Adala aku bangun jugak untuk prepare food dan solat. Lepas makan pon, takkanla terus baring kan. Alhamdulillah, takdelah cramping sangat macam masa lepas buat OPU tu. In fact hari kedua tu aku dah keluar dah, sebab kena gi klinik amek jab tu. HIssshh serius la aku dreaded amek jab ni. Sakit giler. Memang tak leh duduk, sejam dua lepas tu. Tapi apa nak buat nilah yang kena dihadapi. Memang sakit lepas kena jab tu. Adesss. 

Semalam aku ada minum chilled water from the fridge, lepas minum 2 gelas, terus aku cam sengal kat pinggang. Berdenyut-denyut. Sakit gile. Menangis-nangis aku telefon Ed. Ed suruh aku call Sunfert Careline, kotlah apa-apa.  Aku cakap aku sleep it off dululah. Lepas tu aku tidur. Lega la sikit tapi sampai ke malam jugak berdenyut. Hari ni dah takde dah. Saspen aku tau. Lain macam berdenyutnya, sampai aku pergi toilet beberapa kali gak takut bleeding ke, spotting ke apa ke. Alhamdulillah, takde apa-apa. 

Semalam pagi sebelum Ed gi office, aku bagi dia a list of things to buy. Alhamdulillah, berjaya dia beli semuanya. Rupanya kena bagi dia list, barulah dia beli mender yang tepat dan logic-logik sikit for barang dapur. Husbands are not mind readers. Kalau nak roti gardenia biasa, tulis roti gardenia biasa. Kalau nak bawang besar yang merah ke Holland ker  tulis specifically. Bila salah beli mulalah nak sentap-sentap, laaa apsal beli bawang jenis gini. Mana pernah saya masak pakai bawang ni. Manerrrla dia tau kan. Hahaha. So kena bagi list, jangan pesan belila apa-apa, roti ke, ape ker untuk saya masak simple-simple.  Kalau nak best lagi, tulis kuantiti dan brand sekali. Nak kicap kipas udang kaler merah, bawang besar, 10 bijik, kentang 5 bijik. Kalau tak, naaahh ko sebeban dapat, ko jugak yang bengkek. Hahaha, dah terkeluar topic. 

10 March 2012

Hari ni hari ke-6 selepas ET. Tadi per gi Sunfert sekejap. Ingat nak tukar date of Beta HCG test ke 17 March tapi nurse kata ramai sangat, so she adviced better stick to the original date jek. Baru 6 hari jek post ET. Aku nervous breakdown rasanya. This wait is driving me crazy. Tanyalah Amy berapa kali aku sms dia. Kesian ko sis, siang malam kena layan aku. Hahaha. Thanks babe. 

Hari ni jugak first time keluar selain ke klinik amek jab. Pergi warta for makan dan beli barang kat guardian sikit. Kononnya nak beli apa entah lagi. Tak jadik. Perut aku rasa cam cramping gitu. So sekejap je keluar. Sejam gitulah.
First 2 days aku banyak baring jek. Lepas tu kena gak bangun sikit-sikit, kena keluar amek jab, kena prepare makan. Yelah Ed selalu belikan dinner, tapi breakfast dan lunch takkan nak suruh dia beli jugak. Trust me, I didn’t go crazy on the cooking. Simple-simple jek. I did claypot rice (tp dlm rice cooker), nasi bubur, roti makan dgn omellete gitu jelah. Janji tak kebulor, sudah. 

Aku kan amek progestron twice a day. This hormone is making me weepy, muka aku berlambak acne, kulit aku cam kering semacam, bloated, my breast are sore, tummy cramping (ni yg paling aku seram), sakit pinggang dan sesekali pening kepala yang sangat-sangat. I also have to eat on time. Kalo tak nauseous gile aku rasa. I hope this are all signs the baby is implanting and I am pregnant. Insyallah. Saspen ko, kejap-kejap gi toilet. Takut bleeding ke apa ke?  I am going nuts here. Memang doa tak putus-putus la masa ni kan. Nothing much I can do on my side now, memang hanya berserah pada Allah jelah. Ye Allah peliharalah embryo kami ya allah. Kuatkanlah ia agar menjadi anak-anak yang soleh. 

Setakat aku 6 days wait ni aku dah habiskan emm dalam 7 novel kot semua novel yang tak sakit kepala membacanya. Ada yang aku ulang baca. Ada banyak lagi buku yang belum baca from Big Bad Wolf Expo tahun lepas but those books are mysteries, thriller and murder punya buku, malasla aku nak baca. Amy kata tengok cerita Korea. Aku tengah download some romantic comedies, esok2 Ed pergi kerja aku nengok citer tulah.

Pening kepala giler sekarang ni. Nak gi lay down kejap.

