Tuesday, August 24, 2010

Salmon steak with creamy mustard sauce.

Aku memang dok aim, kalau aku dapat duit sikit aku nak beli salmon steak dekat cold storage yang bapak mahal tuh. Oleh kerana dapat duit sikit weekend lepas, maka aku pon pergi lah merealisasikan intention aku tuh. Bila aku amek dan nak timbang 2 keping salmon steak tuh, staff CS tu pergi balik dekat aku.

"Akak, akak betul kan nak beli ikan ni" sambil tunjuk dekat aku harga ikan salmon tu per 100gm.

Nak tergelak aku, aku taulah harga ikan tu mahal. Agaknya dia ingat aku sengkek sangat kot, tak mampu beli. Or, aku sangka baik jelah dia nak clarify, muahhahaha. Tapi memang mahal ko, no wonder la kat restaurant menu tu sampai berpuluh-puluh ringgit. Memang ikan nya saje dah dekat RM20. Kalau ikan yang ada tulang kat tengah tu tak ler mahal sangat. Alaa yang potong macam ikan tenggiri tuh. Hahha. Tapi sebab aku nak yang cutting fish steak yang langsung takde tulang  tu maka mahal la sikit.

Semalam masa nak buat tu aku dok berkira-kira betul ke aku nak masak dua keping sekaligus. Mahal tuh, buatnya aku tak habis, sure Ed bising. Berapa kali aku tanya dia, jawapan dia standardlah, ikut comlah. Sebelum tu, siangnya aku dah search creamy mustard sauce tu camana nak buat. Lepas compare-compare aku rasa taula camna nak buat. Bila balik rumah aku singgah kedai kejap kat apartment aku nak carik cream and lemon. Apartment aku nih banyak orang Arab maka kedai runcit pon banyak barang-barang ke'Araban. Maggi pon tulis Arab, ko. The good thing is kedai kecik tapi barang-barang cam lemon, parsley, olive oil sumer ada. Kalau nak masak western2 senang lah.

Naik jek aku defrost ikan tuh, dan buat creamy mustard sauce tuh. Dalam later, aku perap ikan sekejap dengan mustard sauce tu dan grill the fish dengan olive oil. Sesambil tu aku rebus jap potato kecik2 dan carrot tapi tak sampai empuk sangatlah. Later aku sauteed the potato, carrot dan mushroom dengan garlic, parsley and olive oil.

Siap a few minute after berbuka, so Ed berbuka dengan air, kurma dan agar-agar dulu. Lepas tu;makan time. Honestly it taste nice, the sauce tu a bit masam sebab terlebih letak lemon, tapi sebab makan dgn salmon so orait jelah. Aku paling suka the mushroom dalam sauteed vege tu sebab kali nih aku tak pakai canned mushroom aku guna mushroom fresh gitu. Memangler sedap. 
As expected, aku tak abis makan ikan tu, sebab I'm not a big fish fan. End up Ed ler habiskan sumer ikan tu, dia tak boleh sikit membazir-membazir nih.

Hari ni sebab dah beberapa hari gigih memasak, aku nak masak nasik goreng jek, muahahhaha. Pastu goreng keropok. OK lah tu kan. 

Note : at 11.30 pm, aku ckp dekat Ed lapar, dia pon cakap lapar gak don soh aku buat something. Aku bg dia sebijik  kurma " nah amek, jgn makan lewat2. Jom kita tidur, dah elok2 com turun weight tu karang naik balik, makan memalam." Kejam kan aku, laki ku cakap dia lapar, aku soh dia tido. Heheheh sorry babe.

14 comments:

  1. Ed sama perangai dengan aBear

    ReplyDelete
  2. Elok la tuh, balance sikit perangai saya yang suka membazir ni kak..

    ReplyDelete
  3. erm..erm..erm.. sedaaapppnyaaaaaaa. nak sikit!

    ReplyDelete
  4. MR,
    amekla.amek..Hehehhe, hari ni memang sunggoh2 aku masak nasi goreng jek sis.. kekekke.

    ReplyDelete
  5. sebelah umah ko kosong ke??

    (aku nak jadi jiran sempena ramadhan nih..hahahaha)

    ReplyDelete
  6. pandai nya cheqna masak..mcm pro dah ni...

    ReplyDelete
  7. cekna

    tlg ks resipi baked makaroni.. email to ina_kai73@yahoo.com

    thanks dear!!

    ReplyDelete
  8. Oren,
    Alaaa kiri kanan dah ada orang lah sista.. hehehe..

    Kakluna,
    Takdelerr terrer kak. CUba2 jek..ada jek time masakan saya tak menjadi macam agar-agar hari tuh, hehehe.

    ReplyDelete
  9. MR,

    Baked macaroni? nanti korek2 dalam folder resepi ek? ko nak yang authentic ker yang cheat punya.. aku lately buat cheat punya jek.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. memang gigih!!!!

    laki aku tekak melayu, western tak jalan langsung!

    ReplyDelete
  11. MR,
    Okeh kejap tau. Aku tengah korek the recepi, maleh nak menaip semula..

    Ngah.
    Ed boleh jek western,middle east, melayu.. Tapi ali rasa preference dia masakan melayulah..

    ReplyDelete
  12. sumpah perut aku tgh bergoyang2 nk makan weh...ngaaaaapppp!!

    ReplyDelete
  13. Anis,

    Perut bergoyang? hahhahha..

    ReplyDelete