Thursday, August 26, 2010

Kalau tak puasa...

Aku dah seminggu tak puasa. Hmmmm. Tu yang aku dok mengupdate jek tuh. Orang busy tadarus masa tengahari, aku dok update blog. Orang dok terawih, aku dok update blog. Tu pasal la jugak aku gigih memasak hari tu. Aku boleh rasa sumer masakan aku. Pastu kalau tengah masak berie-ie tuh, boleh aku rasa dulu. Hahaha. Tapi masa tang buat pulut panggang tu aku masih puasa lagi.

Bosan gak tak leh pose time ni. Takde geng. Hari pertama tak pose jek ada geng, kitorang seludup pretzel Aunty Anne makan kat pantry. Lepas2 tu aku dah lunch solo. Kekadang sebab bosan, aku pon cam orang puasa jugak.

Masa kat company lama tak de der, aku makan gitu kalau tak leh puasa. Makan lewat sikit sebelum pergi kejer jelah instead of sahur. The rest of the day macam orang puasa jugaklah. Kat company lama takde pantry, masa transfer ke dept selepas tu pulak pantry ada tapi open space. Kat current company, pantrynya siap berpintu lagi. Dah ler betul-betul dekat cubicle aku. Ditambah pulak dengan faktor departmentku takde lelaki except sorang, yang kami selalu anggap takde tuh, hahahha, lagilah mudah nak makan lunch.

Yang aku nak tergelak ialah, masa minggu pertama puasa, diorang ni siap breakfast tu dekat pantry. Tak yah ler sampai breakfast. Breakfast tu makan la seblom gi office kan. Dan pada aku bawak bekal simple-simple sudah, takyahler berie-ie masak gitu-gini dan bawak desert bagai. Yelah makan untuk elak lapar jek kan.

I still remembered, several years back, masa tu aku baru je kot kerja dekat KL. Office aku masa tu dekat KLCC. Masa tengahari, aku gi KLCC kejap dengan colleague aku (gigih berjalan kaki) sebab nak beli apa entah. Pastu aku terpandang satu makcik, bertudung, selamba jek makan KFC dengan kawan-kawannya. Semuanya melayu, babe. Adoihh. I think that is totally wrong. Tau la kan ko tak leh puasa, tak yahla makan di khalayak ramai gitu. Tak hormat langsung. Kalau budak-budak nampak, satu hal jugak nak explain kenapa makcik tu tak puasa. Tapi makcik and gang, memang buat tak port jek orang pandang-pandang. Adoila. 

Korang kalau tak leh puasa, makan tak kat opis?

12 comments:

  1. masa aku kat JPM boleh lunch sesuka hati sbb pantry tertutup. kat pejabat tanah tak bleh walaupun ada pantry sbb tingkap kaca. tp mc ko ckp la makan untuk alas perut je, lbh kurang sama je mcm org puasa.

    agaknya kalau aku yang terserempak ngan makcik2 bertudung tu mau aku sound. Aku kan mulut puaka haha

    ReplyDelete
  2. Ngah,
    Tu ler, makan alas perut jelah. Pastu kenalah discreet ye tak. Janganlah makan kat KFC cam tuh, teruk gila kan. Makcik some more.. Hishhhh...tu ler kalo ko, ada can kena sound makcik tuh, hahahha..

    ReplyDelete
  3. Sekarang tak.... sebab bulan tak posa pun selalu tak makan kat opis... tak ada geng... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. makan untuk alas perut jer.
    cam makan roti atau epal ...

    spare air kotak ....

    tu jer

    ReplyDelete
  5. Makan !!! Hehehhe...kalau kebetulan ada geng kat office, siap plan esok ko bawak ni aku bawak ni eh...Pastu makan kat bilik solat...kalau takde geng, bawak la roti and air tin/kotak....buat alas perut...hehehehehe.....

    ReplyDelete
  6. Izawani
    Kak, kalau takde geng memang bosan nak makan kan..tapi kalau bulan pose pon tak makan, patutlerr kuruss..

    PB,
    Tulah kan makan utk alas perut jelah kan..

    KLM,
    owh semangat gak makan. Tapi as long as tak gi makan kfc kat khalayak ramai, sudahhh..

    ReplyDelete
  7. opis aku dulu sume cina.. melayu 2-3 org je. kalo x bole puasa tak penah lak sesape makan/buat air even kat pantri. selalunya mkn sblom gi opis. nak kata alim sgt takde pon.. aku pun x pasti naper..

    ReplyDelete
  8. Hahah aku rasa nanti korang malas nak explain kot kenapa tak pose. end up sumer kalau tak pose malas nak makan.. hehehe..betul ke tekaan aku nih..

    ReplyDelete
  9. woi,ko keje ko bangunan sebelah klcc eh dolu?hihi..

    woh,slambernye makcik tu.bukan kalo mkn di khalayak ramai kene tangkap ke,naik van mayat?kihkihkih!i*d*n kot weh..dorang kan slamber jeee..

    ReplyDelete
  10. Salam Anis,

    Aku kejer dulu takleh sebelah bangunan KLCC. Dekat Jln Yap Kwan Seng tuh, dekat dgn Ambank.

    Makcik tu muka melayu habis la sis. Pakai tudung some more. Memang patut naik van mayat jek.. cheiss..

    ReplyDelete
  11. aku malu sikit nak mkn, nak minum air pun malu, kdg lapar sgt aku curi2 makan kat surau makan kuih yg x berbau sgt janji lepas tekak.cuma thn lepas geng x poser sekali kebetulan ramai, apa lagi makcik hawker siap seludupkan air teh ais bungkus dan tetapla kuih.

    geng makcik2 tu mentel kot heeee

    ReplyDelete
  12. Mawar,

    okeyla tuh kan. Takat makan kasi hilang lapar je kan. Kat the other office, diorang makan kat surau. Tapi makan nasik dengan lauk2 bagai. Giler berbau babe. Kesian orang2 tengah solat kat surau yang berpuasa tu. Seb la kat blok aku tu ada pantry..

    ReplyDelete