Sunday, August 8, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur. Hari ni dengan rasminya aku mencukupkan ganti puasa aku. Today is day 15 of 15. Iyer gitulah aku tulis kat planner aku. Puasa Day 1 of 15, Puasa Day 2 of 15. Jerih wei mengganti puasa sampai 15 hari. Hari yang paling mencabar aku rasa mengganti puasa ialah, hari sebelum event besar baru ni. Kering tekak, lenguh kaki, dan cam tak daya nak berfungsi otak aku hari tu. Tapi I got no choice. Kena gak puasa hari tu.

Aku nak komplen banyak-banyak memang tak leh, salah sendiri kan. Depan Ed aku cuma mention akan puasa jek, tapi tak leh komplen banyak-banyak nanti kena balik sedas. Hahahha. Yelah kan 12 bulan kan ada, nak gak tunggu masa-masa kecederaan lagi 3 hari nak puasa Ramadhan baru nak habiskan. Suka sangat bertangguh. Padan muka aku.

Anyways, syukur alhamdulillah sempat jugak ganti semuanya. Ngantuk-ngantuk pon aku bangun sahur almost every time bila puasa, at least utk makan ubat gastrik dan kurma. Kalau tak pedih sangat perut siap rasa nak termuntah sumer ada.

Petang tadi aku dan Ed ke Shah Alam, tengok warm clothing, hehehe. Warm clothing allowance sudah masuk, maka aku boleh start tengok-tengok dan beli. Later, Ed belanja berbuka puasa dekat Asiarasa kot. Makanannya? The starters were good lah, but the entry was so-so jek. Pastu kan, kalau makan kat restoran-restoran yang ada aircond ni kan, harga airnya cekik darah kan. Jus oren atau apple yang kekadang macam dari kotak pe*l fresh or mari*gold jek pon nak sampai harga RM6.90, RM 5.60 segelas gitu. Kalau dua gelas?. Macam haram. Tawar, hambar dan kekadang masam nak mampos pulak tuh. Nantilah aku upload gambar. Harap-harap sebelum puasa aku leh upload.

Tadi just watched The Proposal. Ala citer Ryan Reynolds dengan Sandra Bullock tuh. Cutelah cerita tuh. Aku kan hantu romantic comedy. Terpaksalah si Ed temankan aku nengok. Kenapa tah DVD tuh takleh pasang dekat DVD player bunyi kuat semacam jek pastu wayar yang sambung ke TV gi mana entah, so tengok kat bilik from my notebook jelah. Dek kerana screen tak besar mana pastu kena adjust letak notebook tu atas buku Travel Spain aku, nak kasi tinggi mulalah si Ed berangan nak beli TV letak kat bilik. Bilik kecik jek bang, letak satu bakul baju pon kena adjust-adjust tikar semayang, hahhaha. Takpe berangan jek, won't hurt. Beli monitor pon ok kan, takdelah mahal pon kot. Yang flat screen tuh size besar2 tu kan, cheh aku plak berangan lebih.

Hmmm aku ni sebenarnya dah kena kemas barang ni. Esok nak bertolak ke Kuching. Lusa nak kena present. Haram tak prepare apa pon lagi. Slides tak review lagi. Tak practice lagi. Eii seramla kena present-present ni. Kalau macam kat KK ari tuh crowd 200++ jugak, pastu tanya soalan macam-macam, eiii ngeri! Nak pakai baju mana pon tatau. Blazer pulak gagal dikesan. Payah-payah pakai jek baju kurung. Cutting empat segi je. Tak payah pakai-pakai suit bagai. Kata dah ketat kan.

Aku beria lah nak balik awal dari Kuching, konon-konon nanti dapatlah sahur pertama dengan Ed. Tup-tup dia pon kena outstation. Aku bertolak esok, dia bertolak lusa. Bak kata mak mertuaku, bawak haluan sendiri-sendiri. Bawak haluan sendiri kejap je mak. 3 hari jek, heheheh. Dek kerana pegi Kuching ni jugak aku missed kenduri anjuran mama aku, esok. Sorry mama. Nak buat camner, mama pon last minute nya kenduri.

Oklah korang, aku nak gi kemas beg ni. Malas tau. Si Ed dah tido dah sebelah aku nih. Tadi aku ada try satu suit ni depan dia, camne ok tak, aku tanya. Ikut suka comlah, dia jawab. sambil pandang dgn hujung mata dalam setengah saat, pastu tengok notebook balik. Aku dah biasa dah, takde kecik-kecik ati derr. At least, takdelah dia nak cakap soh terima kenyataan ke apa kan, hahahha. Oklah, dah pukul 1 nih, flight aku tengahari esok, nanti aku bersiaran dari Kuching ok, insyalah.

10 comments:

  1. blog baru ke?
    huhu

    remeber me? remember me? :)

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. Jojoe,

    Hehehhe,

    Com tu reserved utk Ed jek, hehehhe.

    ReplyDelete
  3. Ezad,

    Salammmm bro.. Yup i remember u..kesidang teguh tu kan? hehehhe.. ha'ah blog baru muncul di public, hehehhe..

    ReplyDelete
  4. tahniah cek na!!!! aku gak yg lum abish..huhuuhh...thn depan kite ganti awai2 no...hehheheh

    ReplyDelete
  5. Ficik,

    Iyer, jerih giler ganti pose banyak2 tuh. Aku ni kalau puasa ganti memang penyek, pening paler segala. Kenapa entah. Tahun ni aku nak cuba ganti terus lepas raya tuh, hishh serik ko, nyaris tak sempat tau ganti habis..

    ReplyDelete
  6. hahahaha che na...sama la kita aku baru habis ganti semalam..kat kuching jgn lupa try makan kolok yach!!

    ReplyDelete
  7. Kak Nonie,
    Ko lagilah kak, bukan tahap masa kecederaan dah tu, dah masuk tahap masa penalti dah tu kak. Alaaa aku tak try mee kolok tuh, aku try laksa sarawak jek..

    ReplyDelete
  8. Oi oi kata nak update dari Kuching hihi

    ReplyDelete
  9. Amy,

    owh ko harass aku pulak yerk..kejap2 aku update..

    ReplyDelete