Tuesday, July 24, 2012

Gifts and baby kicks

Assalamualaikum wbh, 


Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa. Syukur, aku masih berpuasa. Esok ada follow up checkup, tataula boleh puasa ke tak, tengokla. Berbuka puasa 3 hari lepas kan main selera sebab makan dekat rumah mama dan bila balik rumah pun, Ed gi amek lauk dulu kat rumah mama dan makan di rumah kami. Selera jek. Bila hari ni makan makanan bazar ramadhan, mulalah aku terkulat-kulat makan.  Sahur pagi tadi nyaris nak terlepas. Aku dah jaga tapi sebab ngantuk sangat, aku off jek alarm tu, seb baik Ed terjaga dah 5.15 am. Kelam kabut bangun dan makan. Aku dah la dengan nak makan sebeban ubat lagi. Alhamdulillah, bangun gak

Baby memang active sangat kicking Ramadhan ni. Pepagi masa dengar Ed mengaji tu memang sampai senak-senak aku dibuatnya. Aku mulai confirm rasa kicking tu lepas keluar hospital. Nurse kan dok asyik soh aku monitor baby movement. Aku ni dok blur-blur lagi, dalam hati dok berdoa moga aku akan lebih alert dengan baby's movement dan boleh monitor. Allah Maha Mendengar, memang 2-3 hari lepas keluar hospital memang movement baby rasa lebih jelas. Aku senyum dan sembang-sembang dengan baby bila dia dok nendang-nendang tu. Kalau dia kick sampai tak selesa, aku gosok-gosok dan pujuk-pujuk dia sikit. Ed pon kekadang pujuk dia gak, especially kalau dia dok mengeras or kicking sampai tak leh tidor tu. Ada masa sampai ter'jerk body aku sebab kuat dia nendang tu. Nanti dia besor sikit tataula camner. Ada masa-masa rasa nak terkencing pon ya. Maybe dia kick tu dekat sangat dengan pundi kencing kot, entah. So kak Izawani, gitulah my experience with the baby kick, hehehe.


Aku nak upload sebenarnya gambar-gambar some of the gifts yang orang bawakkan ke hospital hari tu. Tapi tak sempat. Balik jek sambung bed rest kat rumah, pastu dah start puasa kan. So ni gambar-gambar yang dah basi sikitla kot. But aku nak jugak letak, sebab thoughtful sangat aku rasa hadiah-hadiah diorang ni. 

Ni hadiah dari kawan-kawan office. Diorang datang sehari selepas aku masuk wad. Some of them, baru jek nampak muka aku sekali kat office. Tau-tau dah masuk wad. Yang dalam bungkusan tu ialah 4 magazine kot, Pa & Ma, Harmoni, dan err Keluarga kot. Best-best. Terisilah sikit masa aku membelek-belek majalah dekat hospital tu sambil berangan-berangan beli barang baby. Hehehe. 

 Ni pulak dari bakal adik ipar aku. Dia bawakkan sekali buah anggur dan kiwi sekali, which really helps masa aku meloya lepas operate harit u. Esoknya parents dia datang bawak satu beg buah cherries lagi. Tak sempat nak amek gambar. Best sangat.

Gitu ler kedudukan gifts tu selepas diorang balik. Teddy-bear tu memang aku peluk kat kaki sebab aku lenguh sangat lepas surgery tu,  so sangat-sangat berguna.
Sesungguhnya memang ada label Rest in Bed untuk patients yang kena bed rest cam aku nih. Kalau nurse masuk aku tengah berdiri regang-regang badan  ke or tengok pemandangan kat luar jek nanti diorang akan tegur, Madam, madam kena bed rest. Hanya boleh baring atas katil dan pergi toilet jek. Cecepat aku gi baring.  
Bantal yang ada gambar teddy bear tu, Bulat anak sedara aku punya. Bila dia datang jek, dia cakap, cenna pinjam baby punya bantal ye. Cenna sakit ye. Hahaha. Kalau tak sakit jangan harap dia nak kasik pinjam.  
Ni ubat-ubat aku yang kena makan termasuk vitamin. Ini tak termasuk ubat yang kena makan sebelum food lagi. Aku tak kisah sangat makan ubat. Sizenya tu jek yang aku nyampah. Dahla besar, kesat lak tuh. 

Kakak ipar aku ada gak bawakkan biskut masa datang melawat. Kira hari-harila ada orang melawat. Best jugak, sebab ada antaranya ialah kawan-kawan yang almost bertahun tak jumpa. Owh kawan yang dah lama tak jumpa tu siap bawak lasagna dan tako-tao lagi untuk aku. Masa tu aku belum operate lagi. Kami konon-kononnya janji nak gi makan sama-sama tako sesambil dia nak nengok perut aku nih. Tapi yelah, Allah ada perancangan lain untuk aku. Berjumpa dia di hospital. Murah rezeki, tu belum campur adek aku yang hari-hari datang bawak makanan untuk aku dan Ed sekali. Ed tu dah tentu2 lah kalau datang bawak macam-macam kan.  Alhamdulillah, syukur Ya Allah, aku dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang baik. 

