Wednesday, July 14, 2010

Cukai terlebih bayar

Masa isi borang BE untuk income tax april lepas, aku noticed that ada cukai yang terlebih bayar. Dek kerana kesibukan aku pon ignore je dulu dan tak buat apa-apa pun pasal cukai terlebih bayar tu. Banyak aku menyumbang kepada negara tahun 2009. Yelah aku bukannya ada kids untuk dapat tax deduction kan. So whatever that was deducted through PCB tu tu memang diserap terus ke pembangunan negara, ewah.

Lepas sibuk-sibuk tak hengat masa bulan Mei dan Jun lepas, ada my collegue cakap diorang dah dapat cek tax refund!! What?!!! Ni tak boleh jadi ni. Aku pon email LHDN, simple jelah emailnya, aku cuma bagi nombor income tax dan IC dan cakap aku nak request for refund. A week later.
Tadaaaa, menurut surat ni, aku punya cek sedang diproses, yeeehaaaa. Takdelah dapat ribu-riban, tapi siapa nak bagi aku RM309 kan, oklah tu. Tambah-tambah sikit dapat jam idaman aku, or a good handbag. Tengok tu, cek tak dapat lagi sebok dah berangan nak buat apa dengan duit tu, hishhhh.. Sukalah LHDN sekarang ni, efisyen. Tahun lepas aku dapat RM900++, lagi banyak. Joli katak aku dibuatnya. Tahun ni pesal tah tak sebanyak tahun lepas. Ada la kot tak betul ejas kot. Hahahha. Alhamdulillah. Seronok. Korang dah mintak refund?

Note : aku terpaksa letak kunci kereta untuk tutup nama dan address, thumbdrive tu pulak utk tutup income tax number. Yelah must practice to be safe online.

4 comments:

  1. RM309 eik CheNa...buleh buat kenduri tuuuuuu...kekekeke

    ReplyDelete
  2. Kak nonie, cukup ker nak buat kenduri tu kak?
    hehehe kenduri masak sendiri maybe cukup hehehhe.

    ReplyDelete
  3. Ok laa, dari tak refund lansung...

    ReplyDelete
  4. Tu lerrr.. ada pon bersyukur ye tak..

    ReplyDelete