Sorryler, semalam aku tak larat dah nak update. Balik rumah, sebab kepala ting-tong sikit. Terus aku tido sekejap. Ed pon balik awal sikit sebab dia ada kerja luar, penat terus join aku tido berjemaah. Bangun tu aku disoriented a bit. Aku tengok jam 6.30, pastu tengok cuaca kat luar cam terang jek, ah sudah aku tak bangun sahur ker? Muahahhha. Took me a while jugak untuk register that it was 6.30 petang, hahhaha.
Anyways, aku cerita hari tu aku amek daun pandan dan daun pisang dekat kg Ed hari tu kan? Yang aku semangat nak amek daun pisang tu sebab aku dok menyalin resepi dekat majalah Rasa tu. Aku konon-konon nak buat pulut panggang or pulut udang. Ada beza tau.
Bila balik rumah jek, aku pergi beli barang-barang nak masak. Aku pon tepek la resepi yang aku tulis kat sticky note dekat kabinet dapur tuh. Memula aku buat inti pulut panggang dulu. Aku main agak jelah berapa banyak nak letak, bahan2nya, sebab masa aku salin resepi, aku dengan yakinnya tak salin sukatan. Muahahhaha. So belasah jek. Kat stove belah kanan aku dok kukus pulut.
Lepas siapkan inti pulut panggang, aku buat agar-agar pandan bersantan. Okay people, aku ni bukannya reti sangat buat kuih . Aku reti buat karipap jek. Lagik-lagik agar-agar dan pulut panggang, tapi gigih jugak nak cuba. Haaa tang agar-agar tu memang aku ikut measurementnya. Tengah-tengah buat baru aku perasan aku takde pewarna hijau, ada perasa pandan jek. So agar-agar pandan aku tak kaler ijau. Pastu bila nak letak santan, aku dok pikir-pikir letak banyak sikitlah baru ler, tebal sikit tang santan tu, taklah cam jual kat pasar ramadhan, kedekut, nipis jek lapisan yang bersantan tuh.. Akibat tak mengikut sukatan, inilah rupanya. Sila amati dalam-dalam:
7 per 8 lapisan bersantan ko. Hahahhaha. 1 per 8 jek lapisan yang clear tuh. Tang rasa memang ok, rupa jelah hahhaha. Lepas dah siap agar-agar tu, aku pun mulalah nak menggulung pulut panggang aku. Aku pon amek daun pisang, nak layur. Errr nak layur belah mana nih? Aku tanya Ed.
Aku : Com, orang layur daun pisang belah mana?
Ed : Belah nak makanlah, com
Aku : Belah nak makan tu belah mana?
Ed : Belah tak kilat. Belah yang kilat tu belah luar.
Aku : Oh ya kan, kalau makan nasi lemak, belah kilat tu belah luar kan.
So aku layurlah daun pisang tu. Bila nak gulung baru perasan that daun pisang untuk menggulung seeloknya selebar mungkin, kalau tak ko nyer pulut panggang kontot-kontot jelah.Susah gak gulung, takde skill hahaha. Pastu baru aku perasan aku takde toothpick or lidi even stapler. Puas aku dgn Ed carik tak jumpa. Dawai kokot adalah. Hampess. Memula aku nak suruh Ed buat aksi creatif potong paper clip jadik lidi ahahha, dia on jek. Pastu aku dapati susah gak nak selit. Last2 aku menebalkan muka pergi pinjam stapler kat neighbour sebelah rumah. Hahhaha.
So aku menggulung lah dengan horrornya. Gemok-gemok ko.
Muahahaha. Lepas siap first batch aku masukkan dalam oven. Batch tu, aku perasan that lepas masuk oven, pulut panggang tu cam terbukak bajunya. So batch kedua aku gulung daun seround lagi. Memang lembap dan terkial-kial aku membuatnya. Kena padat-padatkan jugak kan, kalau tak berderaila pulut tuh. Pastu dah nak gerak dah ke rumah mak aku. Aku pack-pack sumer, pack jugak untuk neighbour aku. Sebelum keluar gi singgah apartment dia pulangkan stapler dan kasi pulut panggang sikit.
Aku dan Ed bukak puasa dalam kereta sebab tak sempat sampai. Sampai dekat rumah mak aku, ada ramai jugak kat sana dengan anak-anak buah aku sekali. So dapatle satu sorang jek pulut panggang tu. Seb baik gemok-gemok so puasla makan walaupun 1. Anak-anak buah aku cakap sedap. Mau tak sedap, cam nak mamposs cekna ko buat. Hahhaha. lain kali beli jelah kot. Hahha Tapi sure tak sedap cam aku buat sendiri.. Ngeh..ngeh..ngeh.. Cam tak sanggup nak buat jek dah.

tabik spring 10x.. tak pernah ler mokcik nak memanggang pulut buat kuih.. hehehe....
ReplyDeleteMR,
ReplyDeleteitulah kan, first time ever jugak memanggang pulut tuh..hahahha..
Gigih tuuuu.. aku ni tak pernah la buat lagi pulut panggang bagai.. ada pun buat stok kuih cam cucur badak, karipap, rengas pastu bekukan..
ReplyDeleteaku masak pulut pun tak penah.. cam x reti ok. muahahaha.. cuba teka sape aku
ReplyDeleteAngah,
ReplyDeleteIyer gigih tak pepasal. Oklah tu banyak gak kuih2 yang ko buat tuh..
Yis,
Aku masak pulut sangat jarang. Tatau saper ler ko..Sila introduce diri ya..hehe
humang aiii..mmg gigih laa ko ni weh...aku konfem mmg sedap weh!gemok2 gebuz2 aku nengok pulut panggang tu...kt param mmg konfem xde jual cenggitu kan.
ReplyDeleteerr..bak skit.ngeeee!
Anis,
ReplyDeleteKO jangan tatau, hari tu aku gi pasar ramadhan, aku nampak ler pulut panggang takdelah gemok sangat kan, seriggit satu,ko. Gila lah mahal. Tu ler gamaknya semangat membuak-buak nak buat sendiri tuh, hahahha. KO nak ker? hahaaha.. nah, amek daun pisang...hehhhe.. takat daun pisang, colombo sana ada ye tak.. hahahha
tabik spring la cheNa kalau aku belum tentu menjadi muahahahaha
ReplyDeleteHAhah tak yah tabik2 der kak nonie..
ReplyDeletetry jek tuh, ada rezeki jadik. kalau takde, cuba lagi lain kali.. hehehe
Huhu cayalahhh. Ko mmg terror, kalau aku mmg tak lepas. For one, aku tak reti buat pulut, dan kemudian nak memnbalut2 bagai ni, confirm berterabur semua nanti. Che Na nak satuuu!
ReplyDeleteOwh Amy,
ReplyDeleteWalaupun leceh nak mampus, bila siap rasa satu sense of accomplishment tuh.. hehhehe..