Salam kawan-kawan,
Aku dengan kawan-kawan yang bekerja di Selangor bercuti. Korang yang kejer di KL tak cuti kan, kan, kan.. hahahha. Eksyen giler aku kan. Aku gitu gak ler. Dulu aku dok kat Puchong, dan kejer di TPM Bukit Jalil, and Bukit Jalil ni sebahagian KL kan, bengkek jek aku nengok Ed tidor, aku kene gi kejer. Selangor ada 3-4 hari extra leave as compared to KL kan. Bila kitorang pindah office which is like 5 km from Bukit Jalil, yehaaaa banyaknya cuti extra.
Lots of things happen hari Khamis lepas. Aku balik awal dari kerje, sebab nak bayar maintenance apartment. Pejabat maintenance tu tutup pukul 5.30. Aku pon esnure la aku datang kerja before 8 am, so that aku boleh balik at 4.30. At 4 gitu aku dapat phone call dari sape entah. Nombornya aku tak kenal. Rupa-rupanya, she's a headhunter. Cerita-cerita lebih kurang. Hmmmm. Later dalam gmail aku tu ada buzz from an old friend. Cerita-cerita lebih kurang, aku pandang jam, dah pukul 4.30, aku nak balik tapi lama tak sembang dengan dia, dan he always has very wise advice to give, sama macam kawan aku yang lagi sorang. Ni orang-orang yang I look up too. Orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang personalitynya aku suka nak emulate.
At 4.45 aku cakap aku dah kena mintak diri, aku nak kena balik jugak nak bayar maintenance. Aku tak suka, nak delay-delay bayar. Bila masuk gaji jek, mesti pegi bayar semua bil. Jadik cam obses lak kena bayar cepat-cepat. Aku tak suka ada false sense of security, where aku tengok duit banyak lagi kat bank, padahal banyak mender tak bayar lagi. Normal kan tu? Semua orang bila dapat gaji, akan cepat-cepat bayar bil, dan ansuran itu-ini kan? Aku tak obses kan?kan?kan? Hhaahha. Memang aku akan harass Ed ajak teman gi bayar itu-ini, selagi tak pergi selagi tu lima-nam-ploh kali aku akan ajak. Hahahha..
Anyways, aku sempat ler bayar maintenance bill tu. Ada cerita menarik aku nak cerita berlaku masa aku pergi maintenance office tu. I save that for my next entry ya. Anyways, dah settle sumer tu I got a call dari Ed yang he will come back a bit late. Aku bukak peti sejuk pon dah takde lauk dah. Nak keluar balik, aku dah malas dah. So order pizza it is. Alhamdulillah, Ed tu sempoi bab makan. Pizza ke nasik ke, semua dia balun. opss maksud aku, dia tak kisah la bab makan ni. Kalau dah tak sempat or takde lauk, order fast food pon orait jek. So aku ordered la masa tu around 6.10 pm.
Lepas tu aku terlelap sekejap sementara tunggu Ed. Dia sampai rumah around 7 cam tuh, pizza belum sampai lagi. adoih. Aku pon call lah Dominos follow up order aku tu kan. Call center cakap, they will call the outlets tanya apa cerita. After 5 minutes, outlet telefon, cakap lagi 10 minit akan sampai. Kemudian call center call balik, tanya dah sampai ke belum order? Aku cakap belum, tapi outlet kata lagi 10 minit. Dia kata dia akan call 10 minit lagi.
Memang sampai berbuka belum sampai pizzanya dan aku buat ler air dulu untuk minum, dan potong buah pear. Takdela Si Ed ni jadik rimau sebab makanan berbuka takde, dia sempoi jek makan buah dan air dulu. About 5 minutes after berbuka baru sampai pizzanya. Ed bayarkan, dan tanya budak delivery tu dah berbuka ke, aku suruh Ed bagi minum air, tapi budak tu dah gerak, ada lagi delivery nak hantar, kot. Syiaann Tak lama lepas tu, the call center called tanya dah dapt belum pizza. Aku cakap dah dapat, nak habis dah pun. And he checked whether we got the free regular pizza coupon tu. Aku cakap dah, dua keping lagi, muaahhaha. Walaupun lambat tapi servis Dominos ni sebenarnya bagus. Memang dia check betul-betul to ensure order sampai. Aku fahamlah, dah dekat waktu berbuka, sure banyak order kan.
Dekat apartment aku sekarang ni senang, segala-mala ada delivery. Dekat apartment lama dulu jangan harap lah. Jauh ke dalam, jauh dari segala-mala fast food, so kalau ada masa-masa desperate tu takde choice but kena makan luarla gamaknya. Tak leh ler kerap benor kan fast food ni, bukannya elok sangat, tapi convenient gilerrr kan. Kalau ada nasik ayam or nasi beriani delivery kan best.
kalolaaa kt sini pon ade delivery weh..haruslaaa hari2 aku talipon.muahahaha!
ReplyDeletep/s;sini ada je nasi beriyani ke,nasi goreng ke delivery.tp aku tak ingin nk order plak.was2 je.keke!
Best betul idup kat KL yer... hehehe... tapi tetap la lebih best idup kat Kedah... hahaha...
ReplyDeleteAnis,
ReplyDeleteMemang ler waswas kan. Takpelah ko bersilat jelah kat dapour tuh hahhaha.
Kak Izawani,
best ler jugak tang convenient tuh.. Tapi kat kedah masa saya study dulu, murha betul makanannya.. best!
kalau la tekak laki aku sama mcm tekak ed huih senang idop aku kan muahaha..susah sangat nak mkn benda lain. Terpaksa la jugak aku bersilat kat dapur. Ada bagusnya gak, pertajamkan skill persilatan dapur hehe..
ReplyDeleteHI SIS.. BARU BACA YOUR RECIPE TODAY.. TQ SO MUCH.. I WILL DO IT THE "CHEAT WAY" HAHAHA..
ReplyDeleteNgah,
ReplyDeleteSebab Ed tu jenis tekak boleh jek sumerlah aku boleh berexperiment dekat dapur tuh.. Yang tak menjadik pon dia belasah jek.. hehehhe..
MR,
Do the cheat way jek, save masa dan tenaga bulan2 pose nih. Kalau betul2 ada masa kan try do the bechamel sauce tuh...sauce tu jugak yang diguna untuk buat lasagna.