23 comments:

  1. Hehe my pleasure babe. Aku pun jadi nervous sama hihi. Tengok romantic comedy ko akan senyum2 angau2 gitu..mesti berseri2 muka n acne pun takmau singgah :)

    ReplyDelete
  2. Byknya buku citer! Nak pinjammmm..erk 6 bijik yg aku beli bbw ari tu pun tak start lagik!

    ReplyDelete
  3. i salute your determination dan kegigihan ko. i have faith that you gonna succeed this time. insyaAllah, dengan izin Allah. But seriusly, aku kagum, apatah lagi baca bab2 yg mengerikan tu. i.e, cucuk sana cucuk sini, sakittttt all the time. adehh...

    you take care ok and hang on there.

    ko nak aku gi lawat ko kat umah dak? kekekekekeke

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, perkenankan doa kawanku Arena. Semoga prosedur ni sukses. amin.

    ReplyDelete
  5. Amy,
    Betul ke nak pinjam? Ko tu ada masa ke nak baca? Aku ni kalau tak kerana cuti tak bacalah jawabnya.

    Delinn,
    Tak yah kagum derrr. Hehehe ramai lagi yang endure macam2 nak conceive nih. Actually I am the lucky ones yang boleh/mampu untuk usahakan ways to conceive.. Noooooo jangan datang..hahhaa

    Joe,
    Amin. Amin. Ya Robbal Alamin.

    ReplyDelete
  6. salam arena.. aku terasa2 insyaAllah good news.. esp when you submitted yourself and your fate to Allah... Allah maha pengasihani..kita manusia kerdil inipun akan kesian kalau tengok orang yang dah berusaha gigih... sekali pun bukan sekarang... He knows best when to give you...Amin. Otherwise He knows better why you cant have it. His decision for you and your life is designed best for you. I hope no matter what, you continue to be strong ya! ..makcik.

    ReplyDelete
  7. Insyallah sy doakan moga ade gudnews aminnn

    ReplyDelete
  8. Salam Arena,

    Rest bebyk..doa bebyk..insayallah
    ada apa2 soalan n kemuskilan kalu kacau je org Sunfert
    di bayar kan diorg tuh..hehehe

    hangin tough yea..

    eyyza

    ReplyDelete
  9. Makcik,
    Lama tak nampak ko. Yelah kita usaha selagi boleh, allah juga yg tentukan whats best for us. Teringat juga ko cerita dulu yg ko endured multiple miscarriages dulu and now dah berderet deret anak ye. Allah beri the best at the best time. Kena yakin tu.

    Fiechik,
    Hehehe sabooo..

    Lf,
    Thanks a lot sis

    Eyzza,
    Tulah memang selalu sangat aku tepon diorang hahaha.

    ReplyDelete
  10. mesti bosan kan sbb banyak bende yg biasa buat x boleh buat :).takpelah..
    masa ni la nak rehat..selamat membaca yer

    ReplyDelete
  11. Salam,

    I just read yr blog. Hopping from blog to blog, terjumpa yours and i enjoyed baca u punya story.

    Alhamdulillah I don't have the problem to conceived but so far i only have boys and my husband mcm dah xlarat nak anak ramai even kami mengidam anak pompuan. Setiap manusia ada their own masalah, hanya Allah yang maha mengetahui dan kepadaNya kita patut berserah/berdoa.

    Normally that's what we feel when we r pregnant. kengkadang kaki cramp (org kata sebab tak cukup kalsium sbb tu cramp), sore breast, pening, loya, sakit pinggang bagai and mood swing tu biasalah hehehehe

    InsyaAllah rasanya u have agood news. Doa banyak2 moga semuanya berjalan lancar. Amin

    ReplyDelete
  12. sian plak kat kawanku yg sorang ni, sakit sana sini, kena cucuk bagai yer. Tabahlah che Na..ni bahagian ko, so harapannya menggunung semoga semuanya berjaya dan berjalan dgn lancar..

    ko tgh mabuk mabuk x sekarang ni? hehehe..ingat aku tahun lepas kemain x larat nak melayan mabuk yer.

    ReplyDelete
  13. Irfa,
    Takpe rest jek la kan sementara boleh. kot dah start kejer balik, tak merasala nak melepek baca buku citer gitu.

    Anon,
    Welcome and thanks for spending the time to read. Allah beri yang terbaik untuk kita kan. So when Allah gave you all boys, maksudnya itulah yang terbaik kan. Tapi kita ni as human, kadang-kadang tak lepas daripada longing for something that we don't have yet. U take care there.

    Mawar,
    Takpe, it's not that bad actually all the jabs tu. Doakan semuanya dimudahkan ye. Mabuk ke tak kena tunggu sehari dua lagi untuk korang tahu yer.

    ReplyDelete