Hehehe. ok tu jelah nak citer. Harap-harap esok checkup takde problem apa-apa. Risau gak.

15 comments:

  1. Alhamdullilah, rasanye ok insallah. Baby menendang tu good sign tu. doa byk2 ye. Aku doakan ko dipermudahkan sumanye amnnn

    ReplyDelete
  2. Thanks sis. Memang kena tingkatkan doa from day to day. Ada hari2 aku rasa gigih berdoa dengan solat sunat semua. Ada hari2 bila lenguh sangat belakang, mulalah tak gigih mana, mencabar gak nak istiqomah nih. Kenalah cuba ye tak. Yer, aku harap sangat2 that its a good sign. Risau gak kan. AKu rasa aku akan sentiasa risaukan this baby, sampaila dia keluar. Lepas tu risau lain pulak ye, Ya Allah lindungilah baby dalam kandungan hambaMu ini dan permudahkanlah pregnancy ini seterusnya kelahriannya nanti. Amin Ya Robbal Alamin.

    ReplyDelete
  3. Jaga diri baik-baik ye cekna :)

    semoga semuanya di permudahkan Allah, amin

    ReplyDelete
  4. ko mmg bertuah di kelilingi oleh org2 yg penyayang
    banyak giler ubat kena telan..kalau aku konfem muntah balik
    apa2 selamat berpuasa dan jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur sangat aku dikelilingi people who loves me. Maybe sebab tu aku dipilih untuk diuji oleh Allah. Wallahualam. Memang banyak, itu tak termasuk ubat liquid dan ubatyang sebelum makan. Alhamdulillah, kebanyakan dosage ubat dah habis. Ada sikit2 jek lagi. Yang lelain ialah vitamin jek.

      Delete
  5. Aku baca dgn penuh kasih sayang..ramai org sygkan cenna, bertuah badan..but ko pun mesti baik dan penyayang gak orgnya kan..thats y ppl love u more hehe

    Aishhhh cherry again, nak kena gi carik nih..terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, I am lucky. Nak orang sayang kita, kita pon kena sayang orang hehehe. Hishh kalau ko dekat ari tu, aku soh jek ko datang amek cherry tu kat hospital, banyak giler tau.

      Delete
  6. syiok jd org preggy..dpt mcm2 hadiah n mknan..nak2 kalo baby pertama..tapi mmg betul mcm mawar cakap..ko org yg baik, of coz org treat the same too..

    bila dh 7-9 bulan nnti kan, kdg bleh nampak bentuk dia kick tu kat perut ko..sat2, nampak terbonjol kat tepi perut..tak taulah kaki ke, tgn ke, siku ke yg dok sakan buat summersault kat dlm tuh..hihihi..

    just enjoy the moment yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kekadang kena kawal mulut ni, bila bukak mulut jek karang kelam kabut orang carik, padahal takdela ngidam pon. Kalau bapak aku tu beria-ia akan carik from kedai to kedai sebab aku ada cakap nak makan. Kesian dia.

      Owh ye ker, sure lagi ngilu masa tu kan. Sekarang pon ada masa-masanya ngilu heheh. Takpe tu tanda baby sihat ye. Active. Yes I am enjoying the moment.

      Delete
  7. Tak dpt nak tengok ko di office dgn baby bump yer. Ko jaga diri baik2 eh che na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe. Tulah amy. Aku kan masuk opis kejap hari tu. Baru nak buzz ko lunch hari khamis gitu. Tup2, hari rabu dah warded dah. Belum rezeki nak jumpa kan. So near yet so far.

      Delete
  8. Wahhh best best.... suka sangat.....

    Arena... utk kick tu ok la... best... tapi utk yang rasa mengeras tu... beware skit... skit jer la yer.... hehehehe.... Kalau dia mengeras dok setompok kat ari ari kita pepagi tu tak apa.... hehehe... kelakar pulak... dan wahhh... rasa teruja nak peknen jugak !!!

    Mesti si Ed pun teruja sangat sangat.... wahhh... teringat moment nih !

    p/s : Mengeras tu sebenarnya macam constraction tu la... itu yang perlu take care... jangan over mengeras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh kalau mengeras tu kena careful sikit ye kak. Okeyla. Sekarang ni ada mengeras kekadang jek la, sometimes belah kiri, sometimes belah kanan. Tapi takdelah lama-lama sangat.

      Ed excited tapi selalunya bila letak tangan, baby jarang nak kick pulak. Sekali dua je kot dia merasa, takpelah. Nak pregnant gak ke kak? Apa lagi kak, jomla, boleh lagi tu, hehehe.

      Delete
    2. Akak kalau nak peknen, agaknya kena buat IVF atau IUI jugak... sebab buat semula jadi ni dah dekat 6 tahun tak jadik jadik lagi... hahaha...

      p/s: Biasanya gitu la... baby malu malu skit dengan ayah dia... tapi dengan misi, dia tak malu pun...

      Delete