Monday, August 16, 2010

Sudu terbang dan Imam Muda

Salam kawan-kawan, 

Hari ni dah masuk hari ke-7 puasa. Alhamdulillah, setakat ni masih lagi berpuasa, dan bersahur. Terawih dah ada yang miss. Hmmmm. 

Last weekend balik kampung Ed. Selalunya aku akan masak something dulu. Tapi sebab gerak ke kampung agak awal, so tak sempat masak. Lenggang kangkung jelah aku,. Bertuah punya menantu kan. Later, sebelum berbuka, kakak iparku sefamily balik, so cukuplah semua orang. Aku amek-amek gambar masa tu. yelah, masa Raya nanti selalunya tak dapat semua berkumpul camtu. Aku dan Ed adek beradek 3 orang jek, so kena plan-plan supaya takdelah our parents beraya tanpa any of the children. Dah pernah berlaku sebelum ni. Haru betul.

Lepas berbuka, masing-masing solat maghrib, separuh jemaah, ada yang sendiri-sendiri. Later, we decided to solat Terawih at home jek. Isyak was Imam'ed by my father in  law, while Terawih was lead by my brother In law. Ed jadik bilal. Oklah jugak time bilal baca selawat-selawat masa terawih tu kuat jugak suara yang menyambut, hehehe. 

Masa solat terawih tu ada anak sedara kami about a year plus, yang dok sebok-sebok pegi dekat neneknya, my mum in lawlah. Dokla menghulur sudu lah apa lah. pada rakaat ke berapa entah dia hulur sudu tu and adamant that nenek amek. Hahaha. Memang dihulur kat tangan, dan mak mertua aku terus amek. Masa nak rukuk, apa lagi mak mertua aku campak lasudu tu atas sofa, piuunngg terbang sudu tu. Nasib tak terburai gelak aku kat situ. 

Lepas tu aku rasa masa witir dia bersila depan mak mertua aku, so masa nak sujud, dah mak mertua aku kena sujud menyenget ke arah aku, dengan aku-aku sekali sujud senget gitu. In fact satu saf kene menyenget. Hahahha. Hai budak. Padahal maknya ada, tak solat pon hari tu. Patutnya amekla, budaknya tu letak dalam bilik. Hancus kekhusyukan aku yang dah sedia tak berapa khusyuk tuh.

Masa witir tu tetiba imam terlupa sekejap ayat sabbihis tu. dia ulang-ulang 3 kali, then anaknya yang form 1, yang baru  masuk sekolah agama tahun ni, betulkan bacaan ayahnya. Bukan 1 ayat. Tapi 2 ayat, baru ayahnya boleh recall the rest of the surah. Alhamdulillah. Ada Imam Muda in the making. It really warmed my heart. Proud sungguh aku masa tu. Maknya yang jugak jadik makmum masa tu mesti lagi terharu masa tu. Habis jek solat. Kami semua pegi tepuk-tepuk belakang dia. Imam Muda..Imam Muda. Mamat tu buat muka blur jek. Control habis la kot, hahaha.

Esoknya sebelum balik, aku mintak Ed gi amek daun pisang dan dan daun pandan kat belakang rumah. Apa yang aku  buat dengan daun pisang dan daun pandan tu? nantila aku cerita. Oklah kawan-kawan. Aku ada banyak mender nak cerita. One entry at a time, ok kan. Hahaha. 

6 comments: